Wednesday, December 14, 2016

Real Bubee Double Pump

Baru baru ini saya terjebak dalam membeli pam susu murah melalui shopee. Sebabnya ialah saya dapati memang mengepam susu dari kedua-dua belah dalam masa yang sama lebih banyak hasilnya dari mengepam sebelah-sebelah dalam satu masa.



Tetapi, saya tidak mempunyai double pump. Saya cuma ada satu pam Medela elektrik yang single - Medela Swing. Jadi, untuk buat double pumping, sebelah saya pakai mesin, sebelah saya pakai manual. Hasilnya dapat la 5 oz (kilang susu saya memang sedikit). 

So, saya pun cuba tanya-tanya dengan Mr. Google, dan akhirnya saya terjumpala Real Bubee Double Pump yang murah dan 'katanya' amatlah berbaloi. Jadi saya pun order di Shopee dengan harga termasuk posting sebanyak RM48.00. Murahkan? Almaklumla bukan original. Dari China ya... jauh pump ni kita order. Mungkin yang harga RM90.00 seperi di Lazada lebih baik kualitinya.

Ambik masa hampir tiga minggu untuk dapat. Sampai je, terus la cuba. Maka, berikut adalah review dari saya:

  1. Pertama sekali, membasuh. Ok, senang. Tidak banyak sangat part, dan mudah dibuka untuk basuh. Saiz pam juga kecil sahaja,
  2. Pakai USB sahaja, so perlu sambung ke power bank, or laptop dan sewaktu dengannya. Tak boleh dicas seperti handphone. 
  3. Ada mod macam Swing, mod urut perlahan, dan selang beberapa lama kemudian mod urut tukar mod mengepam. kuat sedikit. tapi pertukarannya slowly dan tidak mengejut. 
  4. Boleh naik turunkan mod pump dengan tekan butang + atau -.
  5. Pada permulaannya sakit sedikit. Tapi boleh tahan.
  6. Corong agak pendek dan tidak sesuai untuk orang yang mempunyai puting yang panjang /besar.
  7. Bunyinya agakla bising.
Kesimpulannya, dengan harga RM48.00, pam ini amat berbaloi. Mungkin tak boleh tahan lama, tapi, untuk orang yang tidak mempunyai produksi susu yang banyak, ia merupakan double pump yang amat sesuai, terutama sekali sebagai spare pump. Almaklumla, produk tak original. Tapi boleh pakai, boleh jimat apa salahnya. Bukan sepuluh tahun nak pakai pam kan. 

*Review ini untuk Real Bubee yang beli harga murah dari Shopee. Mungkin Real Bubee yang mahal kualitinya adalah lebih baik. 


Monday, October 31, 2016

Bersalin di Hospital Putra (part 2)

Sambung lagi tentang bersalin di Hospital Putra.

Berbanding dengan wad sakit yang lain, wad bersalin memang tak ramai orang, agak aman dan damai duduk di wad bersalin Hospital Putra. Yela, bersalin berbayar, takpun, agensi/syarikat tanggung. Jadi jumlah yang bersalin di hospital swasta sedikit berbanding hospital kerajaan.

Bila admit di Hospital Putra, saya dapat satu beg biru kecil, yang ada 'toiletries' dan juga sehelai tuala. Ini kelebihan di Putra mungkin, sebab di MMC saya cuma dapat satu mug plastic sahaja. Tapi, masa bersalinkan si abang, saya dapat jug plastik sekali.

Kelebihan lain di Putra:
- Nurse memang baik-baik dan ramah.
- Doktor Ishaereen, pada saya memang best. Jahit tempat caesar pun memang cantik.
- Wad kategori selesa.
- Dan dalam keadaan tertentu, kita boleh mohon pada hospital untuk bayar ansuran . (kena ada guarantor la jugak).

