Monday, November 28, 2011

Syukur,Redha dan Tawakal

Saya teringat kata-kata Dr. Fadhillah Kamsah, tips untuk bahagia, syukur, redha dan tawakal, dan... memafkan semua orang sekeliling kita, because what u give u'll get back, inshaallah.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan apa yang saya ada, syukur dengan adanya dia, redha dengan ketentuan Nya, dan tawakal dalam perjalanan hidup seterusnya. Saya tahu, saya berada dalam tempoh yang mencabar. Tetapi, Allah takkan menduga kita dengan dugaan selain dugaan yang mampu kita lalui... :). Pada masa ini juga, banyakla penasihat-penasihat yang tidak rasmi, beri tips, nasihat, .. dan tak kurang yang menceritakan pengalaman. Yang mampu dibuat hanya senyum, dengar, ambil yang baik, buang yang tidak baik...

Insha Allah, saya pegang pada janji saya,

Cinta Antara Planet – Revisit

Cinta Antara Planet – Revisit (  http://saifulislam.com)

Bezanya antara lelaki dan wanita seperti langit dan bumi, tapi saling memerlukan. ada masa kita rasa kita kenal lelaki/wanita itu, tapi sebenarnya tidak. maka berlakulah perselisihan faham walhal hanya atas sekecil kecil perkara. saya bukan peminat buku motivasi dari bangsa orang putih, kerana, agama yang berbeza menyebabkan approach nya berbeza. tapi artikel ustaz hasrizal menukar persepsi saya. Ambillah yang baik, tapi buang lah yang tidak sesuai. asalkan kita tahu batasan kita, tidak salah mengambil pandangan dari mereka yang pakar, dan telah mengkaji dari lumrah kehidupan manusia.

Dunia sekarang juga ramai mempertikai, salahke saya sekadar berkawan dengan lelaki lain? kawan sahaja, kenapa perlu suami cemburu?

atau, kenapa lelaki nak kawin lebih dari satu, x cukup ke seorang?

atau, kenapa perlu menilai wanita tak pakai tudung ni baik ke jahat?

saya bukan pakar, saya bukan ustazah, tapi logiknya Islam telah memberikan kita satu landasan yang kukuh, cukup segala panduan. Semua soalan itu, jika difikirkan dgn logik akal yang lemah seperti saya, cukup memadai untuk tahu batas persahabatan saya dengan lelaki, logiknya kenapa lelaki boleh kawin lbh dari satu sedangkan wanita tidak, dan nilainya seorang wanita bertudung dgn tidak.

Kesimpulannya, apabila terfikir akan soalan soalan itu, kembalilah kita mencari jawapannya yang berlandaskan Islam.

ps: to my dear, terima kasih kerana mencadangkan buku berkenaan at the first place

Monday, November 21, 2011

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, after a month of preparation, i'm finally there :). Majlis berjalan dengan lancar, simply done, but was enough to gathered both family. A little bit of surprises and funny moments here and there, but overall, thank you my dearest mr. fiance'  for accepting me the way i am... 








ps: thank you for everything, :).  

Monday, October 17, 2011

Apabila tiba masanya

aku selalu impikan sang pelangi, tapi terlalu jauh untuk digapai. Pernah ku rasakan, aku hanya mampu tatapnya dari kejauhan. Biarpun dari jauh,cukup untuk aku syukuri.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Apabila tiba masanya, biar banyak halangan sekalipun tiada yang dapat menghalang kehendak yang Maha Esa. Dan itu yang aku doakan setiap hari, semoga perancangan ku menggapai sang pelangi, dipermudahkan... Inshaallah semakin hampir ke fasa seterusnya....



Tuesday, September 20, 2011

the unexpected stories....

Life is always full of surprises, and unexpectedly happens. Sometimes its start with normal, boring things.. usual daily chores, and end up with unexpected situation. That is what we call rainbow of life... colours of life, or wheel of life.Its up to us, to grab what ever happen in front of us, and make the colors more joyful, more variety. The best things when what ever we decide to grab, lead us to the best unexpected result.... :). If we ever end up at the bottom, at least we know that we've tried our best... much more better than we never tried, and end up thinking 'what if...'.

ps: i never regret of the chances i grab... this unexpected experience make me smiles  :) alhamdulillah.

