BANDUNG BANDAR KREATIF (BAHAGIAN 1)

Bandung, terkenal di kalangan orang Malaysia sebagai destinasi membeli belah.

Namun, Bandung sebenarnya lebih dari sekadar tempat shopping. 

Bandung merupakan Bandar Kreatif, yang telah dianugerahkan dengan  berbagai penghargaan antaranya Indonesia’s Best Smart City and Best Government Awards.

UNESCO telah mengiktiraf Bandung sebagai Creative City of Design


Slogan Kota Bandung ‘Livable and Lovable’ dapat dilihat melalui transformasi Bandung hasil usaha Walikota Bandung melalui beberapa pendekatan dan perubahan yang dilaksanakan oleh beliau. Antaranya dengan memaksima penggunaan tanah kosong sebagai ruang awam dengan membangunkan taman-taman awam dengan pelbagai tema.

Bandung Planning Gallery
Peluang menjejakkan kaki ke bumi Bandung memberikan saya perspektif baru tentang bandar Bandung yang selama ini saya rasakan sama sahaja dengan bandar bandar Indonesia yang lain. Dalam erti kata lain kurang maju. Tapi yang sebenarnya, dari satu perspektif, ia lebih maju dalam aspek aspek yang lain seperti aspek pengindahan bandar, teknologi system surveilance nya, dan penyediaan kawasan riadah yang menarik.

Antara keunikan kawasan orang awam adalah di Taman Jomblo, Taman Film dan Taman Skatepark. Ruang bawah 'flyover' yang digunakan untuk kemudahan rakyat. Ketiga tiga taman ini disediakan percuma untuk penduduk tempatan, yang rata ratanya adalah golongan kurang berkemampuan.Walikota Bandung yang merupakan seorang arkitek banyak memberi fokus kepada penyediaan kawasan lapang untuk golongan ini. 


Sumber: Internet
Sumber:internet

 ...bersambung lagi...





Comments

Popular Posts