Wednesday, December 19, 2012

Ulasan Wayang 'Rise of the Guardians'



18 Disember 2012, wayang pilihan adalah Rise of The Guardians. Wayang kartun 3D yang telah pun sampai ke penghujung tempoh tayangan. Dari poster ini, dan tajuk cerita, hanya terbayang kisah animasi kartun yang menyeronokkan.Ya, seronok, kelakar, tetapi, punya unsur kepercayaan 'agama' atau mungkin kepercayaan bangsa orang putih. Watak kartun terdiri daripada Jack Frost, Santa Clause, Tooth Fairy, sandman dan easter bunny. Watak jahatnya adalah boogeyman, hantu yang suka menakutkan kanak-kanak. Tidak nampak mesej yang hendak disampaikan melainkan kisah 'the guardians' ini untuk memelihara kepercayaan kanak-kanak dunia terhadap mereka.

Apa yang boleh saya simpulkan, cerita ini tidak sepatutnya menjadi tontonan umum kanak-kanak muslim.


Tuesday, December 18, 2012

Mesej di sebalik 'Wreck It Ralph'






17 Disember 2012, berkesempatan menonton cerita Wreck-It Ralph. Kartun wayang Disney, seperti biasa, cantik comel, kelakar dan tidak menghampakan. Secara ringkasnya, kisah ini berkisar Encik Ralph, watak game yang jahat, 'the bad guy' ingin menjadi 'the good guy' dan inginkan layanan yang en Felix dapat, sebagai watak game yang baik. Pengembaraan bermula untuk Encik Ralph mencari medal, sebagai bukti diapun boleh dapat medal, sebagaimana Felix.

Berlatarkan dunia kedai arked game, dimana semua watak dalam semua game boleh ber'social'dengan watak game berlainan, Ralph mengambil kesempatan masuk ke dunia game perang untuk dapatkan medal. 'Unfortunate event' bermula bila dia dapat medal dan dengan tidak sengaja telah menimbulkan kekecohan kepada satu dunia arked game. Seperti biasa, di kesudahannya, semua kembali kepada sediakala, dan dalam pada masa yang sama, En Ralph berjaya membantu si comel venelope, kembali berlumba di dalam dunia gamenya. Happy Ending.

Kesimpulannya, mesej yang hendak disampaikan ialah, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, diri kita, kerja kita,.. dan kita juga seharusnya appreciate orang lain juga, buruk baik mereka. We are meant to be who we are, so do others.

Setiap orang ada perasaan dan emosi. Ada antara kita, yang bila tidak dihargai, emosi menjadi tidak menentu dan mula memberontak. Mungkinkah itu yang terjadi pada sang amuk di Amerika, sehingga ibu sendiri, dan kanak-kanak sekolah di tembak mati, dan menembak diri sendiri, sebagai penamat kisah nya? ........... hanya secebis pendapat dari kaca mata saya. ...




Tuesday, December 11, 2012

Pakar Kaum Maya Tolak Teori Kiamat 21 Disember 2012

hmm.... macam-macam. Wallahualam. Hanya Allah yang maha mengetahui... Yang saya pasti , 21 Disember 2012, genaplah umur saya 30 tahun.


IPOH MALAY: Pakar Kaum Maya Tolak Teori Kiamat 21 Disember 2012

Thursday, December 6, 2012

Oh Melaka Sentral

6hb Disember 2012, berjalan-jalan menaiki bas dari Melaka - Johor Bahru (Larkin), - Pontian.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Melaka Sentral. Oh Melaka sentral. Stesen bas utama di melaka. Berbanding 12 tahun lepas, stesen bas ini jauh berbeza keadaannya dengan stesen bas lama. Banyak kemudahan disediakan serta lebih besar dan selesa. Penumpang boleh menunggu bas dari dalam bangunan, tanpa perlu berpanas. Bila-bila masa terasa lapar dan haus, gerai-gerai makanan dan jajan sentiiasa tersedia menerima kunjungan.

Dalam keselesaan menanti bas, terdetik juga rasa ketidakpuasan hati pada stesen bas ini. Sayang sekali, disebalik rekabentuk yang cukup futuristic, terselit kelemahan yang sepatutnya tidak ada. Kenapa tidak ada dropping bay? Adakah kerana Melaka tidak ada kesesakan jalanraya?

Saya musykil dengan hal ini. Keperluan dropping bay sememangnya amat penting untuk stesen bas atau mana mana hub pengangkutan awam yang lain. Hal ini kerana, kebanyakan orang akan menurunkan penumpang di tepi jalan sahaja. Dan apabila tiada dropping bay, kenderaan mula la masuk ke laluan bas, atau berhenti di tepi jalan utama, menyebabkan kesesakan di tepi jalan utama. Dan bila masuk laluan bas, driver driver bas marah. Jadinya?....

Sunday, December 2, 2012

Ekspo Aspirasi Sihat 8-9 Disember 2012, Pontian Johor.


Jom beramai-ramai ke Ekspo Aspirasi Sihat pada 8-9 Disember 2012, di Pekan Nanas, Pontian, Johor. 
Pelbagai aktiviti MENARIK menanti anda....... Mana tau, ada rezeki menang cabutan bertuah ipad dan basikal... paling tidakpun, bergembira secara sihat bersama keluarga.

Aktiviti yang dijalankan:

- Pameran kesihatan
- Pertandingan mewarna
- Pertandingan memasak
- Sukaneka
- Pertandingan Senamrobik thon & senamrobik berkumpulan
- Board games
- Gladiator joust
- berhibur bersama upin & ipin, dan artis-artis

10,000 langkah setiap hari, ke arah gaya hidup sihat!