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan.

Akhirnya Ramdhan datang kembali.. harini dah masuk hari ketiga. sekejap rasanya masa berlalu. Kehangatan bazar ramadhan dah terasa. lagu raya pun dah berputar.... Ya Allah, permudahkan segala urusan ku di Ramadhan yang mulia ini.

Seminggu sebelum Ramadhan, saya terpaksa outstation seminggu. Sehingga tak perasan langsung, Ramadhan amat hampir. Cerita minggu itu amat kalut. Kene outstation ke Terengganu, lepastu , hari selasa, terus balik petang tu ke Putrajaya sekejap dan tangkap flight ke Johor Bahru. Stay di JB sampai hari Jumaat. Hasilnya, saya mencutikan diri pada hari Isnin dan Selasa.

Akhir akhir ini juga, ada beberapa perkara yang membuatkan aku happy. Tapi, dalam seronok itu, aku takut untuk tersenyum, kerana aku takut, aku akan kehilangan senyuman itu kemudian nanti, dan tak mampu tersenyum lagi.

Thursday, July 21, 2011

Sonok-sonok hobi brooching

Inilah koleksi terbaru brooch saya, butterfly collections... sila lihat dia http://blinkbrooch.blogspot.com/2011/07/butterfly-collections.html

Comelkan!......... marila order. All limited edition!





Wednesday, July 13, 2011

Suka-suka Koir


Saringan Pertandingan Koir, JPBD Sem. Malaysia.


Tahniah kepada BPW kerana telah berjaya memasuki final, walaupun persediaan agak tergesa-gesa, tetapi tanpa disangka-sangak terpilih oleh Juri Profesional. Alhamdulillah. Semoga dapat berjaya di peringkat Final!. Kalau tak menangpun takpe, sebab seronok juga belajar walaupun pada permulaannya hanyalah atas dasar relapaksa..... tapi bila dah belajar dengan Cikgu Jebat, dan kuncunya.. seronokla plak. Terasa masuk Akademi Fantasia haha. haaa......... semput....... hihi.



ps: Cikgu Jebat, jumpa la lagi nanti harapnya. Janagn lupa abawa cikgu lekir dan lekiu.... heheh
Posted by Picasa

Monday, July 11, 2011

selangkah untuk memiliki rumah sendiri

Dalam sejarah, tanggal 19 Jun 2011, saya telah membuat keputusan untuk membeli rumah. secara spontannya terus membuat keputusan ketika sedang makan tengahari di restoran dengan family. Alhamdulillah dengan jaya nya telah membuat booking untuk rumah Single Storey 3 bilik, 2 bilik air, berkeluasan 1320 square feet dengan 22' x 70', dan 18' tanah tepi-corner lot.


Segala dokumen juga telah dihantar. cuma tinggal tandatangan Lawyer yang diuruskan oleh pihak pemaju. Target siap, tahun 2013. tapi dianggarkan siap pada bulan 8 2012, awal dari tarikh yang ditetapkan. Sungguh x sabar. Inilah pelaburan masa depan saya :)

Monday, April 4, 2011

Umrah 2011 part 3 - mekah

Mekah Al Mukarramah.


Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa 5 jam (lebih kurang). Miqat di Bir ali. Tempat miqat di Bir Ali besar dan selesa jugalah. Selesai bermiqat, kami teruskan perjalanan ke Mekah. tiba di Mekah antara jam 8 ke 9 malam. Makan dulu di Hilton, selepas tu simpan barang di bilik jemah yang tinggal di Hilton, solat jamak takhir, terus ke Masjidil haram untuk tawaf dan sa'i. Hanya family saya dan kak syida and husband yang ikut mutawif memandangkan yang lain telah berpengalaman, mereka pergi sendiri. Masa mula-mula buat tawaf, sungguh emmacam perasaan ada, was-was lah, inilah itulah. Sebab keadaan yang ramai, tak dapat nak follow bacaan doa mutawif. Sendiri sahaja baca apa yang boleh baca sebab nak baca buku, susah. berlanggar-langgar dengan jemaah lain. Tambahan nak jaga wuduk. Rasa susahnya.... Selesai tawaf, terus ke sa'i. Sa'i relax sedikit, sebab wuduk takde pun takpe. tapi rasa was-was tu ada. Bila cakap ngan abah, abah suruh yakin. jangan waswas. so yakin kan diri dengan ibadat yang dah dijalankan. Esoknya, saya berazam untuk buat umrah lebih baik lagi.