Tapi ada juga yang tak best di Putra:

- Makan memang tak best. Hospital Kerajaan lagi sedap. (Masih ingat menu western breakfast, dua keping roti, dengan sikit kacang panggang sos tomato.. )
- Nak tunggu lift...berejam
- Nak parking..lagila susah
- Nak bayar bil... kena turun kat tingkat 3. Nak ambik bil pergi groundfloor, nak ambik ubat pergi ground floor. pergh..... dengan lift yang sentiasa penuh, urusan discaj jek ambik masa sehari..!
- Kedai makan ada satu, tapi pun tak banyak pilihan dan tiada kedai 24 jam kat situ. (beli roti, banyak kali tengok tarikh dah expired).
- Yang paling tak best. Dah habis bayar hutang lama, lepas dua tahun, Putra call kata kita tak habis bayar!... itu memang frust!.Apa kes??

Tapi apa-apapun, bukan Putra tak bagus. Tepuk dada tanya selera.



Thursday, October 6, 2016

Dr. Azizan Osman dan kisah Phd. palsu



Ribut viral di internet tentang Dr. Azizan Osman dan kelayakan Phd. palsunya. Sibuk nampaknya rakyat jelata menggali isu kebenaran gelaran Dr. yang digunakan. Mau tidak, bukan satu Dr. , ada 3 ke empat anugerah Phd. yang dikhabarkan pada dunia. Dan gelaran itu, menaikkan nama sehingga mampu menjana pendapatan lumayan.

Kronologi kisah viral pasti semua dah tahu. Kalau tak tahu boleh baca di www.melvister.com (Jawapan Kenapa Dr Azizan Osman Guna PHD Doktor Palsu | melvister.com )

Berikut adalah ulasan saya dari pandangan yang tak seberapa ini:



Rakyat pandang tinggi pada gelaran 'Dr.'.

Memandangkan secara rasminya, pihak Dr. Azizan masih cuba menegakkan benang yang basah, disini saya mengunakan perkataan 'andaikata'. Andaikata, sebenarnya memang Azizan Osman tidak mempunyai kelayakan Dr. yang sah, kenapa Azizan Osman menggunakan gelaran tersebut? Sebabnya, kalau la si polan A ada gelaran Dr. buat kursus harga RM15,000, dan si polan B yang hanya ada pengalaman sahaja, buat kursus dengan harga RM150, cuba teka kursus mana yang mendapat sambutan hangat di pasaran?. Sudah tentu Si polan dengan gelaran Dr.

Sebabnya, rakyat kita pandang tinggi pada kelayakan pendidikan dan gelaran. Kalau ada gelaran Dr., ramailah pelanggan yang memandang tinggi pada nya. Padahal, segala jenis ilmu, coaching, talk dan lain-lain, adalah perkara yang boleh diperolehi dari pengalaman, internet, kursus-kursus percuma. Orang yang ada pengalaman berniaga pun boleh bagi talk macam dia. Yang membezakan mungkin bakat dan X Factor yang ada pada Azizan Osman. Perkara itu tak perlu dinafikan, sebab kalau tidak, takkan la ramai pelajarnya. Ada yang berjaya pula tu. Berjaya? ... orang takde phd. boleh bentuk orang lain berjaya dalam perniagaan!....

Hakikatnya, walaupun menipu (andaikata) , tapi ada kejayaan disitu. Kisah viral ini membuktikan, gelaran Dr. MESTI untuk seorang itu nampak hebat, berjaya ... di Malaysia ni. Kalau Azizan Osman takde Dr. Nak ke korang menuntut dengan dia?....

Orang takde Phd. boleh bentuk orang lain berjaya dalam perniagaan!....

Sekali lagi, tiada Phd., tapi mampu memotivasikan pelajar/pelanggan. Kalau tanya pada peserta program Azizan Osman, masing -masing puji , kata seronoklah, dan cakap dia bagus. Betulla tu, kalau dia boleh menukar setting minda anda, motivasikan anda, dan berjaya pula tu (walaupun saya tak tahu berapa ramai pelajarnya yang berjaya, tapi ada yang kata berjaya..)  maksudnya dia memang bagus. Dan itu membuktikan orang tiada Dr. juga boleh bercakap dengan hebat sekali. Tambahan lagi, dia dianugerahkan denganbakat bercakap dan mempengaruhi orang lain. Tak kisahla kalau dia tiada Dr., hakikatnya dia mampu mengajar anda dan menjadaikan anda berjaya,so apa salahnya belajar darinya. Yang penting outputnya anda berjaya!.

