Friday, December 19, 2014

Birthday Giveaway oleh Mamamahya Shoppe

Mamamahya (Online Cloth Diaper Shoppe - http://www.mamamahya.com/birthday-giveaway/ ada buat giveaway!



Menarik hadiahnya... tapi bukan mudah juga nak masuk giveaway ni. Walau macamanapun saya nak cuba, mana tahu dapat lagi CD yang mahal dan best untuk koleksi Uwais. Yes yes.... please...Puan Mahya, Uwais nak hadiah nombor 1! :). 

1. Tugasan untuk giveaway ni ialah, pertama jadi followers. Sudah!

2. Kedua menjawab soalan-soalan di bawah dengan betul.


  • Apakah suplemen yang diambil oleh Pn.Hidayah Kasim untuk membantunya dalam penyusuan susu badan ketika melahirkan bayi pra matang? 


         Set Menyusu Shaklee



  • Apakah sistem yang ada bagi lampin kain moden (cloth diaper). Anda boleh senaraikan atau lukis dalam bentuk yang mudah difahami.
1. Pocket Diaper
2. All in One (AIO) Diaper
3. All in two (AI2) Diaper
4. Fitted Diaper
5. Diaper Cover
6. Prefold Diapers





  • Apakah nama suplemen yang membantu anak Pn. Slyvia Yong dan Pn. Irayanti Mohamad menjadi sihat, cergas dan aktif? 
Mealshake Shaklee


  • Berapa jenis pakej MyEconappy yang di jual di Mama Mahya Shoppe? Sila nyatakan nama pakej tersebut
         Terdapat 3 jenis pake MyEconappy yang di jual di Mama Mahya Shoppe.

1. Myeconappy eco pack
2. Trial pack
3. Starter Pack




  • Apakah nama suplemen yang diambil oleh Pn Dilla Jalil dalam membantunya menjadi lebih sihat, cergas dan tidak penat sewaktu beliau menyusukan anaknya? 
          Set Menyusu Shaklee (Vita -lea, B Complex, Alfalfa, Vitamin c)


4.  Menulis entri tentang  giveaway ini di blog. Sudah!

5.  Masukkan link entri giveaway blog saya. Sudah!

6. Dapatkan LIKE tertinggi untuk memenangi hadiah pertama.

7. Email ke mahya1975@gmail.com setelah tamat tempoh Giveaway ini.
  • Jawapan bagi no. 2
  • Entri giveaway ini di blog atau di fb wall anda.
  • Jumlah LIKE yang terkumpul bagi entri giveaway ini. (Sila printscreen). Ingat ya. jumlah LIKE tau! OK!
Siap untuk enter giveaway oleh Mamamahya Shoppe. Bantu la saya dengan LIKE entri ini di Facebook saya!.. 

Sekian terima kasih!

Sunday, December 14, 2014

Yuran Tadika Mahal Kalah Yuran Universiti

2014 dah semakin melabuhkan tirai. Ini bermakna Uwais dah nak setahun, sekolah dah cuti, sesi sekolah baru akan bermula. Bermaksud juga Uwais dah naik kelas dari kelas bayi ke kelas setahun... huhu baby sekarang gi School y'all!..

Alhamdulillah, yuran Uwais masih affordable. Tahun depan yuran tahunan RM50, yuran bulanan RM280. termurah di dalam kawasan MITC ni. Syukur, taska pun tak jauh..depan ofis ni jelah...Terima Kasih Taska Uzma.

Bila borak borak ngan para ibu, macam-macam cerita pasal sekolah. Ada yang nak hantar Genius Aulad, ada yang nak hantar Smart reader.. ada yang hantar taska / tadika biasa jek. Tapi harganya mengeluh panjang nak mendengar nya... kalah yuran universiti!

Semua taska/tadika ada nama memberi caj yuran tahunan 1k ke atas. Modulnya memang kelas lah, dan seolah ada jaminan budak akan pandai membaca, solat... mengaji,.. dan lainlain.
Tadika private biasa rm600 plus pun ada termasuk daycare...
Taska Kemas? Pasti? RM100 camtula., tapi takde daycare.

Hm. Nampak tak kesimpulan dari apa yang saya cakap diatas? Anak orang kaya je boleh masuk taska tadika ada nama ni... orang miskin, masuk taska murah jek. Orang tengah tengah.... pilihla nak strugle, hantar taska Berjenama, nak senang sikit, hantar taska murah.... Tapi nampak gaya, masing-masing rela berstrugle untuk yuran TADIKA yang mahal....! Dengan harapan jadi lah anak yang pandai, masuk sekolah kelas pandai, boleh jadi pandai sampai masuk universiti, nak masuk universiti nanti kita pakai PTPTN ye..!?

