Mesej di sebalik 'Wreck It Ralph'
17 Disember 2012, berkesempatan menonton cerita Wreck-It Ralph. Kartun wayang Disney, seperti biasa, cantik comel, kelakar dan tidak menghampakan. Secara ringkasnya, kisah ini berkisar Encik Ralph, watak game yang jahat, 'the bad guy' ingin menjadi 'the good guy' dan inginkan layanan yang en Felix dapat, sebagai watak game yang baik. Pengembaraan bermula untuk Encik Ralph mencari medal, sebagai bukti diapun boleh dapat medal, sebagaimana Felix.
Berlatarkan dunia kedai arked game, dimana semua watak dalam semua game boleh ber'social'dengan watak game berlainan, Ralph mengambil kesempatan masuk ke dunia game perang untuk dapatkan medal. 'Unfortunate event' bermula bila dia dapat medal dan dengan tidak sengaja telah menimbulkan kekecohan kepada satu dunia arked game. Seperti biasa, di kesudahannya, semua kembali kepada sediakala, dan dalam pada masa yang sama, En Ralph berjaya membantu si comel venelope, kembali berlumba di dalam dunia gamenya. Happy Ending.
Kesimpulannya, mesej yang hendak disampaikan ialah, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, diri kita, kerja kita,.. dan kita juga seharusnya appreciate orang lain juga, buruk baik mereka. We are meant to be who we are, so do others.
Setiap orang ada perasaan dan emosi. Ada antara kita, yang bila tidak dihargai, emosi menjadi tidak menentu dan mula memberontak. Mungkinkah itu yang terjadi pada sang amuk di Amerika, sehingga ibu sendiri, dan kanak-kanak sekolah di tembak mati, dan menembak diri sendiri, sebagai penamat kisah nya? ........... hanya secebis pendapat dari kaca mata saya. ...
Comments
Post a Comment