Wednesday, December 19, 2012

Ulasan Wayang 'Rise of the Guardians'



18 Disember 2012, wayang pilihan adalah Rise of The Guardians. Wayang kartun 3D yang telah pun sampai ke penghujung tempoh tayangan. Dari poster ini, dan tajuk cerita, hanya terbayang kisah animasi kartun yang menyeronokkan.Ya, seronok, kelakar, tetapi, punya unsur kepercayaan 'agama' atau mungkin kepercayaan bangsa orang putih. Watak kartun terdiri daripada Jack Frost, Santa Clause, Tooth Fairy, sandman dan easter bunny. Watak jahatnya adalah boogeyman, hantu yang suka menakutkan kanak-kanak. Tidak nampak mesej yang hendak disampaikan melainkan kisah 'the guardians' ini untuk memelihara kepercayaan kanak-kanak dunia terhadap mereka.

Apa yang boleh saya simpulkan, cerita ini tidak sepatutnya menjadi tontonan umum kanak-kanak muslim.


Tuesday, December 18, 2012

Mesej di sebalik 'Wreck It Ralph'






17 Disember 2012, berkesempatan menonton cerita Wreck-It Ralph. Kartun wayang Disney, seperti biasa, cantik comel, kelakar dan tidak menghampakan. Secara ringkasnya, kisah ini berkisar Encik Ralph, watak game yang jahat, 'the bad guy' ingin menjadi 'the good guy' dan inginkan layanan yang en Felix dapat, sebagai watak game yang baik. Pengembaraan bermula untuk Encik Ralph mencari medal, sebagai bukti diapun boleh dapat medal, sebagaimana Felix.

Berlatarkan dunia kedai arked game, dimana semua watak dalam semua game boleh ber'social'dengan watak game berlainan, Ralph mengambil kesempatan masuk ke dunia game perang untuk dapatkan medal. 'Unfortunate event' bermula bila dia dapat medal dan dengan tidak sengaja telah menimbulkan kekecohan kepada satu dunia arked game. Seperti biasa, di kesudahannya, semua kembali kepada sediakala, dan dalam pada masa yang sama, En Ralph berjaya membantu si comel venelope, kembali berlumba di dalam dunia gamenya. Happy Ending.

Kesimpulannya, mesej yang hendak disampaikan ialah, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, diri kita, kerja kita,.. dan kita juga seharusnya appreciate orang lain juga, buruk baik mereka. We are meant to be who we are, so do others.

Setiap orang ada perasaan dan emosi. Ada antara kita, yang bila tidak dihargai, emosi menjadi tidak menentu dan mula memberontak. Mungkinkah itu yang terjadi pada sang amuk di Amerika, sehingga ibu sendiri, dan kanak-kanak sekolah di tembak mati, dan menembak diri sendiri, sebagai penamat kisah nya? ........... hanya secebis pendapat dari kaca mata saya. ...




Tuesday, December 11, 2012

Pakar Kaum Maya Tolak Teori Kiamat 21 Disember 2012

hmm.... macam-macam. Wallahualam. Hanya Allah yang maha mengetahui... Yang saya pasti , 21 Disember 2012, genaplah umur saya 30 tahun.


IPOH MALAY: Pakar Kaum Maya Tolak Teori Kiamat 21 Disember 2012

Thursday, December 6, 2012

Oh Melaka Sentral

6hb Disember 2012, berjalan-jalan menaiki bas dari Melaka - Johor Bahru (Larkin), - Pontian.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Melaka Sentral. Oh Melaka sentral. Stesen bas utama di melaka. Berbanding 12 tahun lepas, stesen bas ini jauh berbeza keadaannya dengan stesen bas lama. Banyak kemudahan disediakan serta lebih besar dan selesa. Penumpang boleh menunggu bas dari dalam bangunan, tanpa perlu berpanas. Bila-bila masa terasa lapar dan haus, gerai-gerai makanan dan jajan sentiiasa tersedia menerima kunjungan.

