Money Changer murah ?



Beberapa hari tinggal untuk hari yang dinanti. Hari sabtu yang lepas, kami tercari-cari Money Changer yang murah untuk membuat pertukaran duit. Tanya dan tanya, dengarnya di Masjid India murah....... lalu berlalulah kami ke sana. Kadar belian matawang ***** adalah antara RM84 ke RM89 di Masjid India.

Aik.... tidak seperti yang diharapkan. Kedai yang bagi harga RM84 pula dah tutup.

Pergila pula kami ke Alamanda Putrajaya, mencuba nasib di sana pula. Paling murah dapat ditawarkan ialah RM86. hm.... Tidak puas hati. Pulanglah kami ke rumah.

Hari Ahad, dikhabarkan Money Changer di Mid Valley Mega Mall murah. Perkhabaran dari Terengganu, kadar tukar matawang tersebut RM84.50. ... Mencuba la nasib kami di Mid Valley pula. 

Senyum panjang. Kadar tukar matawang di Mid Valley - RM82.30. Paling murah setakat ini. Tanpa berdalih, tercapailah hajat kami........

Kesimpulannya. Money Changer termurah..... Mid Valley Megamall. 


Comments

  1. Kalau kat area putrajaya saya rekemen dlm putrajaya sentral..harga mmg murah dan blh nego kaw2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts