Sunday, February 26, 2017

Sewing for dummies : Jom Belajar jahit


Dalam keadaan ekonomi sekarang ini, semuanya semakin mahal. Nak tempah baju, mahal. Nak beli baju , untuk saix extra L ni pun mahal. Bukan sekadar mahal, susah nak cari kat kedai. Memang dah takde lagila membeli baju di Jusco ke, Parkson ke, sebab susah nak dapat saiz dan kalau adapun, lebih seratus ringgit sehelai.

Oleh sebab itu, dalam dunia tanpa sempadan ni, saya pun carila jalan untuk belajar menjahit untuk pakai sendiri. Harga menempah sekarang pun RM60 sehelai, paling kurang. Harga kain lagi. Maka, bila ada mesin jahit, nak la belajar menjahit.

Macam mana nak belajar jahit, dengan masa yang flexi dan tidak menggunakan duit yang banyak?
Berikut adalah cara saya belajar menjahit.




Tutorial menjahit melalui YouTube
Cara ini adalah yang paling mudah dan jimat. Tetapi memerlukan kerajinan, kesungguhan, dan kemampuan untuk memahami apa yang diajar. Banyak video cara-cara menjahit di Youtube, dan mudah dibuat carian melalui laman web. Contohnya, cuba cari 'how to sew a tshirt'. Banyak senarai akan keluar, dan anda boleh pilih ikut kesukaan anda.

Limitasi:
> Kalau tak faham, pandai pandai memaham kan sendiri sebab tak boleh bertanya.


Donwload Free Pattern 



Cuba anda buat carian free pattern melalui laman web seperti Pinterest, Craftsy, atau tanya pada Mr Google sahaja. Kemudian download pattern berkenaan, dan cetak. Kebiasaanya, pattern dalam format .pdf. Potong pattern ikut arahan. Lepas tu, gunalah pattern yang ada untuk menjahit. Pattern dalam bahasa melayu nya ialah pola. Banyak pola percuma di dalam internet untuk projek menjahit yang mudah seperti pola baju kanak-kanak, pola buat bantal dan sebagainya.

Anda boleh cuba free pattern berikut:



Limitasi:
> Kebanyakan pola percuma terhad kepada projek yang mudah, untuk beginner.
> Arahan pun ada yang jelas dan ada yang tak jelas tapi boleh bertanya kepada pemilik pola berkenaan.
> Penggunaan pola adalah untuk kegunaan sendiri sahaja, melainkan mendapat kebenaran pemilik pola,


Beli Pattern
Kalau ada duit, boleh je beli pattern di Etsy, atau Craftsy, atau laman web yang ada jual pattern. Kebanyakannnya adalah laman web luar negara yang diusahakan oleh WAHM. Ada pola yang dibeli, boleh digunakan untuk menjahit barang yang hendak dijual. Tetapi bergantung kepada kebenaran pemilik pola. Juga kebiasaanya dari laman web luar negara.

Craftsy
Etsy
Elliedactyl

Limitasi:
>Melibatkan kos. Kalau laman web luar negara, harga adalah dalam bentuk US dollar, dan perlu guna kredit kad.


Kelas menjahit online/whataps/telegram 
Sekarang juga semakin banyak cikgu-cikgu menjahit buat kelas secara online, atau whataps atau telegram dan sebagainya. Kelas maya. Contoh yang buat kelas online adalah cikgu Yasalma.

Dalam Facebook juga banyak, tetapi sila hati-hati kerana ada juga yang buat kelas murah, free lah tetapi ada bayaran juga, tetapi, kelas tak buat pun. Pendek kata penipuan kelas jahitan. Maka berhati-hatilah.

Antara kelas yang boleh dipercayai:

Yasalma Sewing School - Baju kurung, jubah dan lain-lain
Kelas Cikgu Salwa - T-shirt, baju kanak-kanak.

Limitasi:
Sediakan duit yuran :)

Beli buku belajar menjahit
Di kedai buku juga terdapat banyak buku menjahit dari cikgu jahit tempatan. Antara buku menjahit yang mudah untuk diikuti adalah buku Cikgu Yasalma.

