Secangkir kopi @ coffee bean




Secangkir kopi di Coffee Bean, Jusco Bandaraya, di petang hari, bersama suami tercinta. Di luar, hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah, sekadar hujan lebat, bukan ribut taufan seperti Hurricane §andy yang baru sahaja membedal beberapa kawasan di Amerika Syarikat. Tengahari tadi sempat juga membelek google pasal hurricane sandy. Dan duduk kat coffee bean ni , teringat satu artikel yang di baca tadi - last starbuck standing during hurricane mobed by thirsty midtown caffeine addicts- Dalam keadaan kritikal ribut taufan, masih ada orang yang sanggup berjalan ke Starbuck untuk menikmati secawan kopi!

Dalam pada itu, sempat juga terperasan logo halal di pintu masuk Coffee Bean. :). Kan seronok minum di kedai tanpa rasa risau. Starbucks ? tak nampak pula logo Halal, ... tapi kalau rujuk laman web Jakim, memang ada. Mungkinkah di setengah cawangan sahaja? tak tahula pula.Old Town White Coffee? lagila menyedihkan. Jenama tempatan, tapi taknak mohon sijil halal. hm... apa nak kata, semangat 1 Malaysia kah begitu? .......tepuk dada tanya selera.




Comments

Popular Posts