Pengalaman menggunakan Cloth Diaper

Semenjak saya mengandung lagi, saya dah mula kenal CD @ Cloth Diaper. Terima kasih juga kepada kekawan yang memaklumkan berkenaan CD dan terus saya jadi minat. Mulanya terasa mahal, tapi bila dah mula buat research sendiri kat Google, rupanya sekarang dah banyak pilihan.

Dan pilihan CD murah sudah ada dipasaran, dbuat di China dan di pasarkan menggunakan nama jenama tempatan. Jumlah momies yang memakai anak CD juga semakin ramai, Dan taska juga dah boleh terima babies yang memakai CD (termasuklah taska Uwais di Melaka ni - Taska Uzma). Alhamdulillah, dengan sokongan Abu Uwais yang amat sporting.... Uwais dah pun 3 bulan memakai CD. 

Menyusahkan pakai CD? Pada saya tidak, malah seronok melihat Uwais comel memakai CD warna warna. 
Memanglah ada kerjaan sikit, perlu basuh selang 2 hari selepas dikumpulkan CD terpakai nih. Tapi mesin basuh kan ada, apa lagi, senyum sahaja la :). Tapi kenela bilas dulu , terutama yang dah ada poo nya .

Setakat ni, saya dah ada lebih kurang 20+ CD untuk dirotate hari hari. 
Paling murah, CD QQ baby, beli masa promosi 10 @ RM180. (http://www.qqbabyshop.com). 
Ada 3 CD dari Autumz. Promosi PWP di One Baby World beli 3@100

Kemudian saya beli pre-order Charlie Banana 6 helai @ RM375 beli dari http://sweetlunashop.blogspot.com (inilah CD saya paling mahal dan saya gunakan pada waktu malam dan ketika berjalan jalan. Bayar pun dua kali hehe).
Adik ipar saya beri Lunatots sebanyak 7 helai, tetapi yang dah rosak ada 3 helai.

Weegro 2 helai (jarang pakai)

Yang terbaru 2 CD dari Gifts From Heaven (http://www.gifts-h.com/)


Dan yang sedang ditunggui, 2 rumparooz (cover only) beli dari Sales kat TinyTapir RM15 (http://www.tinytapir.com/). Harga sebenar RM98 rasanya. Walaupun cover sahaja, bolehla, pakaikan dengan insert yang lain. 

Dan ada sehelai lagi, gift from kak ina. 
Alhamdulillah, semua sekali dah la 30 set... :).


Jimat ke? kalau tgk investment permulaan memang banyak, tetapi, dalam jangka masa yang lama, ia amat berbaloi. Pendek kata kalau nak tukar 2 jam sekali pun xde masalah :)... kan boleh basuh pakai semula. Yang paling best, tak perlu sibuk fikirkan nak beli pampers setiap bulan.

Comments

Post a Comment

Popular Posts