Umrah 2011 Part 1

Alhamdulillah, perancangan umrah telah terlaksana pada 15 - 24 Mac 2011. Walaupun banyak rintangannya, alhamdilillah, samapai jua ke sana, dan selamatnya kembali ke tanah air. Secebis kenangan yang amat berharga saya kongsikan disini.

12hb Mac 2011

Pada asalnya, tarikh asal penerbangan ialah pada 12hb Mac 2011. Pakej yang diambil ialah pakej ziarah ke Damsyik Syria, dan umrah. Jam 10 malam, kami satu family dah pergi ke KLIA. Kebetulan, hari itu saya x sihat, gastrik, dan di KLIA semasa menunggu saya demam. Lama juga menunggu sehingga jam 12 malam, yang sepatutnya dah check in tapi wakil travel agent kami tak nampak lagi batang hidung. Sampai la jam 1 pagi, semua jemaah dah marah. Flight sepatutnya pukul 3. dalam jam 1 tu, Wakil agent pun datang, memaklumkan visa ada masalah. Ramai la yang marah. Saya diam sahaja memandangkan tengah mengantuk dan demam, campur keadaan perut yang x selesa. Nak nagis pun ada sebab jadi ke tak nak pergi ni. Persediaan semua dah buat.... sedih sangat. So at last wakil travel agentsrh balik dulu, dan dia akan contact kemudia untuk setlekan masalah ini. Samaada keseokan harinya atau dalam masa terdekat memandangkan visa tak selesai lagi. So balik lah kami ke rumah abang saya di seremban. Dan selama 2 hari lepas tu kami mengkuarantinkan diri di rumah abang sebab segan kalau orang tahu lum pergi lagi, dan xnak diganggu oleh hal kerja.

15hb Mac 2011

Syukur alhamdulillah. Masalah visa berjaya diselesaikan. rupanya ramai juga yang hadapi masalah visa dan tak dapat fly. Cuma yang kami terkilan apabila agent amat percayakan agent yang memproseskan visa, sehingga kami jadi mangsa keadaan. Tak salah klu maklumkan sahaja dahulu visa kami tak selesai lagi. Mungkin ini satu pengajaran buat travel agent kami tu. Takpela, saya anggap ianya cubaan dan dugaan memandangkan group kamipun kebanyakannya orang senang.

jam 10 pagi kami dah pegi ke KLIA. Agak lewat juga wakil agent dan Ustaz roslan tiba di airport. Ustaz Roslan dari Dubai balik ke Malaysia balik untuk uruskan kami. Jam 1 kami dah check in, menaiki flight Thai Airways ke Bangkok dan transit dari Bangkok ke Dubai. So, jam 3 kamipun bertolak ke Bangkok. Perjalanan alhamdulillah, baik sahaja. Dalam flight, sempat lagi tgk movie. Tapi nak jaga hati nak ke tanah suci, saya layan citer kartoon jela.

3 jam kemudian samapi ke airport bangkok. Sampai sana, kami mmg telah dicheck inkan. jadi pergi cari tempat solat. Kami solat kat tempat menuggu jek, tak cari pula suraunya. rupanya ada jek surau yang proper di airport itu. Selepas solat, kami menunggu lagi. Dalam menuggu tu, kami bersepah la kat airport sebab takde sapa yang guide. Ada jugala yang merungut. Saya diam ajela, sambil ingatkan diri. Dah dapat prgipun dalam keadaan macamni dah bersyukur dah. Yela, bukan senang nak pergi.. bukan mcm setengah orang yang mudah nak pergi.

Pukul 6.40 jam Bangkok, kami bertolak ke Dubai. Flight selama 5 jam lagi. Lama sungguh. dan dugaannya lagi, masalah makanan dalam flight bila makanan halal hanya beberapa orang sahaja dapat. Kata steward mungkin masalah pada system. Takpela, kamipun ambil sahaja makanan yang ada dan mkan nasi sahaja dengan buah dan roti. Stewardess meyakinkan kami makanan dlm flight thai airways adalah halal. Tapi kami tetap kurang yakin dan berhati hati.

Sampai di Dubai. Wakil hotel dah tunggu di luar. Di airport Dubai, xde masalah sangat. mungkin kerana Dubai dah biasa dengan pengunjung international. Tapi, terasa seperti di Bangladesh or pakistan sebab ramai orang belah sana kat Dubai. Yang tunggu kat luar tupun ramai orang Bangladesh dan pakistan. Sbb diorang ramai yang bekerja kat Dubai agaknya. Samapi je kat Hotel, dugan lagi. Pak arab biasala, padahal booking ada dah Ustaz Roslan dah buat booking. Malangnya banyak pula PakArb registration tu punya hal sampai jam 12 malam masa dubai baru selesai, which is dalam jam 3 ke 4 pagi Malaysia. Amat memenatkan. Alhamdulillah, masuk hotel, terus solat tidur. Hotel di Dubai mmang cantik, hotel apartment.

16hb Mac 2011

Pagitu sempat lagi di Dubai, ronda sekeliling hotel jekla memandangkan flight ke Madinah pukul 3. Pukul 12 dah kene ke airport. Bangunan di Dubai tinggi tinggi, menag semua nya high rise building. De la sikit sikit yang rendah. Penuh dengan development baru ajek. Keadaan Dubai, sejuk dan nyaman. Pukul 12 kitorang bertolak dr hotel ke airport, naik flight direct ke Madinah. Flight yang kami ambil kalini mcm flight airasia, tmbang murah. Tak kisah la hal tu, cumanya, ntah kenapa, sayarasa panas sangat, dan nak muntah. Bila samapi jek Madinah, terasa amat bersyukur sebab tak tahan dengan keadaan dalam flight. Waktu sampai, Madinah hujan dan sejuk. Sungguh ramai kat airport Madinah, datang untuk menunaikan umrah. Rasa lega sangat sebab dah sampai.

Di Dubai

Kami dibawa ke Hotel Aramas. Hotel ni dekat sangat dengan gate 5 Masjid nabawi. Time ni sepatutnya family saya duk hotel lain sebab kami ambil pakej murah sikit. Tapi sebab kan xnak menyushkan keadaan lagi, Ustaz Roslan letakkan kami kat hotel yang sama. Alhamdulillah. Kami sampai di sana Maghrib. tak sempat maghrib di Masjid, kami solat di bilik sahaja. Dekat isyak sahaja, kami pun pergi ke Masjid Nabawi, walaupun gate dekat,tapi pintu sebelah perempuan agak jauh. Sampai kat sana dah ramai sangat orang. Terpaksa jemaah di dataran. Sejuk. Balik dari solat, kami makan kat hotel. lepas tu kami jalan jalan kat bawah, tengok tengok barang kat kedai. sempat juga membeli serba sedikit.



to be continue.....

Comments

Popular Posts