Balik dari tawaf, kami pun harung la bag kami ke hotel dar ummul hani. Lebih kurang 100 meter ke depan lagi dari Hilton. hm jauh,..... dalam hati, oklagi. Jam time tu dah pukul 2 pagi. Bila smpai hotel, orang kat reception takde. ok lagi, tunggu. Lepas mutawif tolong setlekan semua, baru kami naik, bila masuk bilik. TU yang terima surprise. Keadaan bilik yang Ya Allah, kotornya dengan habuk rokok, bilik air berbau towel kotor, katil tak kemas. tapi sebabkan penatnya pasal, kami diam dan tidor. Jam 4.00 pagi dah bangun balik, terus pergi amsjidil haram untuk solalt subuh. Time tu dah berduyun semua turun nak gi solat. Kalau kat Malaysia ni macam pergi sembahyang Jumaat ramainya. Rasanya ramai lagila...Sampai jek kat masjidil haram, saya tetiba teringat kat keadaan bilik kami. Pagi tu kami tak boleh kunci pintu bilikpun. Rupanya sebab kami tak masukkan kad kunci tu, so lock pintu tak aktif. Sedih jugakla rasa, sebab napela tetibajadi macamtu sebab keadaan kotor tu amt tak selesa. Masa tunggu solat subuh tu, sempat jugala buat solat taubat, solat hajat kotla  saya de tersalah cakap ke sampai gitu dugaannya.

Habis jek solat subuh. kami pun balik bilik, dengan lambatnya....... sebab tak selesa ngan keadaan bilik. Pergi breakfast dulu kat tingkat S hotel tu. Makanan alhamdulillah sedap, lagipun katering situ de'saji. Malaysia punya.lepas makan, nak tengok reception ada ke tak, lum ada lagi. So jalan la kat luar. lagipun haritu free. Makan aiskrim, tgk tgk kedai yang banyak kat bawah. Aiskrim nye sedap.....! tapi cepat sgt cair. Balik hotel...dah de orang reception tapi pak arab dan bila cakap english ngan dia... NO ENGLISH. pergh nak bagi jek rasa ..sabarjela.

Kami balik bilik dengan rasa hampa. Nasib de jumpa orang indon yang keja situ, minta towel, dapatlah mandi. So sedang berehat dalam bilik, tetiba pintu bilik dibukak oleh sorang wak indon. Terkejut dia, rupanya dia yang guna bilik tu. Terus kami minta dia kemas bilik, kami pun keluar. Bila balik semula ke bilik dah nak zuhur, rupanya bilik tak kemas lagi. Laaaaaaaaaaaa geram pun ada, rupanya wak indon tu takut nak kemas sebab takde orang. Isk wak ni, geram jugak hehehe. Terus dia kemaskan, selesai jek kemas, alhamdulillah okjek bilik tu. Kecik sedikit tapi utnuk 3 orang. Sebelum tu abah dah nak mengamuk dah, hampir sahaja dia ank ambik bilik suite kat Hilton tu yang harga semalam 1k. Nasib kitorang pujuk, takkan la nak bazirkan duit semata mata.... hehe. Yang peliknya marah marah pun, bila jumpa Ustaz Roslan, semua lembut jek hati nampaknye,,..... hahaha. Nak gelak pun ada.

Petang tu lepas asar, kami pun pergila dengan kak syida  dan husband ke Tana'im sendiri naik teksi. Miqat dan sempat samapi jek Masjidilharam, dah maghrib. Sempat maghrib kat dataran sajala. tupun kat hujung hujung sebab orang semua dah mula jemaah. Habis solat, kami pergi bilik kak syida tumpang bilik air. Abah ngan en baharudin pergi makan. Lepas Isyak abru kami buat tawaf dan saie. Kali kedua buat pun masih kurang yakin, tapi kene marah lagi ngan abah, suruh yakin . hehe..almaklumla baru lagikan. Balik bilik dekat kul 12 jugakla, time tu kedai masih ada yang bukak lagi... almaklumla ramainya umrah kali ni macam haji.... mahal pun ye jugak. Sempat singgah kedai ala ala carls junior kat bawah Hilton untuk makan.