Entah kenapa, saya jadi menyampah dengan tadika serba hebat ini. Mungkin sebab saya tak mampu kot? ye saya tak mampu. Tapi kalau nak buat mampu...boleh saja. Tapi saya berkeputusan tidak mahu begitu. Aik, tak nak anak pandai ke puan? .. Kenapa, tadika biasa anak saya tak kan jadi pandai ke?

Tapi yang lebih menjelekkan, harga mencecah ribuan. Dengan alasan modul berteraskan Islam. Confirmkah budak yang tadika itu akan keluar menjadi orang yang benar benar soleh? benar benar cendiakawan... ? Inilah nama nya berniaga atas platform nama ISLAM.

Tak kiralah apa orang nak kata, saya pilih tadika biasa. Saya membesar dengan tadika biasa... saya nak anak saya belajar dan bermain...., menjadi orang biasa... supaya lebih bersyukur bila mendapat yang luar biasa.







Thursday, December 11, 2014

Resepi Couscous Epal Kurma untuk bayi

Alhamdulillah Uwais dah tinggal sebulan sahaja lagi nak cecah umur setahun. Sekejap tak sekejap juga masa berlalu. Pening juga mama nak bekalkan makanan uwais di taska. Sebab mula mula makan dulu, Uwais memilih. Tapi sekarang dah pandai makan. Maka, perlulah dibekalkan makanan yang dia syok nak makan. kalau tak makanan orang lain yang dia nak.

Memandangkan saya seorang yang sibuk. Jadi ada satu resepi mudah yang selalu saya bekalkan di taska. Yang pastinya Uwais pun makan. Resepi Bubur Couscous Epal Kurma.

Resepi ni adalah hasil Google di internet tapi saya sesuaikan gaya masak nya sendiri . Hehe Master Chef la katakan...
Ini la rupanya Couscous. Boleh di beli di Jusco, di bahagian pasta.
Resepinya ialah:


  • 2 biji epal disagat
  • 6 biji kurma dipotong kecil
  • 1 1/2 cawan susu formula (lebih kurang.. kalau nak lebihkan pun boleh)
  • 5 sudu Couscous (terpulang .. kalau nak pekat lebih kan couscous tapi kene pastikan air cukup untuk buatkan couscous kembang).
  • 1 sudu gula (taknak pun boleh)


Cara Masak:


  1. Epal dikupas dan disagat. Atau dipotong halus halus
  2. Kurma dipotong halus.
  3. Campurkan susu, epal dan kurma di dalam Slow Cooker. atau periuk biasa pun boleh.
  4. Kalau pakai slow cooker, pasangkan low dan tambahkan secawan air panas. (sebabnya nanti tak perasan terkering lak bubur ni) Kalau atas dapur, pasang api lah.. sedang sedang sahaja. Kalau menggunakan couscous banyak, boleh tambahkan air sedikit atau lebihkan susu.
  5. Kacau, dan masukkan gula kalau nak.
  6. Kalau pakai slow cooker, ibu ibu semua dah boleh basuh pinggan dan biarkan slow cooker mereneh bubur dalam 10 minit ke setengah jam. Tapi kalau masak dalam pukul 10 malam dan biarkan semalaman pun takpe. Hasilnya akan jadi bubur bewarna coklat coklat sikit sebab kurma dah lebur habis. epal dan couscous juga dah empuk. sesuai untuk bayi 6-8 bulan yang takde gigi lagi. Kalau pakai periuk atas dapur, sila kacau dan masak lebih kurang 10 minit atau sehingga couscous empuk. nak lama pun boleh.
  7. Dah siap, dah boleh sejukkan. Frozenkan selebihnya. Sedap juga bila dicampurkan dengan plain yogurt. atau aiskrim... untuk ibu ibu la.


*kalau Uwais tak habis, memang mama dia tukang habiskan. sedap.....

Sunday, December 7, 2014

Membasuh Cloth Diaper

Sehingga hari ini, Uwais sudah memakai Cloth Diaper selama 8 bulan. Hampir sepenuhnya ber CD, kecuali masa balik kampung atau berjalan. Pada saya, ber CD semasa travelling jauh-jauh adalah tidak berbaloi hehe. Terpulang kepada mommies semua. Kalau nak ber CD semasa travelling dan mampu menguruskannya dengan baik, saya memang tabik hormat.

Untuk saya, saya sudah cukup happy dapat memakai kan Uwais CD setiap hari-hari biasa. Hari-hari biasa pun dah cukup berpenat lelah. Tapi penat lelah yang seronok, kerana menguruskan CD boleh menjadi satu terapi bila melihat CD yang comel comel :).

