Wednesday, November 11, 2015

Belajarlah dari persekitaran kita

Setiap yang berlaku di sekitar kita sebenarnya adalah teguran dan dugaan buat kita.

Tiada yang berlaku melainkan kehendak Allah. Meskipun kenaiakn harag tol, kenaiakan harga barang, cukai GST, penarikan balik subsidi . Segalanya atas izin Allah.

Ada yang dengan sinis, "Syukurlah Malaysia masih aman!". .. kenapa? tidakkah wajib bersyukur dengan apa Allah kurniakan biar sebesar zarah sekalipun rezeki yang diberikan? Bersyukur tak bermakna bersetuju dengan kezaliman. Bersyukur tidak bermakna tidak ikhtiar menegakkan kebenaran!....

"kesian mereka yang miskin , beras semakin mahal"....
Ya benar!... tapi mereka yang bersuara itu juga yang sepuas hati menyuap selera masing-masing dengan kopi starbuck, dan burger Mc Donald, sambil memandu Vios ke sana kemari.

Kasihankah mereka kepada yang miskin? Yang benarnya kasihan dulu diri kita ini yang masih tidak mampu untuk TIDAK bermewah.

 Inilah dugaan buat kita yang serba ada... di mana duduknya kita ketika yang miskin tidak mampu membeli beras? KIta sibuk menyeluk saku masing masing mengira duit cukup atau tidak untuk membayar kereta vios masing-masing. Sibuk mengumpul harta rumah, sedangkan masih ramai tak mampu membeli rumah dan duduk di jalanan...

Ya Allah dimana duduknya kami ini bila harta dunia merajai hati?
Ya Allah ..

moga dapat kami jadikan hati kami, redha dengan apa yang ada, redha dengan kereta yang kecil agar lebihan kemampuan yang kami ada dapat kami berikan kepada mereka yang tidak mampu. Redha dengan harta yang ada supaya harta yang lebih kami redha menginfakkannya.......

sungguh, aku masih jauh........




Friday, May 22, 2015

Resepi Couscous Epal Pantas

Resepi couscous pantas untuk bekal Uwais ke Taska. Memandangkan saya selalu terlupa sediakan bekal Uwais awal-awal, jadi saya buatla cara pantas ini menggunakan pengukus elektrik.


Couscous Apple Cinnamon with honey & habatussauda

Bahan:
1) dua sudu couscous
2) Sebiji epal dipotong nipis
3) 2-3 sudu madu
4) satu sudu kecil minyak habatussauda
5) 1-2 sudu kecil serbuk kayu manis.

Cara:
1) dalam satu bekas kecil yang boleh dikukus, masukkan couscous. Masukkan air panas anggaran setengah cawan (saya anggarkan air cukup sehingga couscous boleh kembang dan lembut)
2) masukkan hirisan epal, serbuk kayu manis, minyak habatussauda, dan madu.
3) masuk dalam pengukus.
4) kukus dalam 20 minit.
5) siap.... cuba rasa, kalau tak cukup rasa, tambahkan madu, sebab jika lebih couscous akan rasa tawar.

untuk tambah penyedap rasa, boleh tambah prune, kismis dan lain-lain.

ini favorite uwais. Peminat Apple Tegar.. :)

Wednesday, April 29, 2015

Betulkah MYDIN Serap GST ?

Esok, genap sebulan GST (Goods & Service tax) dilaksanakan di Malaysia.

Hari pertama pelaksanaan GST, status Facebook berkenaan GST berbagai ragam. Ada yang sokong ada yang tidak. Majoritinya sudah tentu la TIDAK.

Banyak peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga. Dalam masa yang sama nilai RM juga menurun menyebabkan harga barang meningkat. Jadinya, ramai beranggapan harga meningkat disebabkan GST. Pada saya, kebanyakannya meningkat kerana nilai RM turun, DAN, disebabkan GST, peniaga ambil kesempatan naikkan juga harga.

MYDIN menaikkan banner kata 'Kami Tanggung GST'. Maka ramai la pergi MYDIN untuk membeli barang. Tetapi terkejut dalam resit ada tulis 6% GST. Hari itu juga keluar status FB beserta lampiran gambar resit.

Saya ketawa...

Pelaksanaan GST memerlukan semua yang berdaftar menayangkan jumlah caj GST di dalam resit. Itu memang kena buat. Serap atau tidak dalam resit perlu tayang GST. Kesimpulan nya disitu, yang hiruk pikuk di luar sana tak tahu apa yang diorang komplenkan.

Saya juga cubalah ke MYDIN. Cuba lah sendiri sebelum berkokok sama.

