dugaan
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
Tak sangka kisah seperti itu terjadi pada kawan seofis saya, Norida....
Saat ini baby sara dalam keadaan kritikal di ICU. Tapi bukan kerana tersedak susu, tapi kemungkinan gegaran kuat telah merosakkan otaknya. Sedih bila pergi emnjenguk di hospital, nampak seolah sihat.... sedih kerana dalam umur 6 bulan, banyak tiub pasang di badannya. Ya Allah beratnya dugaan untuk sahabat ku ini.
Dugaan tidak kenal siapa, entah bila tiba masanya dugaan seberat itu datang pada kita. Sesungguhnya Allah maha berkuasa, dan kita sebagai hambanya perlu redha dan terima qada' dan qadarnya, walau berat sekalipun, kerana dugaan yang diberikan atas kemampuan kita melaluinya.
Mari kita doakan terbaik buat Norida dan baby sara. Inshaallah, hikmah yang terbaik Allah janjikan buat mereka yang bersabar.....
Comments
Post a Comment