Bercakap mengenai membasuh Cloth Diaper... terus terang saya katakan saya bukan seorang yang mengikut sangat Garis Panduan yang banyak tertulis di dalam laman web, yang diberikan oleh penjual CD. Saya lebih suka membuat 'research' dan meng'apply' kannya mengikut kesesuaian dan keadaan semasa.

Berdasarkan 'rules' semasa yang mommies semua tahu, kita perlu pre-wash CD untuk beberapa kali, dan membasuh menggunakan sabun tertentu sahaja. CD juga perlu di 'Stripwash' apabila 'Insert' mula kejung, menggunakan sabun tertentu atau menggunakan bahan home remedies seperti cuka saun basuh sunlight dan sebagainya.

OK.

Pertama - Pre wash CD. Betul. Yang ini saya follow. sebab CD perlu di'latih' dahulu insertnya untuk menyerap air... TAPI, saya pre wash dua kali sahaja. dan adakala sekali sahaja. Untuk Bamboo atau hemp pula, saya rendam dalam air panas dalam setengah jam lebih. kemudian baru saya pre wash dengan sabun di dalam mesin basuh.

Next

Membasuh CD. Sorry, saya tak follow rules menggunakan sabun tertentu sahaja. Saya guna sabun biasa tops. yang tidak mempunyai pewangi atau apa apa additives dan yang menjimatkan. Dan selama 5 bulan yang terkini, saya tidak menghadapi masalah menggunakan sabun TOPS.

Sabun yang digunakan perlu sedikit?... oh Sorry again. Saya menggunakan sabun seperti mana saya membasuh baju. Kenapa? saya mengikut lojik, insert yang telah mengandungi ammonia dan sisa poo baby, kenapa perlu basuh dengan sabun yang sedikit? bersihke? jadi saya basuh sepertui biasa. TETAPI!..... saya basuh CD dua kali, pertama dengan sabun secukup rasa, dan menggunakan program mesin basuh untuk baju baby, dan kedua, tanpa menggunakan sabun.

Kenapa?

Sebab saya basuh pakai sabun pada kadar biasa untuk memastikan insert bersih dari air kencing dan poo. Insert menjadi keras bukan sebab sabun terlebih sahaja, ia juga sebab kandungan ammonia yang tak habis basuh, tertinggal bila menggunakan sabun yang sedikit. Basuhan kedua untuk pastikan sabun habis dibilas dari CD yang telah dibasuh tadi.

Hasilnya, saya dah lama tak stripwash CD. Ada masa saya dapati juga insert keras, jadi bila insert keras cara stripwash saya ialah, rendamkan insert di dalam air panas selama setengah jam lebih. Bilas lagi beberapa kali dengan air panas. kemudian masuk di dalam mesin basuh dengan jumlah sabun TOPS agak lebih dari biasa,. selesai basuhan, basuh sekali lagi dengan basuhan biasa. (air sila lebihkan ya). ulang kalau terguna terlampau banyak sabun. tapi sila elakkan lah...

 Selesai. Inshaallah, insert gebus kembali.

Kenapa saya tak pakai sabun Rock Green atau sabun special? sebab logik nya... kenapa nak beli sabun mahal, sedangkan pakai CD untuk berjimat. Kedua, selagi OUTPUT dan OUTCOMEnya berbaloi,.. saya tak perlukan sabun lain. Sampai hari ini CD saya masih baik..

Dimana saya dapat info ini? antaranya dari website berkaitan CD dari US. Diorang pun gunakan sabun biasa je.... so kenapa tidak saya.

Sekian :).

Thursday, September 11, 2014

Review: Gfh Cloth Diaper

Gfh cloth diaper mempunyai design yang simple dan comel. Terdapat banyak pilihan warna dan corak kartun yang comel.

Dari segi kualiti, tidak banyak beza kualiti dengan cloth diaper ekonomi yang lain. Permukaan dalam CD adalah lembut, dibuat dari fabrik bamboo.

Insert juga tidak banyak beza dengan insert CD ekonomi yang lain.

Tapi, yang menariknya, bahagian leg gussetnya tidak flat, seperti ada pesak, membuatkan bentuk diaper seperti mangkuk, melengkung ke dalam. Jadi poo tidak mudah membocor ke luar.

Walau bagaimanapun, design velcronya agak bagi down side sikit sebab tidak mempunyai velcro tab untuk mudahkan basuhan dalam mesin basuh.

Secara keseluruhannya, seperti CD ekonomi yang lain, memuaskan...


*ops dua down side baru dapat kenal pasti, kain pul luar agak keras sikit, bila pki ngam ngam kat baby pun, leh melecet sikit bila baby lasak... Yang kedua, CD ni cepat bocor. walaupun pakai dua insert.
*30/04/2015 - daripada 10 bintang, saya bagi 3 bintang sahaja.
Lepas setahun, cepat bocor, gambar comel dah tercabut/rosak.