Hari ketiga di mekah, subuh kami tak larat ke Masjidilharam sebab terlewat bangun :). Begitu juga hari sterusnya... memang la rugi rasanya. tapi sebab jauh dari hotel kami, kami tak larat nak pergi. Mama pun kaki tak berapa larat pun agaknya. Abah jek pergi, tupun ada gak yang tak pergi sebab kami tak pergi haha.
Haritu, kami ada ziarah ke beberapa tempat kat mekah. Jabal Rahmah antaranya. Kat situ, Apa lagi, tempat doa mustajab, lebih lebih lagi untuk doa dipertemukan jodoh :). Insyaallah, mana la tau. Saya panjat Jabal Rahmah dengan kak syida. Penat jugak, sebab kami tak ikut tangga. Di jabal Rahmah ni juga ada banyak abtu batu yang diletakkan tiang besi diabawahnya kerana mengikut ustaz zamri, batu batu ni sebenarnya terapung kerana amhu mengikut Rasullullah, tapi Rasuslullah meinta semua batu berhenti ditempat mereka naik mahu mengikut baginda. Maka terapunglah batu-batu ini, tetapi kerana orang arab takut perkara bidaah berlaku bila jemaah melihat batu terapung, lalu dipacakkan besi bagi mengaburi mata pengnjung. Almaklumla ada setengah bangsa taksub pada perkara perkara mukjizat sehingga bimbang menjadi perkara lain. Kalau kat kaabah tu, ada yang ambil kain banyak-banyak dan usapkan pada dinding kaabah sunguh sungguh..... ada yang melekat pada dinding kaabah, ada yang mencium dan macam macam lagi....

Kami x pergi gua hiraq, kami sekadar lalu sahaja. Agak tinggi jugak..... bila tengok tu Ya Allah tinggi nye... dikatakan boleh nampak terus ke Masjidil haram. saya tak berapa ingat tempat lawatan lain, tak banyak tempat kami melawat, banyak yang sekadar lalu sahaja, seperti padang arafah, tempat melontar... lepas tu bermiqat di jaradnah. Tumpuan saya banyak kepada umrah, duk memikirkan nak cuba buat umrah yang terbaik sebab sebelum tu rasa cam tak cukup baik. Alhamdulillah hari tu saya dapat buat dengan lebih yakin, dan lebih seronok sebab daah tau dan confident dengan apa yang nak dibuat. cumanya masa Zuhur tu berlaku la juga sedikit kejadian. Sebabkan lewat sampai, kami terpaksa solat kat tangga. dan nak jadi cerita depan kami ada orang belah belah india or afghanistan or pakistan, yang gaya dari kampung kot sebab nampak agak susah. KAmi tiada pilihan. so bentangla sejadah belakang diorang. Oranglain pun samala. Sekali, datanglah mungkin si suaminya hamba Allah depan kami ni. Yang si isteri memang solat dudukla kat depan saya, yang si suami berdiri depan mak. sedangkan yang sekelilingnya kebanyakan wanita. Tepi saya dah bertimbun kasut orang letak, oklalagi dalam keadaan tidak menggangu. Bila tgh solat, tetiba si lelaki ini solat makin kebelakang, kiblatnya juga dah lain macam. Yang si isteri pula boleh tengok kasut bertimbun sebelah dia juga ditolaknya ke depan saya. ya Allah, sabar jela, dah la solat, sujud hampir nak cium kaki si lelaki itu, nak sujud pulak ada kasut. Dalam hati memang la amarah ya amat, sabar sabar............... Habis aje solat, terus sahaja kami masuk ke dalam dan solat sekali lagi.lepas tu kami balik dan dtg semula waktu asar. So haritu kami buat tawaf selepas asar kalau x silap, terus dengan sa'i petang tu, dan tak balik ke hotel sehinggalah isyak.