Pembelian pertama saya ialah kopi, nescafe dan beberapa barang makanan lagi. Sedikit sahaja, sekadar membeli keperluan harian. Kopi Hang Tuah ada tulis GST,. Nescafe tidak ada GST. owh, ok... Disebabkan saya tak ingat harga Kopi Hang Tuah. jadi saya diamkan diri sahajala.

Pembelian seterusnya ialah kasut Uwais. Saya cari selipar plastik ala ala crocs. Jumpla di MYDIN, harga 11.90 sen. Tengok tag harga dah lunyai, menunjukkan tag tersebut adalah tag lama sebelum pelaksanaan GST (Pada pengamatan saya).

Resit pembayaran menunjukkan harga tanpa GST adalah RM11.23. Ok, rasanya betulni, GST diserap.


Rumusan saya, saya percaya dengan apa yang saya rasa, berdasarkan pengalaman membeli di MYDIN. Ya, MYDIN serap caj GST. Tetapi, janganla percaya saya bulat-bulat. Siasat la sendiri. barula buat rumusan,

Yang saya faham, GST adalah penukaran sistem taks. Maka tidak sepatutnya harga barang dinaikkan sewenang-wenangnya. Jika naik, maka syarikat berkenaan atau kedai berkenaan tidak pernah membayar cukai kepada kerajaan. 

Sekian ... 

ps: saya tidak sokong GST 100% tetapi.. hidup perlu diteruskan. Rezeki Allah tentukan, bersyukur dan berusaha.

Thursday, January 22, 2015

Resepi bayi setahun : Pasta Alapollo

Pda mulanya nak buat pasta ala-ala kabonara, tapi bila dah tambah ayam, dah macam spagetti alapollo pulak. Main campak-campak, terjadi la pulak.

Bahan-bahan:

1. Cendawan tiram. atau apa apa cendawan
2. Cheddar cheese.
3. Cream cheese atau cooking cream
4. Fresh milk
5. Bawang holland
6. Bawang putih
7. Isi Ayam dipotong kecil-kecil atau dikisar
8. Pasta ABC



Cara masak:


  1. Tumis bawang holland dengan bawang putih. 
  2. Masukkan isi ayam yang dah dipotong kecil.
  3. masukkan cendawan tiram yang dah dicarik halus halus.
  4. tumis sehingga ayam dan cendawan masak.
  5. Masukkan susu fresh milk. (sukatan, secukupnya dengan bahan yang sedang dimasak) 
  6. masukkan sekeping cheddar cheese dan sedikit cream cheese. sehingga agak agak cukup pekatnya. 


Next curah dalam pasta yang telah direbus.

Sekian terima kasih.



Monday, January 19, 2015

Resepi untuk bayi : Pisang yogurt dan serbuk kayu manis

Ini adalah favorite uwais, pisang tambah yogurt dan serbuk kayu manis. Sangat mudah dibuat.
  1. 1 biji Pisang masak dipotong kecil atau dilenyek
  2. Letak sesudu Greek Yogurt.
  3. Masukkan serbuk kayu manis. 
  4. Sedia untuk dimakan...

Thursday, January 15, 2015

Fesyen Muslimah Syariat Compliance. Compliance kah?!

Satu masa dahulu, saya geram dengan senario fesyen Malaysia, yang kebanyakannya tidak sesuai untuk muslimah bertudung.

Kalau adapun hanya baju jubah dan baju kurung.

Satu masa dulu, nak cari baju blouse labuh, yang ada, jarang, kalau yang tak jarang, pendek.

Satu masa dulu nak cari skirt labuh yang tidak ketat, punyala payah. Kalau adapun yang straightcut , nak langah pun susah. Silap hari bulan koyak.

Masa kini, nak cari baju muslimah, mudah online sahaja dah banyak pilihan.Semuanya untuk muslimah .. KONONNYA. Tapi rupanya , senario lama masih tidak berubah. Jubah muslimah, ikut bentuk badan. Dah nampak bentuk punggung .

Blouse labuh banyak.. tapi harga sama harga kat Shopping Mall Isetan

Skirt labuh nak langkah split pun boleh, tapi harga, menjunam tinggi ke langit

Dress kain kembang banyak tapi menyeret lantai, dan sebelah atasnya ketat. Bawah tutup, atas tutup tapi macam tak tutup.

Tudung pelbagai fesyen berlambakan di ruang tayang Facebook. Tapi bila pakai, tutup nya atas dari dada.Fesyen tudung pula dah macam pokok krismas pun ada, gaya macam tak sempat pakai tudung pun ada. Banyak mata memandang sebabkan lain dari yang lain. Bila kena viral, alasan rambut macam Hafiz AF, tudung pun jadi macam bukit la... huh?