Dalam keselesaan menanti bas, terdetik juga rasa ketidakpuasan hati pada stesen bas ini. Sayang sekali, disebalik rekabentuk yang cukup futuristic, terselit kelemahan yang sepatutnya tidak ada. Kenapa tidak ada dropping bay? Adakah kerana Melaka tidak ada kesesakan jalanraya?

Saya musykil dengan hal ini. Keperluan dropping bay sememangnya amat penting untuk stesen bas atau mana mana hub pengangkutan awam yang lain. Hal ini kerana, kebanyakan orang akan menurunkan penumpang di tepi jalan sahaja. Dan apabila tiada dropping bay, kenderaan mula la masuk ke laluan bas, atau berhenti di tepi jalan utama, menyebabkan kesesakan di tepi jalan utama. Dan bila masuk laluan bas, driver driver bas marah. Jadinya?....

Sunday, December 2, 2012

Ekspo Aspirasi Sihat 8-9 Disember 2012, Pontian Johor.


Jom beramai-ramai ke Ekspo Aspirasi Sihat pada 8-9 Disember 2012, di Pekan Nanas, Pontian, Johor. 
Pelbagai aktiviti MENARIK menanti anda....... Mana tau, ada rezeki menang cabutan bertuah ipad dan basikal... paling tidakpun, bergembira secara sihat bersama keluarga.

Aktiviti yang dijalankan:

- Pameran kesihatan
- Pertandingan mewarna
- Pertandingan memasak
- Sukaneka
- Pertandingan Senamrobik thon & senamrobik berkumpulan
- Board games
- Gladiator joust
- berhibur bersama upin & ipin, dan artis-artis

10,000 langkah setiap hari, ke arah gaya hidup sihat!


Thursday, November 29, 2012

Tiny village : penternak dinosaur berjaya

Kamilah penternak dinosaur berjaya. 8 dinosaur ...... 4 ghost mammoth! Xde dinosaur lain ke nak diberi.... nak fuse banyak banyak pun xde choice sgt. Sabau jelah... xpe, ghost mamoth ghost mamothku, mamam kenyang kenyang... kami nak jual! :).

Thursday, November 15, 2012

DIY Wedding Ideas: Brown Paper Bag



Sebelum ni saya dah ada buat post pasal brown paper bag. Tren bag brown paper untuk Wedding Gift bag semakin banyak skarang, ada yang cun ada yang tidak. Kalau ikutkan, kos nya tetap mahal kalau nak 'eksklusif' tapi kalau nak cantik tapi murah masih boleh diusahakan dengan inisiatif sendirilah. Kalau tempah, x de la dapatnya murah hehe.

Paperbag di masa wedding saya, saya buat sendiri dalam tempoh 2 3 bulan sebelum. Alhamdulillah, keluarga pun menolong, walaupun renyah... tapi hasilnya hanya menelan kos + - 25sen - 35 sen kot... sebab menggunakan bahan murah, dan ada yang bahan memang dah ada di rumah.

Lagipun, lepas dah bagi kat tetamu, pasti akan dibuang paper bag ni. Takpela pakai bahan terbuang pun :p... janji comel.

Barang-barang yang digunakan:

  1. Beli brown paper bag untuk goreng pisang kat Mydin. 1 paket 100 keping - RM 3.80 (4 sen sekeping). Tempat lain, boleh juga beli di website ini green tree.
  2. Buat design label sendiri atas kertas A4. Print sekeping dan fotostat. atau print lah ikut yang diperlukan.
  3. Kalau nak cantik label, belilah puncher besar boleh dapat kat http://www.scrap-n-crop.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=405 . Harga ada rm60 ke atas... mahal juga, tapi boleh digunakan selepas itu untuk craft. Kalau taknak, tempah sahaja stiker kertas biasa kat kedai, boleh dapat RM3 sekeping A3. Saya beli satu di Scrap n Crop ni, tapi memandangkan penggunaan yang agak kasar, heheh rosak sudah punchernya. 
  4. Reben kertas hantaran, untuk hiasan. Ada yang saya guanakan kertas bunga yang memang sedia ada kat rumah.
  5. Gam tembak untuk tampal label. Guna gam biasa pun boleh, tapi susah nak lekat dan comot.