Hari keempat, kami xde ke mana mana. jadi sebab dah menyempurnakan 3 kali umrah hari keempat kami rileks sikit. Subuh mcm semalamnya kami solat di bilik, lepas jek subuh kami breakfast dan berjalan jalan di kedai. Kalini baru terpikir nak beli apa, sebab sebelum ni duk pikir nak buat umrah ajek. langsung tak pikir pasal shopping. Dah setle umrah tu baru la de mood. Hari keempat kami buat tawaf sunat, dan solat di masjidil haram, jalan jalan kat kedai bawah hilton, dan tepi jalan.

Hari kelima, kami ziarah ke tempat ternak unta. Ada yang minum susu unta, mulanya nak cuba, tp bila dekat ngan unta dan bau untanya .... hm...... agak agak? heheh ye la segar dari ladang la kan... terus tak jadi. Lepastu terus kami ke Hudaibiah, tempat perjanjian Hudibiah. Di sana masih ada masjid lama dimana berlakunya perjanjian tersebut. Masih ada beberapa dinding daripada batu zaman dulu kala, Sebelahnya ada Masjid Hudaibiah. Agak kecil dan kami x dapat nak masuk kerana terlalu ramai. Dan pada masatu ramai orang turkey yang datang, bayangkanlah. Kalau dah de orang Turkey, mmg susah. So akhirnya kami cuma berniat sahaja. Yang lelaki kena jugakla pakai ihram.



So tengahri tu kami tiba awal ke kota mekah. Sempat balik bilik dulu memandangkan wudu' tiada. so tengahari tu kami pergi sana sebelum zuhur. Lepas sahaja zuhur kami terus buat tawaf. Mulanya nak wat time asar tp tgk time tu x ramai sangat kami pun buatla. Panas, sunburn jugakla...:) tp bila dah buat tu ok jek. Lepas tawaf kami terus cari tempat solat yang selesa sikit dan rehat sambil baca Quran dan segalanyalah. lapar jugak, tp sebab minum air zamzam kerap, x la lapar sehingga menggigil.Saya cuma makan breakfast pagi tu sedikit, dan kebetulan petang tu ada orang sedekah kurma. Agaknya sempena kedatangan Raja ke situ, tapi raja mana saya tak perasan. Sebab habis sahaja asar waktu nak ke sa'i tetiba ada announcement dan ramai yang tawaf tupun berhenti, dan ramai jugakla yang mengeluarkan hphone tuk ambil gambar. habis sahaja sai, saya rasa amatlah gembira..... Lepas sa'i kami stay sehinggalah isyak baru balik. Nasib juga ada wanita turkey bagi kami roti dan keju kepal..sedap juga. Rezeki ketika lapar alhamdulillah. Lepas isyak apa lagi...... carila makan :). Burger king kot..heheh xingatla makan apa... Teringat time lepas asar, pergh ramainya umat....... penuh smpi ke hujung tempat tawaf. Nasib dah selesai tengahari tu....... kalau petang tu buat tawaf sungguhla ramai.



Saturday, April 2, 2011

Umrah 2011 part 2

17 Mac 2011

Subuh berikutnya, mama dah ajak pergi Jemaah subuh kat Masjid jam 3 pagi..... 3.30 kami dah samapi masjid. Berjaya dapat ruang kat dalam. Masa nak ke subuh agak lama. Azan dilaungkan dua kali, kali pertama untuk kejutkan orang angun tidor, azan ke dua azan subuh. Antara waktu azan subuh dengan qamat pun agak lama. banyak solat sunat dan amalan lain boleh dibuat. Dugaannya? nak tahan wuduk jek. sebab jauh bilik airnya. dan kalau keluar, x lepas la nak masuk dalam masjid balik. So tahan la wuduk. Orang dah pesan bawa spray, tapi nak membawa tu beg nya kecik.. so bertahan jelah bila nak buang angin hehe.

