Wednesday, October 31, 2012

Mencuba alphalipid sd2


Memandangkan sejak kawin, berat dah naik 5kg, baju pun tak muat, saya dan encik suami bercadang untuk mulakan diet dengan program SD2 Alphalipid. Semalam baru dapat stok, terus ambil 4 tin, dengan semangat yang amat membara untuk mengurus. Inisiatif yang telah diambil oleh kami ialah :

1) beli penimbang digital
2) beli susu alphalipid SD2 - 4 tin.
3) Apple cider (masih belum minum lagi)

Tuesday, October 30, 2012

Secangkir kopi @ coffee bean




Secangkir kopi di Coffee Bean, Jusco Bandaraya, di petang hari, bersama suami tercinta. Di luar, hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah, sekadar hujan lebat, bukan ribut taufan seperti Hurricane §andy yang baru sahaja membedal beberapa kawasan di Amerika Syarikat. Tengahari tadi sempat juga membelek google pasal hurricane sandy. Dan duduk kat coffee bean ni , teringat satu artikel yang di baca tadi - last starbuck standing during hurricane mobed by thirsty midtown caffeine addicts- Dalam keadaan kritikal ribut taufan, masih ada orang yang sanggup berjalan ke Starbuck untuk menikmati secawan kopi!

Dalam pada itu, sempat juga terperasan logo halal di pintu masuk Coffee Bean. :). Kan seronok minum di kedai tanpa rasa risau. Starbucks ? tak nampak pula logo Halal, ... tapi kalau rujuk laman web Jakim, memang ada. Mungkinkah di setengah cawangan sahaja? tak tahula pula.Old Town White Coffee? lagila menyedihkan. Jenama tempatan, tapi taknak mohon sijil halal. hm... apa nak kata, semangat 1 Malaysia kah begitu? .......tepuk dada tanya selera.