Monday, September 1, 2014

Review: weegro cloth diaper




Weegro aplique cover, mempunyai pelbagai corak yang comel dan menarik. Ianya dtg dgn satu cover dibuat dari kain pul, satu microfiber insert, dan satu sarung insert berclip. 

Saya suka dengan weegro sebab cutting dia comel, tidak bulky. Dan ia mempunyai double gusset pada getah di celah peha untuk elak kebocoran. 

Cover juga boleh gunasemula, sebab senang dicuci sekiranya baby tidak poo poo. Kalu ada poo pun, jika tidak bocor atau kotor sikit, boleh je spray air dan lap. Kemudian guna semula dgn insert dan sarung insert yang baru. 

Mudah untuk digunakan semasa jalan-jalan. Cuma bawa dua cover dan insert yg mencukupi. 

Harga juga memang antara termurah di pasaran iaitu antata RM18 ke RM25 sehelai.




Tuesday, June 17, 2014

Pengalaman menggunakan Cloth Diaper

Semenjak saya mengandung lagi, saya dah mula kenal CD @ Cloth Diaper. Terima kasih juga kepada kekawan yang memaklumkan berkenaan CD dan terus saya jadi minat. Mulanya terasa mahal, tapi bila dah mula buat research sendiri kat Google, rupanya sekarang dah banyak pilihan.

Dan pilihan CD murah sudah ada dipasaran, dbuat di China dan di pasarkan menggunakan nama jenama tempatan. Jumlah momies yang memakai anak CD juga semakin ramai, Dan taska juga dah boleh terima babies yang memakai CD (termasuklah taska Uwais di Melaka ni - Taska Uzma). Alhamdulillah, dengan sokongan Abu Uwais yang amat sporting.... Uwais dah pun 3 bulan memakai CD. 

Menyusahkan pakai CD? Pada saya tidak, malah seronok melihat Uwais comel memakai CD warna warna. 
Memanglah ada kerjaan sikit, perlu basuh selang 2 hari selepas dikumpulkan CD terpakai nih. Tapi mesin basuh kan ada, apa lagi, senyum sahaja la :). Tapi kenela bilas dulu , terutama yang dah ada poo nya .

Setakat ni, saya dah ada lebih kurang 20+ CD untuk dirotate hari hari. 
Paling murah, CD QQ baby, beli masa promosi 10 @ RM180. (http://www.qqbabyshop.com). 
Ada 3 CD dari Autumz. Promosi PWP di One Baby World beli 3@100

Kemudian saya beli pre-order Charlie Banana 6 helai @ RM375 beli dari http://sweetlunashop.blogspot.com (inilah CD saya paling mahal dan saya gunakan pada waktu malam dan ketika berjalan jalan. Bayar pun dua kali hehe).
Adik ipar saya beri Lunatots sebanyak 7 helai, tetapi yang dah rosak ada 3 helai.

Weegro 2 helai (jarang pakai)

Yang terbaru 2 CD dari Gifts From Heaven (http://www.gifts-h.com/)


Dan yang sedang ditunggui, 2 rumparooz (cover only) beli dari Sales kat TinyTapir RM15 (http://www.tinytapir.com/). Harga sebenar RM98 rasanya. Walaupun cover sahaja, bolehla, pakaikan dengan insert yang lain. 

Dan ada sehelai lagi, gift from kak ina. 
Alhamdulillah, semua sekali dah la 30 set... :).


Jimat ke? kalau tgk investment permulaan memang banyak, tetapi, dalam jangka masa yang lama, ia amat berbaloi. Pendek kata kalau nak tukar 2 jam sekali pun xde masalah :)... kan boleh basuh pakai semula. Yang paling best, tak perlu sibuk fikirkan nak beli pampers setiap bulan.

Tuesday, January 21, 2014

Anugerah Terindah


21 jan 2014, lahirnya anugerah terindah buat mama dan baba. Muhammad Uwais bin Mohd Shafie.  Sungguh tidak sangka, akhirnya saya menjadi mama kepada seorang bayi comel  seberat 3.9 kilo.
Lahir di Hospital Putra Melaka, secara pembedahan.
Satu pengalaman baru, yang sukar tapi indah.
Keinginan melahirkan Uwais secara normal tidak kesampaian, tetapi ini jua yang Allah tetapkan terbaik untuk saya dan Uwais. Dan pilihan melahirkannya di Hospital Putra juga ketetapan Nya yang terbaik untuk saya dan Uwais.
Dan Abu Uwais adalah yang paling happy,... dan paling best, menjaga saya sepenuh kasih sayang :). Lots of love to both my heroes.