Thursday, September 11, 2014

Review: Gfh Cloth Diaper

Gfh cloth diaper mempunyai design yang simple dan comel. Terdapat banyak pilihan warna dan corak kartun yang comel.

Dari segi kualiti, tidak banyak beza kualiti dengan cloth diaper ekonomi yang lain. Permukaan dalam CD adalah lembut, dibuat dari fabrik bamboo.

Insert juga tidak banyak beza dengan insert CD ekonomi yang lain.

Tapi, yang menariknya, bahagian leg gussetnya tidak flat, seperti ada pesak, membuatkan bentuk diaper seperti mangkuk, melengkung ke dalam. Jadi poo tidak mudah membocor ke luar.

Walau bagaimanapun, design velcronya agak bagi down side sikit sebab tidak mempunyai velcro tab untuk mudahkan basuhan dalam mesin basuh.

Secara keseluruhannya, seperti CD ekonomi yang lain, memuaskan...


*ops dua down side baru dapat kenal pasti, kain pul luar agak keras sikit, bila pki ngam ngam kat baby pun, leh melecet sikit bila baby lasak... Yang kedua, CD ni cepat bocor. walaupun pakai dua insert.
*30/04/2015 - daripada 10 bintang, saya bagi 3 bintang sahaja.
Lepas setahun, cepat bocor, gambar comel dah tercabut/rosak.

Monday, September 1, 2014

Review: weegro cloth diaper




Weegro aplique cover, mempunyai pelbagai corak yang comel dan menarik. Ianya dtg dgn satu cover dibuat dari kain pul, satu microfiber insert, dan satu sarung insert berclip. 

Saya suka dengan weegro sebab cutting dia comel, tidak bulky. Dan ia mempunyai double gusset pada getah di celah peha untuk elak kebocoran. 

Cover juga boleh gunasemula, sebab senang dicuci sekiranya baby tidak poo poo. Kalu ada poo pun, jika tidak bocor atau kotor sikit, boleh je spray air dan lap. Kemudian guna semula dgn insert dan sarung insert yang baru. 

Mudah untuk digunakan semasa jalan-jalan. Cuma bawa dua cover dan insert yg mencukupi. 

Harga juga memang antara termurah di pasaran iaitu antata RM18 ke RM25 sehelai.