Beg Tangan Hermes Birkin Rosmah Mansor
Bagi kebanyakan rakyat jelata, jenama Hermes tidak dikenali sangat. Bukan sebab jenama Hermes tidak popular, tetapi ia merupakan satu jenama fesyen yang AMAT Eksklusif dan popular dikalangan rakyat jelata yang bertaraf hidup eksklusif gitu. Kalau sekadar gaji RM3000 sebulan, memang tak kenal la jenama ini melainkan dia peminat tegar fesyen.
Kenapa ia begitu eksklusif? Susah juga nak menjawab soalan itu sebab sekali tengok beg Hermes Birkin ni macam beg biasa kat tepi jalan ada jual.
Pertama sekali Birkin ada lah salah satu jenis atau siri bag jenama Hermes. Kalau kita layari laman web Hermes, dia ada bermacam jenis bag. Ada siri Kelly's bag, Birkin bag dan bermacam lagi. Tapi Birkin adalah antara siri Hermes bag yang paling eksklusif dan mahal. Dalam online shop Hermes tak jual Birkin ni. Dengarnya, jenama ini memilih pembelinya, bukan pembeli memilihnya. Lain macam kan.
Beg Birkin ini dibuat secara handmade ok, dan memerlukan antara 18 -24 jam untuk disiapkan oleh seorang tukang. Diperbuat di Perancis, dengan menggunakan kulit haiwan seperti kulit lembu, burung unta, buaya dan lain lain.
Tahap eksklusif bag ini adalah AMAT EKSKLUSIF kerana harga nya mencecah berpuluh ribu US dollar, dan ada juga yang pernah dijual secara bidaan yang mencecah harga ratusan US dollar/ jutaan Ringgit bagi sebiji handbag Hermes Siri Birkin.
"The Philippine Star reported in March 2013, that a very high-end, 30-cm Shiny Rouge H Porosus Crocodile Birkin with 18K gold fittings and encrusted with diamonds fetched US$203,150 at an auction in Dallas, Texas.[21] A 30-inch matte white Himalaya niloticus crocodile Birkin with 18-carat white gold and hardware bearing 245 diamonds was sold at a Christie's auction in Hong Kong for HK$2.94 million (US$377,261), creating a new record for the most expensive handbag in the world. A similar one had been sold by Christie's in spring 2016 for a then-world-record price of HK$2.33 million (US$300,000)." - Sumber : Wikipidia
Anda hendak tahu sejarah bag Birkin? sila layari sendiri di Wikipidia. dan Jangan terkejut, berita rampasan bag tangan Rosmah Mansor dah pun tercatat dalam sebahagian cerita Hermes Birkin di Wikipidia! Baru seminggu kejadian berlaku dah pun di update!Wow Malaysia glamour gitu.
anda memang terlajak kaya!
Cuba buat kiraan ringkas sahaja. Andaikata anda ada 10 biji Birkin dengan harga RM100,000.00 sebiji dan anda bergaji RM60,000.00 sebulan. Jumlah gaji setahun pun belum tentu cukup nak tampung harga 10 beg tangan Birkin. Maka?....... hm, fikirlah sendiri.
Wassalam
Comments
Post a Comment