RAGLAN WING PATTERN BY IUGWBM

Seronok bukan kepalang bila terpilih menjadi tester untuk pattern/pola baju Raglan Wing by IUGWBM. Kali kedua menjadi tester, dan kali pertama puas hati dengan hasil tester.

Baju Raglan Wing, mempunyai potongan lengan raglan, tetapi sedikit twist di sebelah bawah lengan, berbentuk wing. Sesuai juga dibuat menjadi sweater kerana ada option untuk cuff dan band di bawah baju. Selain itu, anda juga boleh pilih jenis leher yang anda mahu, samaada round neck atau v neck. Pilihan lengan juga ada.

Abang sado seronok pakai baju Raglan Wing spiderman, terus jadi spiderman, lompat sana sini. NAk ambil gambar pun, cukup la susah. Kain spiderman sangat selesa tak tebal sangat, dan lembut sahaja.
Nak cari kain cotton knit, knit spandex dan lain-lain yang best, boleh tengok di page kita ya Kundi dan Saga.

Sangat mudah menggunakan pattern/pola dari IUGWBM. Senang faham dan mempunyai support group di FB untuk memudahkan sebarang soalan. Kalau tak faham, boleh tanya di group sahaja.

Jom cuba pattern baru ni. Rasanya masih ada harga promo sempena baru launch tempoh hari.
Raglan Wing by IUGWBM.... sangat best !
Boleh klik disini untuk dapatkan pattern ini. Cepat!.. sementara masih harga SALE!

Raglan Wing by IUGWBM.







Comments

Popular Posts