Siap bahan, dah boleh buat!... selamat mencuba buat Wedding Gift guna Brown Paper Bag!. *kalau ada yang nak cuba :).





Friday, November 9, 2012

Jalan-jalan: Maran 'Bandar Ayam Kampung'

10.11.12, keinginan meluangkan masa di hujung minggu, bersama suami membawa ku berkelana ke bumi Maran,Pahang darul makmur. Ada apa dengan maran? Cuma sebuah bandar kecil, terletak diantara Temerloh dan Kuantan, di kelilingi oleh hutan dan felda-felda, serta diberi jolokan Bandar Ayam Kampung. Hmmm...... aduhai, kenapa bandar ayam kampung?

Masa pertama kali nampak signage bandar ayam kampung, mau tergelak pun ya. Apa yang ada dengan ayam kampung disini, sehingga di angkat nama ayam kampung tu?  tak tahula. Mungkin sebab banyak ayam kampung disini atau orang sini memang makan ayam kampung je kot. Ada juga nampak kelibat ayam kampung, kedek-kedek bermain di tepi jalan.

Kepada sesiapa yang mencari hotel penginapan, hanya terdapat sebuah resort , iaitu Maran Golf Resort (http://www.mdmaran.gov.my/chalet) . Itupun, sekadar beberapa buah chalet baru, berekabentuk rumah kayu yang cantik. Walaupun hanya sedikit, tetapi, kedudukannya yang mengadap sebuah tasik kecil, dan bukit-bukit menghijau, amat menggamit perhatian.

 Kawasan ini diberi nama Dataran tasik maran. Masih baru rasanya kawasan ni, sebab kami tak dapat nak mencari lokasinya dalam GPS. Lokasi dataran ini amat strategik untuk menjalankan event. Kedatangan kami ke sini pun atas sebab suami kena pergi kerja untuk event Karnival Jelajah Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, yang diajalnkan disini pada 10-11 November 2012. Sambil encik abang bekerja, saya pun jadila peserta karnival :p. Sekurang-kurangnya dapatla pedometer percuma, sorang satu. Lepasni, bolehla mengamalkan 10,000 langkah sehari! Ke arah gaya hidup sihat!

Maran Bandar Ayam Kampung
Program Karnival Jelajah Sihat
Pedometer percuma

Nak tau apa itu pedometer? Pedometer tu alat untuk mengukur jumlah langkah kita, bila kita berjalan. lebih lanjut silalah google kat http://en.wikipedia.org/wiki/Pedometer#Apple_iPod_Nano 

Wednesday, November 7, 2012

Dunia tablet ku : Game Tiny Village

Saya bukan kaki main game. Tapi sejak menggunakan Samsung Tab 2 10.1, macam-macam game dah di install ke dalam tab saya. Antara game yang saya dan encik suami taat setia bermain ialah game Tiny Village. Kenapa ya? sebab paling utama, game ini amat comel paparannya... amat menarik perhatian. kedua, seronok membina 'village' yang semakin berkembang... rasanya dah hampir 3 bulan main game ni,
ke tiga, dalam game ni ada assignment assiggment yang perlu dibuat, so kene cari duit, bela dinosaurs yang comel-comel dan terakhir sekali, sebab ia takde ending..... entah bila akan kebosanan, belum tahu lagi. Dan bila rasanya nak maklumat tambahan, seperti macamana nak fuse kan dinosaur untuk dapatkan dinosaur baru... boleh tengok dekat web Tiny Village Wiki.

*Seronok layan sebab tab senang nak bawa, kat tepi jalan sambil tunggu encik suami ambik pun bleh layan tiny village.