Azizan Osman memang pandai

Kenapa dia pandai? Sebab dia dah kumpul duit jutaan ringgit tanpa ada nya Phd. pun. Walaupun, isu penipuannya sedang hangat dikupas, tapi dia masih ada pengikut setia yang back up dia. Dia dah kaya, walaupun hanya dengan bercakap cakap cakap, coaching coaching coaching, ... kau ada? haha

Yang kedua, macam saya cakap tadi, dia mampu memotivasi dan coaching peniaga sehingga berjaya.

Tapi.... Takla pandai sangat

Kenapa kata dia tak pandai sangat? Sebab walaupun dah kantoi, masih lagi nak menegakkan benag yang basah. Masih lagi kata ada kelayakan Phd. dari universiti US dan UK. Masalahnya, ini adalah zaman dunia tanpa sempadan, dan semua orang pandai menggali maklumat. Universiti Gordon pada tahun 2009 lagi dah glamour di US dengan ijazah online nya yang palsu (boleh dibeli). Kalau yapun, nak cover, cover secara bijaklah. Bolehke? Otherwise, u just making yourself guilty as charge.

ps: Pada saya, kalau betul tiada Dr. mengaku jelah. Senang cerita, ...

Wassalam.

Tuesday, September 20, 2016

Bersalin di Hospital Putra, Melaka (Part 1)


Kali ini, saya nak bercerita tentang pengalaman saya bersalin sebanyak dua kali di Hospital Puta, Melaka. Yang pertama sekali, bersalin kan 'abang sado' tahun 2014 dan yang kedua , si adik tomel pada April 2016.

Hospital Putra Melaka terletak di bandar Melaka, antara 4 hospital swasta di Melaka (boleh rujuk entri saya berkenaan hospital swasta di Melaka).Lokasinya, depan Hotel Bayview, bersebelahan juga dengan hotel Ramada dan Majestic. Berhampiran juga dengan Swiss Garden Hotel.

Pilihan utama disebabkan oleh pilihan Doktor Pakar Melayu... PEREMPUAN. Masa itu, yang saya tahu, hanya ada dua pilihan di Melaka iaitu di Pantai dan Putra. Selepas diselidik dan di Google dan sebagainya, saya memilih Dr. Ishaereen di Hospital Putra.

Dr. Ishaereen ni nampak muda, tapi dia kata dia dah tak muda hehe. Seorang Dr. yang cantik, ada yang kata dia serius, which she is, but at the same time she is quite friendly. Kalau pergi check-up dengan dia, huuuuiai............. kene ada satu hari diperuntukkan sebab Dr. ni belum tentu available. Kadang emergency, memang ke petang lah baru check-up.

Bayaran? Masa dulu, RM80 setiap kali check-up. Satu jumlah yang agak reasonable sebab setiap kali check-up, pasti akan scan baby, dan lain-lain. Tapi bila GST dah datang, Dr. terpaksa naikkan bayaran kepada RM100. Takpelah, masih murah dari sorang lagi doktor di Putra. sekali pergi, RM300 melayang.

Perkhidmatan Dr. Ishaereen, pada saya amat memuaskan dengan bayaran yang bersesuaian. Cumanya, patient Dr. Ishaereen terlalu ramai, sampaikan nak check-up kena datang pagi untuk dapatkan giliran segera. Kalau tak, boleh jadi tunggu sampai ke petang. Sebaiknya ambil jela cuti.. (Kalau ada cuti banyak).

Tapi kos bersalin lain ya, untuk 'abang sado' saya perlu bayar RM6000, dan yang si kecik RM10,000. Fuh ......memang mengucap panjang. haha. Sebabnya, bersalin secara pembedahan.

Dan bila kita pergi Hospital Swasta, kita kena pilih dua doktor. Yang pertama doktor untuk bersalin, yang kedua doktor untuk baby. Makanya, kos bersalin boleh berubah bergantung kepada doktor doktor yang dipilih, dan masalah atau komplikasi yang dihadapi oleh baby. Seperti kes saya, si adik dah termakan berak, so terpaksalah diberi rawatan dan antibiotik.