Lepas subuh, balik ke hotel breakfast. Ustaz buat sedikit taklimat, dan maklumkan esoknya kene tukar hotel. Pulak..... sabarjela. So aritu pun pergila ziarah luar kul 8.30 pagi. Ustaz Roslan arrangekan dua biji van, yang dipandu oleh orang arab. Pertama kami melawat perkuburan syuhada dan jaabal uhud. Selepas itu, ke ladang kurma, masjid dua kiblat, dan beberapa tempat lagi. Saya x berapa ingat semua sebab demam lak haritu.

Sebelum zuhur kami balik dan solat di Masjid Nabawi. Petang tu jam 3 kami berpindahke Hotel lain. Agak ke dalam sikit hotelnya tapi lebih dekat ke pintu 25. Malam tu ramai juga yang pergi ke Raudah. Tapi sebab penat, kami x pergi.

18 Mac 2011

Macam semalamnya, kul 3 pagi kuar dah. Lepas jek solat subuh, kami try pergi ke Raudah. Berjaya juga ke Raudah. Tapi ramainya. Petugas masjid mengasingkan kami kepada group mengikut bangsa. Mungkin disebabkan keadaan terlau ramai ( ramai macam msuim haji) mereka buat begitu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Walaupun lama dapat la juga merasa sampai ke Raudhah, dan melihat makam nabi serta sampaikan salam kepada nabi. Dapatlah saya berdoa apa yang dihajat.

Dalam jam 11 kami balik ke hotel. Sempatla kami berkemas, beli sedikit lagi barang dan kemudian solat zuhur. Selepas zuhur kami berkemas dan trn ke bawah sebab nak ke mekah. siap memakai ihram, semua tunggu di lobi untuk tunggu bas.



Umrah 2011 Part 1

Alhamdulillah, perancangan umrah telah terlaksana pada 15 - 24 Mac 2011. Walaupun banyak rintangannya, alhamdilillah, samapai jua ke sana, dan selamatnya kembali ke tanah air. Secebis kenangan yang amat berharga saya kongsikan disini.

12hb Mac 2011

Pada asalnya, tarikh asal penerbangan ialah pada 12hb Mac 2011. Pakej yang diambil ialah pakej ziarah ke Damsyik Syria, dan umrah. Jam 10 malam, kami satu family dah pergi ke KLIA. Kebetulan, hari itu saya x sihat, gastrik, dan di KLIA semasa menunggu saya demam. Lama juga menunggu sehingga jam 12 malam, yang sepatutnya dah check in tapi wakil travel agent kami tak nampak lagi batang hidung. Sampai la jam 1 pagi, semua jemaah dah marah. Flight sepatutnya pukul 3. dalam jam 1 tu, Wakil agent pun datang, memaklumkan visa ada masalah. Ramai la yang marah. Saya diam sahaja memandangkan tengah mengantuk dan demam, campur keadaan perut yang x selesa. Nak nagis pun ada sebab jadi ke tak nak pergi ni. Persediaan semua dah buat.... sedih sangat. So at last wakil travel agentsrh balik dulu, dan dia akan contact kemudia untuk setlekan masalah ini. Samaada keseokan harinya atau dalam masa terdekat memandangkan visa tak selesai lagi. So balik lah kami ke rumah abang saya di seremban. Dan selama 2 hari lepas tu kami mengkuarantinkan diri di rumah abang sebab segan kalau orang tahu lum pergi lagi, dan xnak diganggu oleh hal kerja.

15hb Mac 2011

Syukur alhamdulillah. Masalah visa berjaya diselesaikan. rupanya ramai juga yang hadapi masalah visa dan tak dapat fly. Cuma yang kami terkilan apabila agent amat percayakan agent yang memproseskan visa, sehingga kami jadi mangsa keadaan. Tak salah klu maklumkan sahaja dahulu visa kami tak selesai lagi. Mungkin ini satu pengajaran buat travel agent kami tu. Takpela, saya anggap ianya cubaan dan dugaan memandangkan group kamipun kebanyakannya orang senang.

jam 10 pagi kami dah pegi ke KLIA. Agak lewat juga wakil agent dan Ustaz roslan tiba di airport. Ustaz Roslan dari Dubai balik ke Malaysia balik untuk uruskan kami. Jam 1 kami dah check in, menaiki flight Thai Airways ke Bangkok dan transit dari Bangkok ke Dubai. So, jam 3 kamipun bertolak ke Bangkok. Perjalanan alhamdulillah, baik sahaja. Dalam flight, sempat lagi tgk movie. Tapi nak jaga hati nak ke tanah suci, saya layan citer kartoon jela.

