Pengalaman Warded di Hospital Mahkota Medical Center (MMC) Melaka
Sekejap masa berlalu, dah setahun lepas
Uwais masuk wad di MMC sebab sakit kaki tangan dan mulut (HMFD) yang teruk. Kesian sangat sebab tak boleh makan dan minum, makan je menangis tapi lapar, minum susu menangis. Bila dah nampak semakin tak mahu makan dan minum, terus la kami pergi Emergency di MMC.
Uwais masuk wad di MMC sebab sakit kaki tangan dan mulut (HMFD) yang teruk. Kesian sangat sebab tak boleh makan dan minum, makan je menangis tapi lapar, minum susu menangis. Bila dah nampak semakin tak mahu makan dan minum, terus la kami pergi Emergency di MMC.
Main lepas dah boleh makan |
Macam biasa, hospital di Malaysia ni, walaupun swasta, tetap ambil masa nak buat pemeriksaan, walaupun di kecemasan. Lagipun di siang hari, memang ramai. Tapi lambat pun, mungkin lebih cepat dari Hospital Kerajaan. Lepas pergi kecemasan, dan Doktor kata kemungkinan besar HMFD, doktor di situ suruh pilih Doktor mana kita nak untuk rawatan. Lepas dah pilih Doktor, pergi pula tunggu untuk rawatan di klinik Dr. berkenaan. Ambil masa juga sebab Dr. Pakar, memang ramai. Melainkan dah masuk wad, tak perlu la tunggu. Memandangkan kami bawa Uwais waktu siang hari, jadi kena pergi dulu Klinik Pakar berkenaan.
Dah jumpa Dr. Memang confirm HMFD, terus admit wad. Admit wad lepas tu tak begitu lama sebab katil kosong pun ada. Dan kes Uwais perlukan bilik kuarantin, jadi tak boleh campur dengan pesakit yang penyakit lain. Dapat satu bilik twin sharing. Alhamdulillah, selesa.
Masa mula admit, bilik tu kami jek yang ada, jadi seronok sebab privacy. Malam esoknya ada seorang bayi masuk, sakit yang sama. Adala jiran untuk dua malam. Malam berikutnya sendiri lagila dengan Uwais, sebab baby tu dah boleh balik. Uwais ambik masa 4 hari untuk boleh makan semula. Kalau tak hanya aiskrim jela dia nak makan.
Lunch western |
Untuk Hospital MMC, saya bagi 5 bintang. Dari urusan admition sampai la ke urusan keluar hospital, semuanya mudah. Urusan bayaran pun tak perlu turun ke lobi, ada kaunter di setiap tingkat.
Suasana memang selesa. Nak bergerak keluar jalan jalan juga selesa. Di lobi, ada kedai 7Eleven. Hampir setiap malam turun ke kedai ni beli aiskrim dan telur mainan. Budak sakit, kita layankan la ya.
Pemandangan dari tingkap bilik, nampak Mahkota Parade melambai-lambai. |
Makan, memang sedap, padanla dengan harga yang dibayar. Terus terang cakap, jauh lebih baik dari Hospital Putra. Ada pilihan Western, Malay , Chinese... ikut hari. Kalau di Hospital Putra, menu western, ada sesenduk kecil baked bean, dua keping roti, dan sosej seketul or telur scrambled sedikit. Di MMC, bila cakap western, ada ayam goreng ala KFC, chicken popcorn, siap dengan salad dan deep sauce nya. Memang sedap la emaknya makan bila anak tak boleh makan. Bila anak dah boleh makan, dia makan makanan yang sedap tu, kita makan la bubur dia... (setiap kali ada satu hidangan bersama satu bubur).
Begitulah ceritanya di MMC. Sekian
Comments
Post a Comment