Wednesday, October 31, 2012

Mencuba alphalipid sd2


Memandangkan sejak kawin, berat dah naik 5kg, baju pun tak muat, saya dan encik suami bercadang untuk mulakan diet dengan program SD2 Alphalipid. Semalam baru dapat stok, terus ambil 4 tin, dengan semangat yang amat membara untuk mengurus. Inisiatif yang telah diambil oleh kami ialah :

1) beli penimbang digital
2) beli susu alphalipid SD2 - 4 tin.
3) Apple cider (masih belum minum lagi)

Tuesday, October 30, 2012

Secangkir kopi @ coffee bean




Secangkir kopi di Coffee Bean, Jusco Bandaraya, di petang hari, bersama suami tercinta. Di luar, hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah, sekadar hujan lebat, bukan ribut taufan seperti Hurricane §andy yang baru sahaja membedal beberapa kawasan di Amerika Syarikat. Tengahari tadi sempat juga membelek google pasal hurricane sandy. Dan duduk kat coffee bean ni , teringat satu artikel yang di baca tadi - last starbuck standing during hurricane mobed by thirsty midtown caffeine addicts- Dalam keadaan kritikal ribut taufan, masih ada orang yang sanggup berjalan ke Starbuck untuk menikmati secawan kopi!

Dalam pada itu, sempat juga terperasan logo halal di pintu masuk Coffee Bean. :). Kan seronok minum di kedai tanpa rasa risau. Starbucks ? tak nampak pula logo Halal, ... tapi kalau rujuk laman web Jakim, memang ada. Mungkinkah di setengah cawangan sahaja? tak tahula pula.Old Town White Coffee? lagila menyedihkan. Jenama tempatan, tapi taknak mohon sijil halal. hm... apa nak kata, semangat 1 Malaysia kah begitu? .......tepuk dada tanya selera.




Sunday, September 23, 2012

S&H 070712


Syukur Alhamdulillah, hampir 3 bulan berlalu,
Semoga bahagia ke akhir hayat.

Saturday, April 7, 2012

tren brown paper bag

Idea untuk door gift majlis mencurah-curah. antaranya menggunakan brown paper bag. Kos rendah, yet, cantik kalau di decorate beautifully. But, nampaknya, ada orang dah mula nak mencari untung lebih. mana taknya, brown paper bag range harga kat pasaran dalam antara 3sen ke 10 sen sekeping. Klu tempah stiker untuk decor, 25sen sekeping. so cost sepatunya cuma 35sen. tapi dah ada dah orang jual sampai RM1.00 dengan stiker. Mak Iah...... so to all B2B.. the idea of using brown papaer bag because of the cost benefit... tp tempah sampai seringgit sekeping, might as well u all beli jek bag kertas yang dah ada design serendah 10sen pun ada (kecik la tapi n tak lawa heheh).


Monday, January 9, 2012

gubahan hantaran

Sekarang ni tengah sibuk dengan persiapan kenduri kahwin adik. Antaranya, menyiapkan gubahan hantaran wani. inilah hasilnya yang pertama. belum ditouchupkan lagi. Apa komen anda? kalau nak tempah boleh saja :p....... whyza82@gmail.com ecewahhhh...

Posted by Picasa

Thursday, January 5, 2012

cuba-cuba custom sendiri: Custom Album

Lihat custom album orang lain, teringin juga custom album untuk majlis sendiri. Tempah sudah, tapi teringin juga buat sendiri, walaupun ketandusan skill setelah meninggalkan ala photoshop dan illustrator. Hasilnya, sekadar menggunakan picasa. hm...bleh tahan jugakan hehe hasilnya. Andailah ku ada photoshop. pasti hasilnya lagi da bomb! *perasan sendiri...... apa komen anda?



Kalau nak cuba bolehla download picasa secara percuma. Tapi, untuk buat macam hasil di atas..... kenelah ada sikit kreativiti dan usaha. Nak tau, tanyalah saya :).