Panjang pula cerita ni, saya sambung lagi dalam entri lain ye.

Wassalam.




Tuesday, September 13, 2016

5 perkara penting persediaan bakal pengantin

Kalau bercakap tentang persediaan bakal pengantin, ramai yang akan bercakap tentang persediaan duit, persediaan wang hantaran, persediaan majlis perkhawinan dan lain-lain. Tapi bakal pengantin, tolong jangan lupa, banyak perkara yang anda akan hadapi selepas topik 'majlis perkahwinan idaman', iaitu realiti kehidupan bekeluarga. Realitinya , ada yang senang, tetapi ada yang susah. Namun, Di sini saya gariskan 5 perkara utama yang secara 'mentally' bakal pengantin sepatutnya sentiasa bersedia hadapi.

1) Bersedia menjadi menantu, adik ipar, abang ipar...


     Hakikatnya, perkahwinan itu adalah bukan sahaja berkahwin dengan pasangan yang dikasihi, tetapi juga kita 'berkahwin' dengan keluarga nya. Ibarat pepatah melayu lama, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu, mengembu... eh betulke pepatah ni? haha. Apapun, bersedialah memegang tanggungjawab sebagai menantu, ipar, biras dan saudara. Lain-lain orang akan lain ragamnya. Ada mertua yang cerewet, ada yang baik sangat. Ada ipar yang menerima kita dengan seronok, ada yang akan mencari masalah dan berbagai lagi. Itu semua takdir yang telah tertulis, jadi atas nama jodoh yang telah ditentukan, redha dan terimalah apa sahaja yang akan berlaku. Apapun kita dah kahwin, kenalah terima ye tak? Kalau tak, itu yang boleh menyebabkan pergolakan rumahtangga.


2) Bersedia untuk menerima cara hidup, budaya keluarga suami/isteri

Image result for family

   Perkara pertama tadi berkait pula dengan budaya keluarga. Dah masuk kandang kambing, mengembek la kita kan. ibaratnyalah.. Contohnya, kalau keluarga suami/isteri suka makan asam pedas. Tapi kita pula memang taklah pandai makan asam pedas... makan sajalah. Masak sahajalah. Belajarlah. Learn to adapt. Kalau keluarga sumai/isteri suka berjalan, ikutlah.. Kita kan sudah sebahagian daripada keluarganya. Senang kan? Eh yeke senang? Nampak senang, tapi susah juga untuk mengubah cara hidup. Tapi tidak bermakna ia satu perkara yang negatif. Kalau dijadikan perkara tersebut negatif, maka akan hidup stresslah kita. Jadi, jadikanlah ia satu cabaran positif untuk kita enjoy hidup berkeluarga.

Tapi macam mana pula dengan keluarga yang sukar difahami? Susah juga kan?.. risik khabar jugalah keluarga sebelah lagitu macam mana. Buat homework. Dan kalau ia menyukarkan, sehinggakan keluarga sendiri pun susah nak terima, berterus teranglah dan minta keluarga anda memahami. Tanpa sokongan keluarga, dan sokongan pasangan... susah nanti.


3) Bersedia memegang tanggungjawab sebagai ibubapa

Off course la. Tak perlu bagitahu pun... Memangla. Tapi jangan girang sangat nak ada permata hati, kalau betul-betul tidak bersedia. Kesian si kecil nanti. Kehadiran bayi boleh menjadi pelengkap kehidupan, dan juga, keserabutan!. Bersedialah menghadapi malam yang tidur tidak lena, datang kerja lambat, penat, cuti jaga anak sakit, jaga anak di hospital dan sebagainya.  Tapi jangan serabut, sabar. Dalam keserabutan, senyuman dan kegirangan mereka adalah penawar.

