5 perkara penting persediaan bakal pengantin

Kalau bercakap tentang persediaan bakal pengantin, ramai yang akan bercakap tentang persediaan duit, persediaan wang hantaran, persediaan majlis perkhawinan dan lain-lain. Tapi bakal pengantin, tolong jangan lupa, banyak perkara yang anda akan hadapi selepas topik 'majlis perkahwinan idaman', iaitu realiti kehidupan bekeluarga. Realitinya , ada yang senang, tetapi ada yang susah. Namun, Di sini saya gariskan 5 perkara utama yang secara 'mentally' bakal pengantin sepatutnya sentiasa bersedia hadapi.

1) Bersedia menjadi menantu, adik ipar, abang ipar...


     Hakikatnya, perkahwinan itu adalah bukan sahaja berkahwin dengan pasangan yang dikasihi, tetapi juga kita 'berkahwin' dengan keluarga nya. Ibarat pepatah melayu lama, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu, mengembu... eh betulke pepatah ni? haha. Apapun, bersedialah memegang tanggungjawab sebagai menantu, ipar, biras dan saudara. Lain-lain orang akan lain ragamnya. Ada mertua yang cerewet, ada yang baik sangat. Ada ipar yang menerima kita dengan seronok, ada yang akan mencari masalah dan berbagai lagi. Itu semua takdir yang telah tertulis, jadi atas nama jodoh yang telah ditentukan, redha dan terimalah apa sahaja yang akan berlaku. Apapun kita dah kahwin, kenalah terima ye tak? Kalau tak, itu yang boleh menyebabkan pergolakan rumahtangga.


2) Bersedia untuk menerima cara hidup, budaya keluarga suami/isteri

Image result for family

   Perkara pertama tadi berkait pula dengan budaya keluarga. Dah masuk kandang kambing, mengembek la kita kan. ibaratnyalah.. Contohnya, kalau keluarga suami/isteri suka makan asam pedas. Tapi kita pula memang taklah pandai makan asam pedas... makan sajalah. Masak sahajalah. Belajarlah. Learn to adapt. Kalau keluarga sumai/isteri suka berjalan, ikutlah.. Kita kan sudah sebahagian daripada keluarganya. Senang kan? Eh yeke senang? Nampak senang, tapi susah juga untuk mengubah cara hidup. Tapi tidak bermakna ia satu perkara yang negatif. Kalau dijadikan perkara tersebut negatif, maka akan hidup stresslah kita. Jadi, jadikanlah ia satu cabaran positif untuk kita enjoy hidup berkeluarga.

Tapi macam mana pula dengan keluarga yang sukar difahami? Susah juga kan?.. risik khabar jugalah keluarga sebelah lagitu macam mana. Buat homework. Dan kalau ia menyukarkan, sehinggakan keluarga sendiri pun susah nak terima, berterus teranglah dan minta keluarga anda memahami. Tanpa sokongan keluarga, dan sokongan pasangan... susah nanti.


3) Bersedia memegang tanggungjawab sebagai ibubapa

Off course la. Tak perlu bagitahu pun... Memangla. Tapi jangan girang sangat nak ada permata hati, kalau betul-betul tidak bersedia. Kesian si kecil nanti. Kehadiran bayi boleh menjadi pelengkap kehidupan, dan juga, keserabutan!. Bersedialah menghadapi malam yang tidur tidak lena, datang kerja lambat, penat, cuti jaga anak sakit, jaga anak di hospital dan sebagainya.  Tapi jangan serabut, sabar. Dalam keserabutan, senyuman dan kegirangan mereka adalah penawar.

Satu lagi, jangan sekadar anggap anak sebagai pelengkap sahaja. Mereka adalah amanah. Mereka perlu kasih sayang, dan perhatian. ya , PERHATIAN. Ada ibubapa yang sedia ada anak, tapi tak sedia nak melayan. Lepas tu, mula tertekan dengan kerenah anak-anak. Tak larat nak jaga, hantar balik kampung. Tak larat nak layan, bagi gadjet. Anak silap sikit sahaja dah marah macam naik hantu. balik je rumah lepas pejabat, anak main sendiri-sendiri, mak ayah main telefon. Boleh jadinya nanti, anak dibesarkan dengan cukup keperluan kecuali kasih sayang. Lepas tu sendiri kebingungan kenapa anak memberontak ya?...


4) Bersedia dengan keperluan kewangan yang mungkin bertambah

Semestinya bila berkeluarga belanja dah lain. Dah kasar, orang kata.  Nak sediakan rumah, dengan perabot bagai. Nak beli rumah, or sewa rumah. Jangan sampai belanja kahwin gah, tapi hidup selepas itu menanggung hutang. Tambah ada anak, bertambah la kasar. Medical Card sudah seperti keperluan sekarang, tambah lagi komitmen bulanan. Belum lagi cerita pasangan kuat berbelanja atau suka belanja mewah. Yang sudah terima pasangan begitu, siap sedia lah.

Bab belanja tepuk dada tanya selera. Sebaiknya belanja ikut ukuran baju sendiri, takpun kurang lagi. Kalau dah memang mewah, tiada masalah. Tapi yang masalah , orang yang tak mewah berlagak mewah. Dan sebab nak mewah, hutang kelliling pinggang, lepastu siap buat lupa hutang. Biar papa asal bergaya.... Janganlah macamtu. Dah kahwin, utamakan keperluan keluarga dahulu. Lepaskan dulu bil-bil, barang dapur, duit servis kereta... dah lepas tu semua, barulah beli baju sendiri.



5) Bersedia untuk membuat pengorbanan.

Paling utama ni, pengorbanan. Sebab apa yang dinyatakan di atas semua menuntut pengorbanan. Bekorban cara hidup sendiri.. sesuaikan diri dengan cara hidup orang lain, bekorban shopping, bekorban masa untuk keseronokan anak-anak, dan lain-lain. Hidup bekeluarga, terutamanya untuk si isteri menuntut masa yang lebih untuk keluarga. Bersedialah untuk say Goodbye to leisure time with friends. Silap haribulan, nak pegi buat facial pun tak sempat.





Walau bagaimanapun, semua diatas adalah bergantung kepada senario masing-masing. Yang penting, berkahwinlah kerana Allah, dan bersedia untuk berubah. Kahwin bukan satu keseronokan seperti main pondok-pondok. Tapi ia menuntut lebih dari sekadar seronok. Ia menuntut tanggungjawab yang besar sebagai suami, isteri, menantu, ipar dan lain-lain. Jika kita faham akan tanggungjawab itu, kemanisannya akan datang bukan sekadar dari keseronokan berkahwin, tapi dari segala cabaran dan dugaan yang ditempuh bersama.

Wassalam.

Comments

Popular Posts