Thursday, January 22, 2015

Resepi bayi setahun : Pasta Alapollo

Pda mulanya nak buat pasta ala-ala kabonara, tapi bila dah tambah ayam, dah macam spagetti alapollo pulak. Main campak-campak, terjadi la pulak.

Bahan-bahan:

1. Cendawan tiram. atau apa apa cendawan
2. Cheddar cheese.
3. Cream cheese atau cooking cream
4. Fresh milk
5. Bawang holland
6. Bawang putih
7. Isi Ayam dipotong kecil-kecil atau dikisar
8. Pasta ABC



Cara masak:


  1. Tumis bawang holland dengan bawang putih. 
  2. Masukkan isi ayam yang dah dipotong kecil.
  3. masukkan cendawan tiram yang dah dicarik halus halus.
  4. tumis sehingga ayam dan cendawan masak.
  5. Masukkan susu fresh milk. (sukatan, secukupnya dengan bahan yang sedang dimasak) 
  6. masukkan sekeping cheddar cheese dan sedikit cream cheese. sehingga agak agak cukup pekatnya. 


Next curah dalam pasta yang telah direbus.

Sekian terima kasih.



Monday, January 19, 2015

Resepi untuk bayi : Pisang yogurt dan serbuk kayu manis

Ini adalah favorite uwais, pisang tambah yogurt dan serbuk kayu manis. Sangat mudah dibuat.
  1. 1 biji Pisang masak dipotong kecil atau dilenyek
  2. Letak sesudu Greek Yogurt.
  3. Masukkan serbuk kayu manis. 
  4. Sedia untuk dimakan...

Thursday, January 15, 2015

Fesyen Muslimah Syariat Compliance. Compliance kah?!

Satu masa dahulu, saya geram dengan senario fesyen Malaysia, yang kebanyakannya tidak sesuai untuk muslimah bertudung.

Kalau adapun hanya baju jubah dan baju kurung.

Satu masa dulu, nak cari baju blouse labuh, yang ada, jarang, kalau yang tak jarang, pendek.

Satu masa dulu nak cari skirt labuh yang tidak ketat, punyala payah. Kalau adapun yang straightcut , nak langah pun susah. Silap hari bulan koyak.

Masa kini, nak cari baju muslimah, mudah online sahaja dah banyak pilihan.Semuanya untuk muslimah .. KONONNYA. Tapi rupanya , senario lama masih tidak berubah. Jubah muslimah, ikut bentuk badan. Dah nampak bentuk punggung .

Blouse labuh banyak.. tapi harga sama harga kat Shopping Mall Isetan

Skirt labuh nak langkah split pun boleh, tapi harga, menjunam tinggi ke langit

Dress kain kembang banyak tapi menyeret lantai, dan sebelah atasnya ketat. Bawah tutup, atas tutup tapi macam tak tutup.

Tudung pelbagai fesyen berlambakan di ruang tayang Facebook. Tapi bila pakai, tutup nya atas dari dada.Fesyen tudung pula dah macam pokok krismas pun ada, gaya macam tak sempat pakai tudung pun ada. Banyak mata memandang sebabkan lain dari yang lain. Bila kena viral, alasan rambut macam Hafiz AF, tudung pun jadi macam bukit la... huh?

Selendang instant syariat compliance, .... tapi macamana nak syariat compliance, kalau dah macam langsir gayanya, warna sebatu dah nampak, siap bunga-bunga dan renda, macam hantaran la pulak.

Inilah ceritanya bila bertudung asal bertudung. Bila bertudung tapi nak berfesyen. Tapi nawaitu bertudung tidak benar.... Akhirnya jadilah wanita bertudung tapi menyanyi dan berlakon, jadilah wanita bertudung tapi tak kisah dipeluk, jadilah wanita bertudung tapi nilai moral tiada...

Wanita dan kecantikan, fesyen dan gaya, memang sukar dipisahkan. Saya akui, saya sendiri mau cantik. Malah sering juga tergoda dengan lambakan iklan pakaian muslimah syariat compliance.

Tapi marilah sesama beringat. Syariat bertudung itu apa sebenarnya. Menutup aurat, menjaga aurat agar tidak menjadi 'tarikan' pada mata-mata yang tidak sepatutnya. Menutup aurat bukan sekadar tutup. Tapi tutup bentuknya, tutup dadanya... dan dah tutup, janganla pula melupakan halal haram yang lain.

Barulah cantik. Belum tentu sempurna tapi lebih cantik ..

Dan pada yang buat seperti yang diatas, tak payahla nak bagi alasan yang tidak munasabah untuk menghalalkan cara. Seolah-olah bodoh sangat masyarakat lain nak menilai, Masyarakat pulak, tak perlulah nak mengviralkan sangat kesalahan anak muda kita, macam sendiri tak pernah buat salah. Yang pakai tudung tersilap sikit, macam silap besar jek gayanya, yang tak pakai tudung, terkinja kinja peluk orang atas pentas dalam drama, tidak pula ditangkap... aduhai. Apa sebenarnya?

Dunia akhir zaman. Takut, tapi masih belum bersedia...





Wednesday, January 14, 2015

Resepi Kacang Pool / Kacang Foul ... Ekspres!

Kisah semalam, apabila mama & abah datang rumah secara tiba-tiba.
Termenung di ofis sekejap fikir nak masak apa, haha.
Mulanya terfikir kacang pul, sebab dah ada barang sikit, tapi takut tak jadi terus tukar menu spagetti goreng.

Tetapi, abah pulak dah dengar kacang pul, abah nak juga kacang pul. Bak kata abah, kalau dah masak kacang pul, rasa kacang pul lah... hahah



Maka dengan segeranya letak spagetti ke tepi. Ambil bahan-bahan berikut:

2 pek Daging cincang Ramlee
1 Tin kacang Pul
1 Tin Kacang Panggang
Setengah botol tomato puree prego (yang dah buka ada dalam fridge)
Tomato sos
Serbuk Kari Daging Alagapas
2 biji bawang holland sederhana besar jek
Sikit halia

Seterusnya dengan segera dan kelam kabut lah mengingat resepi dari internet, dan diubahsuai dengan sesedap rasa hati seperti berikut:


  1. Cincang bawang Holland dengan Turbo Chopper Tupperware (Sangat Suka ini Chopper!)
  2. Defrost daging cincang
  3. Tumis bawang dengan halia dengan butter. (kononnya sedap la pakai butter!)
  4. Masuk daging. Saya biar sampai agak dah masak daging tu
  5. Saya masukkan kari daging. Sepuas rasa hati. Hubby tukang tambah lagi kari daging ni.... 
  6. Agak agak dah cantik bau dan rupa, saya masukkan la tomatao puree. 
  7. Pastu saya masukkan kacang foul setin dan kacang panggang setin yang kecil. (untuk muaikan saja) 
  8. Pastu bila rasa, mcm tak sampai sgt, tambah tomato sos. 
  9. Biarkan sampai masak. masukkan garam secukup rasa. Kacau sampai kacang hancur...
  10. Saya pecahkan 4 biji telur kat atas kacang pul tu berasingan.. , (atas dapur tu jugak)  pastu tutup periuk tu sehingga la kuning telur tu nampak mcm telur goyang....


Pastu hidang dengan lemon slice untuk diperah sebab limau kecik takde.

Dengan kembang kuncupnya dengar mama ngan abah kata jadi dan sedap... Klausa mama, orang pandai makan, pandai masak... wahwah.

Kesimpulannya, jangan takut takut cuba, kalau takut memang tak sedap, kalau berani redah, x jadipun tetap sedap!