Image result for buku yasalma

Limitasi:
>Ada buku susah nak faham
>Tidak boleh nak bersoal jawab.
> Kena la beli :)


Sekian, wassalam.


Wednesday, February 22, 2017

Basikal Lajak


Basikal Lajak adalah basikal yang telah diubahsuai, di luar spesifikasi asal basikal. Nama lain nya juga adalah basikal nyamuk. Pada pemerhatian saya, basikal lajak adalah basikal yang diubahsuai untuk dibawa dengan laju, atau senang cakap, untuk keseronokan berlumba basikal.

Sumber gambar dari internet.

Tidak banyak yang dapat dicari berkenaan Basikal Lajak ini. Malah, orang awam kebanyakannya hanya mengenal terma basikal lajak daripada kemalangan yang berlaku pada pagi 18 Februari yang lalu di Johor Bahru. Namun, aktiviti basikal lajak ini telah lama berlaku, dan kumpulan remaja yang kemalangan tersebut sudah mempunyai klik tersendiri (tenteraflyjb). Mereka memang sering berkumpul dan berlumba di kawasan jalan yang sama.

Harga basikal lajak pun bukan murah. rata-rata di laman web www.mudah.my, basikal ini dijual antara RM300-RM400. untuk basikal lajak terpakai.

Sumber: www.mudah.my


Apapun, apa yang boleh dirumuskan dari kejadian 18 Februari 2017 ialah remaja kita adalah remaja yang kreatif tetapi tidak mempunyai saluran yang tepat untuk disalurkan kreativiti, berani, tetapi tidak bertempat,.... aktif, tetapi berbahaya.

Mungkin antara perkara yang boleh dilakukan pada masa ini ialah dengan mewujudkan trek atau tempat yang sesuai untuk aktiviti tersebut. Biarkan remaja kita bermain dengan hobi yang mereka sukai, tetapi dalam keadaan yang terkawal. Melarang akan mewujudkan pemberontakan, malah ada yang merasakan itu satu cabaran yang menyeronokkan.

Walau bagaimanapun, yang paling penting adalah tanggungjawab ibubapa mengawal aktiviti anak-anak. Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Masyarakat juga perlu peka pada keberadaan anak remaja pada waktu yang bukan sepatutnya. Jika sama-sama kita peka menjaga anak remaja kita, inshaallah, masyarakat kita terjaga.

Wassalam.

Monday, February 20, 2017

Tasik Kenyir, Terengganu


Tasik Kenyir, satu nama yang selalu di dengar, tetapi belum pernah dapat saya jejaki, sehinggalah tuntutan kerja menjemput saya ke sana. Ia merupakan sebuah tasik buatan manusia yang besar, malah dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara. Selain itu, tasik ini juga merupakan sebahagian daripada Empangan Kenyir, yang dibina bertujuan untuk menjana kuasa elektrik. Semasa lawatan saya ke tasik ini, masih terdapat banyak aktiviti pembinaan sedang dijalankan untuk menaiktaraf perkhidmatan di Tasik Kenyir ini.



Biarpun ia adalah tasik buatan manusia, namun ia tetap keindahan alam semulajadi ciptaan yang maha esa. Pemandangan hijau yang luas terbentang, bersama udara segar, pasti menenangkan hati pengunjung. Kunjungan ke Tasik kenyir bukan sahaja terhad kepada aktiviti menaiki bot sahaja, tetapi terdapat juga pelbagai aktiviti lain seperti Tasik Kenyir Waterpark, pusat zon bebas cukai (dalam pembinaan), menginap di houseboat, mengunjungi Zon Industri Akuakultur (ternakan ikan air tawar), memancing, melawat ke Taman Herba di Pulau Sah Kecil, dan pelbagai lagi. 





Untuk maklumat lanjut boleh buat bacaan di blog Pelancongan Terengganu.
Apapun, Tasik Kenyir adalah salah satu destinasi pelancongan semulajadi di Terengganu, ia sememangnya memberikan pengalaman yang menakjubkan, walaupun hanya untuk seketika.

Wassalam.