Slouchy kids pants pattern for kids by iugwbm


Alhamdulillah, diberi peluang lagi untuk menjadi tester pattern by iugwbm.

Kali ni kita test seluar pula. Nama pattern ni Slouchy Kids Pants.

Design seluar ni macam baggy sikit di atas dan kuncup ke bawah.
Ada pilihan versi faux fly atau zip fly.
Saya mencuba sahut cabaran zip fly walaupun kenyataannya saya tidak pernah menjahit zip, mahupun fly, mahupun pinggang getah berben dan berbutang....

Kalau tak percaya sila lihat hasil pinggang seluar saya. Comotkan hahahah.Getah pun tidak seimbang kedutnya. Hmmm....kena pergi kelas ni. :p.


Apapun, pola/pattern ni mudah sahaja untuk dibuat. Ada guide juga dari FB iugwbm. Recommended for confident beginner. Ada juga pilihan untuk guna kain woven atau knit.

Nak dapatkan pola ini?
Boleh klik link di bawah

http://iugwbm.com/product/slouchy-kids-pant/?wpam_id=14
#affiliatelink

Abang sado pun dah pandai nak bergaya. Cik tembun tumpang sama nak gambar :)








Comments

Popular Posts