Satu lagi, jangan sekadar anggap anak sebagai pelengkap sahaja. Mereka adalah amanah. Mereka perlu kasih sayang, dan perhatian. ya , PERHATIAN. Ada ibubapa yang sedia ada anak, tapi tak sedia nak melayan. Lepas tu, mula tertekan dengan kerenah anak-anak. Tak larat nak jaga, hantar balik kampung. Tak larat nak layan, bagi gadjet. Anak silap sikit sahaja dah marah macam naik hantu. balik je rumah lepas pejabat, anak main sendiri-sendiri, mak ayah main telefon. Boleh jadinya nanti, anak dibesarkan dengan cukup keperluan kecuali kasih sayang. Lepas tu sendiri kebingungan kenapa anak memberontak ya?...


4) Bersedia dengan keperluan kewangan yang mungkin bertambah

Semestinya bila berkeluarga belanja dah lain. Dah kasar, orang kata.  Nak sediakan rumah, dengan perabot bagai. Nak beli rumah, or sewa rumah. Jangan sampai belanja kahwin gah, tapi hidup selepas itu menanggung hutang. Tambah ada anak, bertambah la kasar. Medical Card sudah seperti keperluan sekarang, tambah lagi komitmen bulanan. Belum lagi cerita pasangan kuat berbelanja atau suka belanja mewah. Yang sudah terima pasangan begitu, siap sedia lah.

Bab belanja tepuk dada tanya selera. Sebaiknya belanja ikut ukuran baju sendiri, takpun kurang lagi. Kalau dah memang mewah, tiada masalah. Tapi yang masalah , orang yang tak mewah berlagak mewah. Dan sebab nak mewah, hutang kelliling pinggang, lepastu siap buat lupa hutang. Biar papa asal bergaya.... Janganlah macamtu. Dah kahwin, utamakan keperluan keluarga dahulu. Lepaskan dulu bil-bil, barang dapur, duit servis kereta... dah lepas tu semua, barulah beli baju sendiri.



5) Bersedia untuk membuat pengorbanan.

Paling utama ni, pengorbanan. Sebab apa yang dinyatakan di atas semua menuntut pengorbanan. Bekorban cara hidup sendiri.. sesuaikan diri dengan cara hidup orang lain, bekorban shopping, bekorban masa untuk keseronokan anak-anak, dan lain-lain. Hidup bekeluarga, terutamanya untuk si isteri menuntut masa yang lebih untuk keluarga. Bersedialah untuk say Goodbye to leisure time with friends. Silap haribulan, nak pegi buat facial pun tak sempat.





Walau bagaimanapun, semua diatas adalah bergantung kepada senario masing-masing. Yang penting, berkahwinlah kerana Allah, dan bersedia untuk berubah. Kahwin bukan satu keseronokan seperti main pondok-pondok. Tapi ia menuntut lebih dari sekadar seronok. Ia menuntut tanggungjawab yang besar sebagai suami, isteri, menantu, ipar dan lain-lain. Jika kita faham akan tanggungjawab itu, kemanisannya akan datang bukan sekadar dari keseronokan berkahwin, tapi dari segala cabaran dan dugaan yang ditempuh bersama.

Wassalam.

Thursday, September 8, 2016

Waktu kerja 6 jam sehari


Surat khabar Utusan bertarikh 4 September 2016, telah mengeluarkan berita tentang kerja 6 jam sehari. Di dalam kenyataan akhbar tersebut, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa memaklumkan, Kerajaan akan mengkaji cadangan agar waktu be­kerja kakitangan awam dikurangkan sehingga enam jam sehari berbanding lapan jam pada masa ini.

Wah, adakah ini satu pengumuman yang baik? atau sebaliknya?

Bermacam pendapat pakar rujuk membajiri media perbincangan sosial di FB, whataps ....

Khabarnya satu borang soalselidik online telah dibuka oleh Jabatan Penerangan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas orang ramai, tetapi malangnya saya tak boleh buka pun soal selidik online tersebut yang dinyatakan tarikh tutup maklumbalas pada 8 September 2016, jam 12 tengahari.

Betul atau permainan mereka yang suka bermain-main dengan khabar-khabar berita nih..?Tiada juga pengesahan daripada Jabatan Penerangan.

