Azalea babydoll pattern for kids


Pejam celik dah 3 tahun main dengan mesin jahit. Tapi tak expert sebab belajar sendiri sahaja.
Paling mudah dengan guna pola digital online. Tak perlu mengukur lagi dah. Saya rasa pening bila perlu ukur ukur ni. Jadi, pola digital adalah yang paling mudah :)
Harini nak review pola Azalea Babydoll pattern yang dah lama beli dari haurra pattern. Pattern ini dari orang tempatan, Malaysian ok. So tidak, perlu risau kalau anda tidak faham sebab boleh tanya di facebook haurra sewing pattern.
Pattern ini di datangkan dengan saiz dari umur 3 bulan sehingga 9/10 tahun, dan boleh dibeli dengan harga RM50.00 untuk semua saiz tersebut.
Ada juga untuk dewasa, tetapi perlu dibeli berasingan :).
Saya buatkan sepasang baju kurung moden babydoll, yang tidak kembang sangat. Pattern ini ada dua pilihan, samada nak kembang peplum atau nak tak kembang sangat. Saya pilih yang tidak kembang sangat sebab jimat kain 😂.
Kain yang digunakan adalah jenis kain, knit spandex atau lycra. Senang untuk jahit, .. dan sangat selesa untuk kanak-kanak.




Berminat? Boleh cuba pattern ini di haurra sewing.
Selamat mencuba 😁.

Comments

Popular Posts