Hospital Swasta di Melaka
Umumnya, orang Melaka pasti dah sedia maklum, ada empat Hospital Swasta di Melaka, termasuklah hospital swasta baru iaitu Oriental Melaka Straits Medical Centre. Kesemuanya lokasi di daerah Melaka Tengah. Kenapa banyak ya Hospital Swasta di Melaka Tengah ni? Saya pun tertanya juga, untuk sebuah negeri yang kecil, tetapi ada 4 hospital swasta dan kesemuanya tak pernah lengang dengan pesakit.
Daripada pandangan saya yang tak seberapa, ia dipengaruhi oleh faktor lokasi Bandar Melaka yang berada di tengah zon Selatan, yang mana kawasan 'catchment' nya adalah Melaka, dan sebahagian Negeri Johor. Jangan tak percaya, pengunjung hospital swasta Melaka ada yang dari Batu Pahat, Segamat.... Kenapa? Sebab, berbanding bandar Johor Bahru, Bandar Melaka lebih dekat bagi kawasan sebelah utara Johor.
Selain itu, kedudukan Melaka yang mudah sampai oleh warga indonesia menjadikan Hospital Swasta Melaka tumpuan warga Indonesia berhampiran (kebiasaannya mereka yang berduit). Rasanya, boleh juga saya katakan, Melaka adalah hub pelancongan perubatan ('Medical Tourism'). Kalau tak percaya, sila lihat sendiri, ramai orang Indonesia di hospital Putra dan MMC.
Sebagai penduduk Melaka, kewujudan Hospital-Hospital swasta ini banyak memberi kemudahan kepada penduduk. Walupun, sebenarnya tidak semua penduduk 'benefit' dari kemudahan ini, tetapi sedikit sebanyak mewujudkan alternatif lain selain daripada Hospital Besar Melaka, yang sudah tentu sentiasa penuh .. sepenuh-penuhnya dengan pesakit.
Dan yang pasti, kemudahan hospital swasta di Melaka, membuatkan ramai agen-agen insuran tersenyum panjang, mempromosi medical card masing-masing. Juga yang pasti, saya juga tidak terlepas mendapatkan medical card untuk dua si kecil kesayangan saya.
Jika anda berminat untuk mendapatkan info lanjut hospital berkenaan :
Silalah ke laman berikut:
- www.mahkotamedical.com/
- https://www.pantai.com.my/ayer-keroh
- www.psh-group.com/
- www.orientalmedical.com.my/
Wassalam.
Comments
Post a Comment