Walau apa pun yang terjadi, pada pandangan saya, waktu bekerja 6 jam ada pro dan kontranya. Terutama benefit kepada hubungan keluarga, benefit kepada ibu bekerja dan benefit kepada kesihatan rakyat yang mana ada lebihan masa untuk berjoging sebelum pergi kerja atau selepas. Kontranya ialah kerja perlu dilakukan dalam masa singkat, ...tetapi mungkinkah ewaktu singkat menyebabkan produktiviti lebih meningkat kerana kita lebih fokus? mungkin juga... siapa tau.

Contoh negara yang telah melaksanakan waktu bekerja 6 jam adalah negara Sweden. Outcome daripada pelaksanaan tersebut dikatakan hasil produktiviti pekerja meningkat, stress berkurangan, dan kualiti kesihatan meningkat! Yeke eh? Hakikatnya cuba baca di sini :

...Employers at a Toyota centre in Gothenburg, Sweden’s second largest city, said that staff were happier, the company had a lower turnover and profits went up after it implemented the shorter working hours over a decade ago.
The companies that implemented six hour days last year have not released any results showing whether productivity was hit. But psychologists have warned that shorter working days could put added pressure on workers to do more in less time.
“The risk is that people may work more intensively and try to cram more work into a shorter period of time which would increase rather than reduce pressure,” said Gail Kinman, professor of occupational psychology at the University of Bedfordshire. ...
Sumber: The truth about Sweden’s six-hour work day
Kesimpulannya, kita tunggu dan lihat apakah khabar ini akan diambil serius oleh kerajaan atau sekadar kata-kata manis pembuka bicara majlis.

Wassalam.


Wednesday, September 7, 2016

Hospital Swasta di Melaka

Umumnya, orang Melaka pasti dah sedia maklum, ada empat Hospital Swasta di Melaka, termasuklah hospital swasta baru iaitu Oriental Melaka Straits Medical Centre. Kesemuanya lokasi di daerah Melaka Tengah. Kenapa banyak ya Hospital Swasta di Melaka Tengah ni? Saya pun tertanya juga, untuk sebuah negeri yang kecil, tetapi ada 4 hospital swasta dan kesemuanya tak pernah lengang dengan pesakit.


Daripada pandangan saya yang tak seberapa, ia dipengaruhi oleh faktor lokasi Bandar Melaka yang berada di tengah zon Selatan, yang mana kawasan 'catchment' nya adalah Melaka, dan sebahagian Negeri Johor. Jangan tak percaya, pengunjung hospital swasta Melaka ada yang dari Batu Pahat, Segamat.... Kenapa? Sebab, berbanding bandar Johor Bahru, Bandar Melaka lebih dekat bagi kawasan sebelah utara Johor.

Selain itu, kedudukan Melaka yang mudah sampai oleh warga indonesia menjadikan Hospital Swasta Melaka tumpuan warga Indonesia berhampiran (kebiasaannya mereka yang berduit). Rasanya, boleh juga saya katakan, Melaka adalah hub pelancongan perubatan ('Medical Tourism'). Kalau tak percaya, sila lihat sendiri, ramai orang Indonesia di hospital Putra dan MMC. 

Sebagai penduduk Melaka, kewujudan Hospital-Hospital swasta ini banyak memberi kemudahan kepada penduduk. Walupun, sebenarnya tidak semua penduduk 'benefit' dari kemudahan ini, tetapi sedikit sebanyak mewujudkan alternatif lain selain daripada Hospital Besar Melaka, yang sudah tentu sentiasa penuh .. sepenuh-penuhnya dengan pesakit. 

Dan yang pasti, kemudahan hospital swasta di Melaka, membuatkan ramai agen-agen insuran tersenyum panjang, mempromosi medical card masing-masing. Juga yang pasti, saya juga tidak terlepas mendapatkan medical card untuk dua si kecil kesayangan saya. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan info lanjut hospital berkenaan :
Silalah ke laman berikut:
  • www.mahkotamedical.com/
  • https://www.pantai.com.my/ayer-keroh
  • www.psh-group.com/
  • www.orientalmedical.com.my/

Wassalam.