Oh Melaka Sentral
6hb Disember 2012, berjalan-jalan menaiki bas dari Melaka - Johor Bahru (Larkin), - Pontian.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Melaka Sentral. Oh Melaka sentral. Stesen bas utama di melaka. Berbanding 12 tahun lepas, stesen bas ini jauh berbeza keadaannya dengan stesen bas lama. Banyak kemudahan disediakan serta lebih besar dan selesa. Penumpang boleh menunggu bas dari dalam bangunan, tanpa perlu berpanas. Bila-bila masa terasa lapar dan haus, gerai-gerai makanan dan jajan sentiiasa tersedia menerima kunjungan.
Dalam keselesaan menanti bas, terdetik juga rasa ketidakpuasan hati pada stesen bas ini. Sayang sekali, disebalik rekabentuk yang cukup futuristic, terselit kelemahan yang sepatutnya tidak ada. Kenapa tidak ada dropping bay? Adakah kerana Melaka tidak ada kesesakan jalanraya?
Saya musykil dengan hal ini. Keperluan dropping bay sememangnya amat penting untuk stesen bas atau mana mana hub pengangkutan awam yang lain. Hal ini kerana, kebanyakan orang akan menurunkan penumpang di tepi jalan sahaja. Dan apabila tiada dropping bay, kenderaan mula la masuk ke laluan bas, atau berhenti di tepi jalan utama, menyebabkan kesesakan di tepi jalan utama. Dan bila masuk laluan bas, driver driver bas marah. Jadinya?....

Comments
Post a Comment