Thursday, November 29, 2012

Tiny village : penternak dinosaur berjaya

Kamilah penternak dinosaur berjaya. 8 dinosaur ...... 4 ghost mammoth! Xde dinosaur lain ke nak diberi.... nak fuse banyak banyak pun xde choice sgt. Sabau jelah... xpe, ghost mamoth ghost mamothku, mamam kenyang kenyang... kami nak jual! :).

Thursday, November 15, 2012

DIY Wedding Ideas: Brown Paper Bag



Sebelum ni saya dah ada buat post pasal brown paper bag. Tren bag brown paper untuk Wedding Gift bag semakin banyak skarang, ada yang cun ada yang tidak. Kalau ikutkan, kos nya tetap mahal kalau nak 'eksklusif' tapi kalau nak cantik tapi murah masih boleh diusahakan dengan inisiatif sendirilah. Kalau tempah, x de la dapatnya murah hehe.

Paperbag di masa wedding saya, saya buat sendiri dalam tempoh 2 3 bulan sebelum. Alhamdulillah, keluarga pun menolong, walaupun renyah... tapi hasilnya hanya menelan kos + - 25sen - 35 sen kot... sebab menggunakan bahan murah, dan ada yang bahan memang dah ada di rumah.

Lagipun, lepas dah bagi kat tetamu, pasti akan dibuang paper bag ni. Takpela pakai bahan terbuang pun :p... janji comel.

Barang-barang yang digunakan:

  1. Beli brown paper bag untuk goreng pisang kat Mydin. 1 paket 100 keping - RM 3.80 (4 sen sekeping). Tempat lain, boleh juga beli di website ini green tree.
  2. Buat design label sendiri atas kertas A4. Print sekeping dan fotostat. atau print lah ikut yang diperlukan.
  3. Kalau nak cantik label, belilah puncher besar boleh dapat kat http://www.scrap-n-crop.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=405 . Harga ada rm60 ke atas... mahal juga, tapi boleh digunakan selepas itu untuk craft. Kalau taknak, tempah sahaja stiker kertas biasa kat kedai, boleh dapat RM3 sekeping A3. Saya beli satu di Scrap n Crop ni, tapi memandangkan penggunaan yang agak kasar, heheh rosak sudah punchernya. 
  4. Reben kertas hantaran, untuk hiasan. Ada yang saya guanakan kertas bunga yang memang sedia ada kat rumah.
  5. Gam tembak untuk tampal label. Guna gam biasa pun boleh, tapi susah nak lekat dan comot.

Siap bahan, dah boleh buat!... selamat mencuba buat Wedding Gift guna Brown Paper Bag!. *kalau ada yang nak cuba :).





Friday, November 9, 2012

Jalan-jalan: Maran 'Bandar Ayam Kampung'

10.11.12, keinginan meluangkan masa di hujung minggu, bersama suami membawa ku berkelana ke bumi Maran,Pahang darul makmur. Ada apa dengan maran? Cuma sebuah bandar kecil, terletak diantara Temerloh dan Kuantan, di kelilingi oleh hutan dan felda-felda, serta diberi jolokan Bandar Ayam Kampung. Hmmm...... aduhai, kenapa bandar ayam kampung?

Masa pertama kali nampak signage bandar ayam kampung, mau tergelak pun ya. Apa yang ada dengan ayam kampung disini, sehingga di angkat nama ayam kampung tu?  tak tahula. Mungkin sebab banyak ayam kampung disini atau orang sini memang makan ayam kampung je kot. Ada juga nampak kelibat ayam kampung, kedek-kedek bermain di tepi jalan.

Kepada sesiapa yang mencari hotel penginapan, hanya terdapat sebuah resort , iaitu Maran Golf Resort (http://www.mdmaran.gov.my/chalet) . Itupun, sekadar beberapa buah chalet baru, berekabentuk rumah kayu yang cantik. Walaupun hanya sedikit, tetapi, kedudukannya yang mengadap sebuah tasik kecil, dan bukit-bukit menghijau, amat menggamit perhatian.

 Kawasan ini diberi nama Dataran tasik maran. Masih baru rasanya kawasan ni, sebab kami tak dapat nak mencari lokasinya dalam GPS. Lokasi dataran ini amat strategik untuk menjalankan event. Kedatangan kami ke sini pun atas sebab suami kena pergi kerja untuk event Karnival Jelajah Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, yang diajalnkan disini pada 10-11 November 2012. Sambil encik abang bekerja, saya pun jadila peserta karnival :p. Sekurang-kurangnya dapatla pedometer percuma, sorang satu. Lepasni, bolehla mengamalkan 10,000 langkah sehari! Ke arah gaya hidup sihat!

Maran Bandar Ayam Kampung
Program Karnival Jelajah Sihat
Pedometer percuma

Nak tau apa itu pedometer? Pedometer tu alat untuk mengukur jumlah langkah kita, bila kita berjalan. lebih lanjut silalah google kat http://en.wikipedia.org/wiki/Pedometer#Apple_iPod_Nano 

Wednesday, November 7, 2012

Dunia tablet ku : Game Tiny Village

Saya bukan kaki main game. Tapi sejak menggunakan Samsung Tab 2 10.1, macam-macam game dah di install ke dalam tab saya. Antara game yang saya dan encik suami taat setia bermain ialah game Tiny Village. Kenapa ya? sebab paling utama, game ini amat comel paparannya... amat menarik perhatian. kedua, seronok membina 'village' yang semakin berkembang... rasanya dah hampir 3 bulan main game ni,
ke tiga, dalam game ni ada assignment assiggment yang perlu dibuat, so kene cari duit, bela dinosaurs yang comel-comel dan terakhir sekali, sebab ia takde ending..... entah bila akan kebosanan, belum tahu lagi. Dan bila rasanya nak maklumat tambahan, seperti macamana nak fuse kan dinosaur untuk dapatkan dinosaur baru... boleh tengok dekat web Tiny Village Wiki.

*Seronok layan sebab tab senang nak bawa, kat tepi jalan sambil tunggu encik suami ambik pun bleh layan tiny village.