3 jam kemudian samapi ke airport bangkok. Sampai sana, kami mmg telah dicheck inkan. jadi pergi cari tempat solat. Kami solat kat tempat menuggu jek, tak cari pula suraunya. rupanya ada jek surau yang proper di airport itu. Selepas solat, kami menunggu lagi. Dalam menuggu tu, kami bersepah la kat airport sebab takde sapa yang guide. Ada jugala yang merungut. Saya diam ajela, sambil ingatkan diri. Dah dapat prgipun dalam keadaan macamni dah bersyukur dah. Yela, bukan senang nak pergi.. bukan mcm setengah orang yang mudah nak pergi.

Pukul 6.40 jam Bangkok, kami bertolak ke Dubai. Flight selama 5 jam lagi. Lama sungguh. dan dugaannya lagi, masalah makanan dalam flight bila makanan halal hanya beberapa orang sahaja dapat. Kata steward mungkin masalah pada system. Takpela, kamipun ambil sahaja makanan yang ada dan mkan nasi sahaja dengan buah dan roti. Stewardess meyakinkan kami makanan dlm flight thai airways adalah halal. Tapi kami tetap kurang yakin dan berhati hati.

Sampai di Dubai. Wakil hotel dah tunggu di luar. Di airport Dubai, xde masalah sangat. mungkin kerana Dubai dah biasa dengan pengunjung international. Tapi, terasa seperti di Bangladesh or pakistan sebab ramai orang belah sana kat Dubai. Yang tunggu kat luar tupun ramai orang Bangladesh dan pakistan. Sbb diorang ramai yang bekerja kat Dubai agaknya. Samapi je kat Hotel, dugan lagi. Pak arab biasala, padahal booking ada dah Ustaz Roslan dah buat booking. Malangnya banyak pula PakArb registration tu punya hal sampai jam 12 malam masa dubai baru selesai, which is dalam jam 3 ke 4 pagi Malaysia. Amat memenatkan. Alhamdulillah, masuk hotel, terus solat tidur. Hotel di Dubai mmang cantik, hotel apartment.

16hb Mac 2011

Pagitu sempat lagi di Dubai, ronda sekeliling hotel jekla memandangkan flight ke Madinah pukul 3. Pukul 12 dah kene ke airport. Bangunan di Dubai tinggi tinggi, menag semua nya high rise building. De la sikit sikit yang rendah. Penuh dengan development baru ajek. Keadaan Dubai, sejuk dan nyaman. Pukul 12 kitorang bertolak dr hotel ke airport, naik flight direct ke Madinah. Flight yang kami ambil kalini mcm flight airasia, tmbang murah. Tak kisah la hal tu, cumanya, ntah kenapa, sayarasa panas sangat, dan nak muntah. Bila samapi jek Madinah, terasa amat bersyukur sebab tak tahan dengan keadaan dalam flight. Waktu sampai, Madinah hujan dan sejuk. Sungguh ramai kat airport Madinah, datang untuk menunaikan umrah. Rasa lega sangat sebab dah sampai.

Di Dubai

Kami dibawa ke Hotel Aramas. Hotel ni dekat sangat dengan gate 5 Masjid nabawi. Time ni sepatutnya family saya duk hotel lain sebab kami ambil pakej murah sikit. Tapi sebab kan xnak menyushkan keadaan lagi, Ustaz Roslan letakkan kami kat hotel yang sama. Alhamdulillah. Kami sampai di sana Maghrib. tak sempat maghrib di Masjid, kami solat di bilik sahaja. Dekat isyak sahaja, kami pun pergi ke Masjid Nabawi, walaupun gate dekat,tapi pintu sebelah perempuan agak jauh. Sampai kat sana dah ramai sangat orang. Terpaksa jemaah di dataran. Sejuk. Balik dari solat, kami makan kat hotel. lepas tu kami jalan jalan kat bawah, tengok tengok barang kat kedai. sempat juga membeli serba sedikit.



to be continue.....

