Basikal Lajak


Basikal Lajak adalah basikal yang telah diubahsuai, di luar spesifikasi asal basikal. Nama lain nya juga adalah basikal nyamuk. Pada pemerhatian saya, basikal lajak adalah basikal yang diubahsuai untuk dibawa dengan laju, atau senang cakap, untuk keseronokan berlumba basikal.

Sumber gambar dari internet.

Tidak banyak yang dapat dicari berkenaan Basikal Lajak ini. Malah, orang awam kebanyakannya hanya mengenal terma basikal lajak daripada kemalangan yang berlaku pada pagi 18 Februari yang lalu di Johor Bahru. Namun, aktiviti basikal lajak ini telah lama berlaku, dan kumpulan remaja yang kemalangan tersebut sudah mempunyai klik tersendiri (tenteraflyjb). Mereka memang sering berkumpul dan berlumba di kawasan jalan yang sama.

Harga basikal lajak pun bukan murah. rata-rata di laman web www.mudah.my, basikal ini dijual antara RM300-RM400. untuk basikal lajak terpakai.

Sumber: www.mudah.my


Apapun, apa yang boleh dirumuskan dari kejadian 18 Februari 2017 ialah remaja kita adalah remaja yang kreatif tetapi tidak mempunyai saluran yang tepat untuk disalurkan kreativiti, berani, tetapi tidak bertempat,.... aktif, tetapi berbahaya.

Mungkin antara perkara yang boleh dilakukan pada masa ini ialah dengan mewujudkan trek atau tempat yang sesuai untuk aktiviti tersebut. Biarkan remaja kita bermain dengan hobi yang mereka sukai, tetapi dalam keadaan yang terkawal. Melarang akan mewujudkan pemberontakan, malah ada yang merasakan itu satu cabaran yang menyeronokkan.

Walau bagaimanapun, yang paling penting adalah tanggungjawab ibubapa mengawal aktiviti anak-anak. Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Masyarakat juga perlu peka pada keberadaan anak remaja pada waktu yang bukan sepatutnya. Jika sama-sama kita peka menjaga anak remaja kita, inshaallah, masyarakat kita terjaga.

Wassalam.

Comments

Popular Posts