Monday, October 31, 2016

Bersalin di Hospital Putra (part 2)

Sambung lagi tentang bersalin di Hospital Putra.

Berbanding dengan wad sakit yang lain, wad bersalin memang tak ramai orang, agak aman dan damai duduk di wad bersalin Hospital Putra. Yela, bersalin berbayar, takpun, agensi/syarikat tanggung. Jadi jumlah yang bersalin di hospital swasta sedikit berbanding hospital kerajaan.

Bila admit di Hospital Putra, saya dapat satu beg biru kecil, yang ada 'toiletries' dan juga sehelai tuala. Ini kelebihan di Putra mungkin, sebab di MMC saya cuma dapat satu mug plastic sahaja. Tapi, masa bersalinkan si abang, saya dapat jug plastik sekali.

Kelebihan lain di Putra:
- Nurse memang baik-baik dan ramah.
- Doktor Ishaereen, pada saya memang best. Jahit tempat caesar pun memang cantik.
- Wad kategori selesa.
- Dan dalam keadaan tertentu, kita boleh mohon pada hospital untuk bayar ansuran . (kena ada guarantor la jugak).

Tapi ada juga yang tak best di Putra:

- Makan memang tak best. Hospital Kerajaan lagi sedap. (Masih ingat menu western breakfast, dua keping roti, dengan sikit kacang panggang sos tomato.. )
- Nak tunggu lift...berejam
- Nak parking..lagila susah
- Nak bayar bil... kena turun kat tingkat 3. Nak ambik bil pergi groundfloor, nak ambik ubat pergi ground floor. pergh..... dengan lift yang sentiasa penuh, urusan discaj jek ambik masa sehari..!
- Kedai makan ada satu, tapi pun tak banyak pilihan dan tiada kedai 24 jam kat situ. (beli roti, banyak kali tengok tarikh dah expired).
- Yang paling tak best. Dah habis bayar hutang lama, lepas dua tahun, Putra call kata kita tak habis bayar!... itu memang frust!.Apa kes??

Tapi apa-apapun, bukan Putra tak bagus. Tepuk dada tanya selera.



Thursday, October 6, 2016

Dr. Azizan Osman dan kisah Phd. palsu



Ribut viral di internet tentang Dr. Azizan Osman dan kelayakan Phd. palsunya. Sibuk nampaknya rakyat jelata menggali isu kebenaran gelaran Dr. yang digunakan. Mau tidak, bukan satu Dr. , ada 3 ke empat anugerah Phd. yang dikhabarkan pada dunia. Dan gelaran itu, menaikkan nama sehingga mampu menjana pendapatan lumayan.

Kronologi kisah viral pasti semua dah tahu. Kalau tak tahu boleh baca di www.melvister.com (Jawapan Kenapa Dr Azizan Osman Guna PHD Doktor Palsu | melvister.com )

Berikut adalah ulasan saya dari pandangan yang tak seberapa ini:



Rakyat pandang tinggi pada gelaran 'Dr.'.

Memandangkan secara rasminya, pihak Dr. Azizan masih cuba menegakkan benang yang basah, disini saya mengunakan perkataan 'andaikata'. Andaikata, sebenarnya memang Azizan Osman tidak mempunyai kelayakan Dr. yang sah, kenapa Azizan Osman menggunakan gelaran tersebut? Sebabnya, kalau la si polan A ada gelaran Dr. buat kursus harga RM15,000, dan si polan B yang hanya ada pengalaman sahaja, buat kursus dengan harga RM150, cuba teka kursus mana yang mendapat sambutan hangat di pasaran?. Sudah tentu Si polan dengan gelaran Dr.

Sebabnya, rakyat kita pandang tinggi pada kelayakan pendidikan dan gelaran. Kalau ada gelaran Dr., ramailah pelanggan yang memandang tinggi pada nya. Padahal, segala jenis ilmu, coaching, talk dan lain-lain, adalah perkara yang boleh diperolehi dari pengalaman, internet, kursus-kursus percuma. Orang yang ada pengalaman berniaga pun boleh bagi talk macam dia. Yang membezakan mungkin bakat dan X Factor yang ada pada Azizan Osman. Perkara itu tak perlu dinafikan, sebab kalau tidak, takkan la ramai pelajarnya. Ada yang berjaya pula tu. Berjaya? ... orang takde phd. boleh bentuk orang lain berjaya dalam perniagaan!....

Hakikatnya, walaupun menipu (andaikata) , tapi ada kejayaan disitu. Kisah viral ini membuktikan, gelaran Dr. MESTI untuk seorang itu nampak hebat, berjaya ... di Malaysia ni. Kalau Azizan Osman takde Dr. Nak ke korang menuntut dengan dia?....

Orang takde Phd. boleh bentuk orang lain berjaya dalam perniagaan!....

Sekali lagi, tiada Phd., tapi mampu memotivasikan pelajar/pelanggan. Kalau tanya pada peserta program Azizan Osman, masing -masing puji , kata seronoklah, dan cakap dia bagus. Betulla tu, kalau dia boleh menukar setting minda anda, motivasikan anda, dan berjaya pula tu (walaupun saya tak tahu berapa ramai pelajarnya yang berjaya, tapi ada yang kata berjaya..)  maksudnya dia memang bagus. Dan itu membuktikan orang tiada Dr. juga boleh bercakap dengan hebat sekali. Tambahan lagi, dia dianugerahkan denganbakat bercakap dan mempengaruhi orang lain. Tak kisahla kalau dia tiada Dr., hakikatnya dia mampu mengajar anda dan menjadaikan anda berjaya,so apa salahnya belajar darinya. Yang penting outputnya anda berjaya!.

Azizan Osman memang pandai

Kenapa dia pandai? Sebab dia dah kumpul duit jutaan ringgit tanpa ada nya Phd. pun. Walaupun, isu penipuannya sedang hangat dikupas, tapi dia masih ada pengikut setia yang back up dia. Dia dah kaya, walaupun hanya dengan bercakap cakap cakap, coaching coaching coaching, ... kau ada? haha

Yang kedua, macam saya cakap tadi, dia mampu memotivasi dan coaching peniaga sehingga berjaya.

Tapi.... Takla pandai sangat

Kenapa kata dia tak pandai sangat? Sebab walaupun dah kantoi, masih lagi nak menegakkan benag yang basah. Masih lagi kata ada kelayakan Phd. dari universiti US dan UK. Masalahnya, ini adalah zaman dunia tanpa sempadan, dan semua orang pandai menggali maklumat. Universiti Gordon pada tahun 2009 lagi dah glamour di US dengan ijazah online nya yang palsu (boleh dibeli). Kalau yapun, nak cover, cover secara bijaklah. Bolehke? Otherwise, u just making yourself guilty as charge.

ps: Pada saya, kalau betul tiada Dr. mengaku jelah. Senang cerita, ...

Wassalam.