Tuesday, February 8, 2011

SEJAMBAK BUNGA CINTA

Halaqah: Sejambak Bunga Cinta. Membincangkan tentang persoalan cinta, dan kisah St. Valentino dan hari Valentine. Seronok mendengar perbincangan ini. Mengupas kisah Hari Valentine. Rupanya terdapat banyak versi hikayat Hari Valentine. Tetapi kesemuanya menyatakan St Valentino mati dihukum bunuh pada 14 Februari. Maksudnya, anak-anak muda muslimin muslimat menyambut Hari Valentine,... hari memperingati St Valentino.? Wajarkah? sayang sungguh apabila kita jahil dalam sesuatu perkara, tidak menyelidikinya, dan kita sambut dengan penuh gembira... Mari sama sama kita sebarkan info ini, untuk semua muslimin muslimat di luar sana. Cinta adalah satu perkara yg suci dan jgn dinodai dgn perkara-perkara yg tidak sepatutnya...... hargailah sejambak bunga cinta yang suci, ...


* .... geram jugak bila dalam konuniti islam sendiri ada yang menganjurkan "no panties day?".... aduhai adik adik aku........

Sunday, January 30, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa (Official Bahasa Malaysia Trailer)


Menarik trailer ini........ hikayat merong mahawangsa
Terasa seperti menonton trailer lord of the ring plak......
Mesti tonton nampaknya cerita ini....

Kebahagiaan Dalam Perpisahan


Belum tentu lagi kebahagian ku, tapi yang pasti kini diriku lebih baik tanpa dirimu, dan ku yakin begitu juga untuk mu. Acewahhhhh.....

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih


Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan


Saturday, January 29, 2011

Rindu pada FRIM

Tetiba teringat pada FRIM. Rindu juga pada tempat keje suatu ketika dahulu. Tempat kerja yang setiap hari saya amat seronok untuk pergi pada waktu pagi, walaupun bila masuk jek bilik saya, x la seronok mana sebab kerja menanti :p. Tempat yang mengajar saya matang dalam dunia pekerjaan....... sesekali masih mahu kembali memanjat bukit FRIM dan menaiki kanopi walk nya. Lepastu minum teh di Malay Tea House FRIM....

Sunday, January 23, 2011

Doa untuk yang bercinta

Terjumpa doa ini di http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/doa-untuk-yang-bercinta/ , sekadar untuk mengisi ruang kosong di blog ini....  :).

Bingkisan Doa.

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

Sunday, January 16, 2011

Saturday, January 8, 2011

my point of view

My point of view: Government vs Private sector

When people heard that i work as government servant, i'm sure i'll get the same feedback all the time! their respond : bagusnya!... senang buat loan rumah!, tak sibuk sangat!.... pegawai? mahsyuk!,......
Well, more or less its true. But the part of people say not much work is wrong!...hahahha its not that statement is totally wrong, but probably what they've seen was just one side of gov sector. probably of what they experienced at the counter or what they saw at Gerai Mamak bawah jambatan which usually full of gov servant. haha... if u ask me, memang betul pun!.

BUT... the real truth is, either government or not government, more or less not much different. Because, like everywhere else, we have different level of gov servant etc, technician, assistant officer, officer, and then all the bosses.  the support staff usually have less work compare to the professionals, and the professionals are busy with all the thinking and management work. so as officer, i am busy!.... but! (haha another but...) we do sometimes have * happy hours.................

Conclusion : Same jekkk.........

2011, praying for the best to come

looking back at those days , so many things happen and yet, we're still here in this world, making ourself as useful as it can be to fulfill our destiny. whatever that we have faced before happen for a reason. 2010 have been my struggling year. and i'm determine to make the best of my self this year. Inshaallah, ..... Will always have faith in Allah, no matter what. Inshaallah, these will be  my new year resolution list:

1. drop another 2 kg
2. going to save rm500 every month .... HOPEFULLY
3. enough of playing around....... be serious heheh (i'm growing old! no more involve in social group.., SNC or anything else. going to miss them, but life goes on :) )
4. back to business......
5. buy a house


ok...hm thats enough for now. migh just review back everything later .. heheh
wasaalam