Ulasan Wayang 'Rise of the Guardians'



18 Disember 2012, wayang pilihan adalah Rise of The Guardians. Wayang kartun 3D yang telah pun sampai ke penghujung tempoh tayangan. Dari poster ini, dan tajuk cerita, hanya terbayang kisah animasi kartun yang menyeronokkan.Ya, seronok, kelakar, tetapi, punya unsur kepercayaan 'agama' atau mungkin kepercayaan bangsa orang putih. Watak kartun terdiri daripada Jack Frost, Santa Clause, Tooth Fairy, sandman dan easter bunny. Watak jahatnya adalah boogeyman, hantu yang suka menakutkan kanak-kanak. Tidak nampak mesej yang hendak disampaikan melainkan kisah 'the guardians' ini untuk memelihara kepercayaan kanak-kanak dunia terhadap mereka.

Apa yang boleh saya simpulkan, cerita ini tidak sepatutnya menjadi tontonan umum kanak-kanak muslim.


Comments

Popular Posts