Tasik Kenyir, Terengganu


Tasik Kenyir, satu nama yang selalu di dengar, tetapi belum pernah dapat saya jejaki, sehinggalah tuntutan kerja menjemput saya ke sana. Ia merupakan sebuah tasik buatan manusia yang besar, malah dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara. Selain itu, tasik ini juga merupakan sebahagian daripada Empangan Kenyir, yang dibina bertujuan untuk menjana kuasa elektrik. Semasa lawatan saya ke tasik ini, masih terdapat banyak aktiviti pembinaan sedang dijalankan untuk menaiktaraf perkhidmatan di Tasik Kenyir ini.



Biarpun ia adalah tasik buatan manusia, namun ia tetap keindahan alam semulajadi ciptaan yang maha esa. Pemandangan hijau yang luas terbentang, bersama udara segar, pasti menenangkan hati pengunjung. Kunjungan ke Tasik kenyir bukan sahaja terhad kepada aktiviti menaiki bot sahaja, tetapi terdapat juga pelbagai aktiviti lain seperti Tasik Kenyir Waterpark, pusat zon bebas cukai (dalam pembinaan), menginap di houseboat, mengunjungi Zon Industri Akuakultur (ternakan ikan air tawar), memancing, melawat ke Taman Herba di Pulau Sah Kecil, dan pelbagai lagi. 





Untuk maklumat lanjut boleh buat bacaan di blog Pelancongan Terengganu.
Apapun, Tasik Kenyir adalah salah satu destinasi pelancongan semulajadi di Terengganu, ia sememangnya memberikan pengalaman yang menakjubkan, walaupun hanya untuk seketika.

Wassalam.

Comments

Popular Posts