Selendang instant syariat compliance, .... tapi macamana nak syariat compliance, kalau dah macam langsir gayanya, warna sebatu dah nampak, siap bunga-bunga dan renda, macam hantaran la pulak.

Inilah ceritanya bila bertudung asal bertudung. Bila bertudung tapi nak berfesyen. Tapi nawaitu bertudung tidak benar.... Akhirnya jadilah wanita bertudung tapi menyanyi dan berlakon, jadilah wanita bertudung tapi tak kisah dipeluk, jadilah wanita bertudung tapi nilai moral tiada...

Wanita dan kecantikan, fesyen dan gaya, memang sukar dipisahkan. Saya akui, saya sendiri mau cantik. Malah sering juga tergoda dengan lambakan iklan pakaian muslimah syariat compliance.

Tapi marilah sesama beringat. Syariat bertudung itu apa sebenarnya. Menutup aurat, menjaga aurat agar tidak menjadi 'tarikan' pada mata-mata yang tidak sepatutnya. Menutup aurat bukan sekadar tutup. Tapi tutup bentuknya, tutup dadanya... dan dah tutup, janganla pula melupakan halal haram yang lain.

Barulah cantik. Belum tentu sempurna tapi lebih cantik ..

Dan pada yang buat seperti yang diatas, tak payahla nak bagi alasan yang tidak munasabah untuk menghalalkan cara. Seolah-olah bodoh sangat masyarakat lain nak menilai, Masyarakat pulak, tak perlulah nak mengviralkan sangat kesalahan anak muda kita, macam sendiri tak pernah buat salah. Yang pakai tudung tersilap sikit, macam silap besar jek gayanya, yang tak pakai tudung, terkinja kinja peluk orang atas pentas dalam drama, tidak pula ditangkap... aduhai. Apa sebenarnya?

Dunia akhir zaman. Takut, tapi masih belum bersedia...





Wednesday, January 14, 2015

Resepi Kacang Pool / Kacang Foul ... Ekspres!

Kisah semalam, apabila mama & abah datang rumah secara tiba-tiba.
Termenung di ofis sekejap fikir nak masak apa, haha.
Mulanya terfikir kacang pul, sebab dah ada barang sikit, tapi takut tak jadi terus tukar menu spagetti goreng.

Tetapi, abah pulak dah dengar kacang pul, abah nak juga kacang pul. Bak kata abah, kalau dah masak kacang pul, rasa kacang pul lah... hahah



Maka dengan segeranya letak spagetti ke tepi. Ambil bahan-bahan berikut:

2 pek Daging cincang Ramlee
1 Tin kacang Pul
1 Tin Kacang Panggang
Setengah botol tomato puree prego (yang dah buka ada dalam fridge)
Tomato sos
Serbuk Kari Daging Alagapas
2 biji bawang holland sederhana besar jek
Sikit halia

Seterusnya dengan segera dan kelam kabut lah mengingat resepi dari internet, dan diubahsuai dengan sesedap rasa hati seperti berikut:


  1. Cincang bawang Holland dengan Turbo Chopper Tupperware (Sangat Suka ini Chopper!)
  2. Defrost daging cincang
  3. Tumis bawang dengan halia dengan butter. (kononnya sedap la pakai butter!)
  4. Masuk daging. Saya biar sampai agak dah masak daging tu
  5. Saya masukkan kari daging. Sepuas rasa hati. Hubby tukang tambah lagi kari daging ni.... 
  6. Agak agak dah cantik bau dan rupa, saya masukkan la tomatao puree. 
  7. Pastu saya masukkan kacang foul setin dan kacang panggang setin yang kecil. (untuk muaikan saja) 
  8. Pastu bila rasa, mcm tak sampai sgt, tambah tomato sos. 
  9. Biarkan sampai masak. masukkan garam secukup rasa. Kacau sampai kacang hancur...
  10. Saya pecahkan 4 biji telur kat atas kacang pul tu berasingan.. , (atas dapur tu jugak)  pastu tutup periuk tu sehingga la kuning telur tu nampak mcm telur goyang....


Pastu hidang dengan lemon slice untuk diperah sebab limau kecik takde.

Dengan kembang kuncupnya dengar mama ngan abah kata jadi dan sedap... Klausa mama, orang pandai makan, pandai masak... wahwah.

Kesimpulannya, jangan takut takut cuba, kalau takut memang tak sedap, kalau berani redah, x jadipun tetap sedap!