3 SEBAB UNTUK TIDAK MELANCONG KE MELAKA

Selalunya, orang bercerita sebab sebab anda perlu datang ke Melaka. Terutamanya tahun hadapan memandangkan tahun 2019 adalah tahun melawat Melaka.

Tapi sini saya nak beritahu 3 Sebab untuk anda tidak datang ke Melaka

1) Berat banda anda akan naik!

Tengok jela macam macam viral makanan kat Melaka ni, kuih keria antarabangsa, coconut shake, mee racun, mee besen original, cendol kampung hulu, nasi lemak ujong pasir, asam pedas pak man, mango shake, eat n repeat, roti canai dol cheese. ...

Anda tahu tak berapa banyak kalori setiap makanan sedap di Melaka ni!.

Cuba tengok, semua makan yang sedap sedap ni, taip sahaja viral food Melaka, klik imej,.... fuh macam macam ada.


Fuh....... terliur?... pasti terliur. Hilang ingatan kejap pada dunia nyata tau.
Kalau dibuat senarai tiga hari tiga malam, tak cukup nak buat food testing kat Melaka.
Korang rasa berat badan korang mampu mantain tak?

Kita yang duduk Melaka pun tak mampu nak kawal perasaan ... Malangnya sebab ramai sangat orang dari luar Melaka yang sanggup beratur panjang untuk dapatkan makanan viral, maka kami pun mampu tengok jela makanan sedap yang korang makan ni.

Sedihkan? huhuhu


2) Kesesakan lalulintas!

Bila masa cuti sekolah la, aduhai..... Melaka sesak sesesak sesak nya.
Masalah utama bila sesak, korang datang duduk jela dalam hotel dendiam. Jalan la kaki kat Jonker Walk ke, kan. Pelancong pelancong yang datang menyumbang kepada kesesakan lalulintas di bandar sana.

Masalahnya, kita duduk Melaka pun nak jalan-jalan jugak!. Dah korang je yang penuh kat atas jalan Melaka yang kecik ni, terpaksala kami duduk dalam rumah jek. Takpun keluar jam 12 malam, untung nasib je tak jem masa tu. silap haribulan pukul 3 pagi baru takde orang.


3) Shopping Mall kat Melaka tak best!

Kepada para pelancong, korang dahla memenuhkan kawasan pelancongan di bandar warisan dunia ni. Shopping Mall pun korang nak penuhkan juga!....

Tak best la shopping mall kat Melaka ni. Serius tak best! :p. Shopping Mall je kot, takkan tempat korang takde?


Dataran Pahlawan. Ada apa sangat dataran pahlawan tu? Hm...Bawah tu ada gerai kraf.... ramai orang Melayu meniaga sana, tapi bukan korang datang situ pun. Kosong jek, padahal macam macam jual kat bazar kraf kat level parking tu. Harga pun boleh tawar tawar. Sibuk korang pergi Jonker Walk kan. Yang pelik dah kosong bawah tu, parking je penuh. Penduduk tempatan yang nak jalan-jalan dalam Mall pun tak dapat. Sabar jela....

Aeon Mall. Ni lagi satu Mall yang asyik penuh jek. Kadang tengok plate number yang penuh bukan orang Melaka, orang luar belaka....
Tak best la Aeon Mall kat Melaka. Korang pergila yang kat Shah Alam ke, yang kat JB ke....
Orang Melaka pun nak shopping juga,....



Yang benarnya nak beritahu, Melaka ni best!... Tapi bila masa cuti sekolah.... tak dapat la kami nak menikmati keindahan dan kebestan Melaka.... huhu

Jangan Marah! :)


Comments

Popular Posts