Umrah 2011 part 3 - mekah

Mekah Al Mukarramah.


Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa 5 jam (lebih kurang). Miqat di Bir ali. Tempat miqat di Bir Ali besar dan selesa jugalah. Selesai bermiqat, kami teruskan perjalanan ke Mekah. tiba di Mekah antara jam 8 ke 9 malam. Makan dulu di Hilton, selepas tu simpan barang di bilik jemah yang tinggal di Hilton, solat jamak takhir, terus ke Masjidil haram untuk tawaf dan sa'i. Hanya family saya dan kak syida and husband yang ikut mutawif memandangkan yang lain telah berpengalaman, mereka pergi sendiri. Masa mula-mula buat tawaf, sungguh emmacam perasaan ada, was-was lah, inilah itulah. Sebab keadaan yang ramai, tak dapat nak follow bacaan doa mutawif. Sendiri sahaja baca apa yang boleh baca sebab nak baca buku, susah. berlanggar-langgar dengan jemaah lain. Tambahan nak jaga wuduk. Rasa susahnya.... Selesai tawaf, terus ke sa'i. Sa'i relax sedikit, sebab wuduk takde pun takpe. tapi rasa was-was tu ada. Bila cakap ngan abah, abah suruh yakin. jangan waswas. so yakin kan diri dengan ibadat yang dah dijalankan. Esoknya, saya berazam untuk buat umrah lebih baik lagi.

Balik dari tawaf, kami pun harung la bag kami ke hotel dar ummul hani. Lebih kurang 100 meter ke depan lagi dari Hilton. hm jauh,..... dalam hati, oklagi. Jam time tu dah pukul 2 pagi. Bila smpai hotel, orang kat reception takde. ok lagi, tunggu. Lepas mutawif tolong setlekan semua, baru kami naik, bila masuk bilik. TU yang terima surprise. Keadaan bilik yang Ya Allah, kotornya dengan habuk rokok, bilik air berbau towel kotor, katil tak kemas. tapi sebabkan penatnya pasal, kami diam dan tidor. Jam 4.00 pagi dah bangun balik, terus pergi amsjidil haram untuk solalt subuh. Time tu dah berduyun semua turun nak gi solat. Kalau kat Malaysia ni macam pergi sembahyang Jumaat ramainya. Rasanya ramai lagila...Sampai jek kat masjidil haram, saya tetiba teringat kat keadaan bilik kami. Pagi tu kami tak boleh kunci pintu bilikpun. Rupanya sebab kami tak masukkan kad kunci tu, so lock pintu tak aktif. Sedih jugakla rasa, sebab napela tetibajadi macamtu sebab keadaan kotor tu amt tak selesa. Masa tunggu solat subuh tu, sempat jugala buat solat taubat, solat hajat kotla  saya de tersalah cakap ke sampai gitu dugaannya.

Habis jek solat subuh. kami pun balik bilik, dengan lambatnya....... sebab tak selesa ngan keadaan bilik. Pergi breakfast dulu kat tingkat S hotel tu. Makanan alhamdulillah sedap, lagipun katering situ de'saji. Malaysia punya.lepas makan, nak tengok reception ada ke tak, lum ada lagi. So jalan la kat luar. lagipun haritu free. Makan aiskrim, tgk tgk kedai yang banyak kat bawah. Aiskrim nye sedap.....! tapi cepat sgt cair. Balik hotel...dah de orang reception tapi pak arab dan bila cakap english ngan dia... NO ENGLISH. pergh nak bagi jek rasa ..sabarjela.

Kami balik bilik dengan rasa hampa. Nasib de jumpa orang indon yang keja situ, minta towel, dapatlah mandi. So sedang berehat dalam bilik, tetiba pintu bilik dibukak oleh sorang wak indon. Terkejut dia, rupanya dia yang guna bilik tu. Terus kami minta dia kemas bilik, kami pun keluar. Bila balik semula ke bilik dah nak zuhur, rupanya bilik tak kemas lagi. Laaaaaaaaaaaa geram pun ada, rupanya wak indon tu takut nak kemas sebab takde orang. Isk wak ni, geram jugak hehehe. Terus dia kemaskan, selesai jek kemas, alhamdulillah okjek bilik tu. Kecik sedikit tapi utnuk 3 orang. Sebelum tu abah dah nak mengamuk dah, hampir sahaja dia ank ambik bilik suite kat Hilton tu yang harga semalam 1k. Nasib kitorang pujuk, takkan la nak bazirkan duit semata mata.... hehe. Yang peliknya marah marah pun, bila jumpa Ustaz Roslan, semua lembut jek hati nampaknye,,..... hahaha. Nak gelak pun ada.

Petang tu lepas asar, kami pun pergila dengan kak syida  dan husband ke Tana'im sendiri naik teksi. Miqat dan sempat samapi jek Masjidilharam, dah maghrib. Sempat maghrib kat dataran sajala. tupun kat hujung hujung sebab orang semua dah mula jemaah. Habis solat, kami pergi bilik kak syida tumpang bilik air. Abah ngan en baharudin pergi makan. Lepas Isyak abru kami buat tawaf dan saie. Kali kedua buat pun masih kurang yakin, tapi kene marah lagi ngan abah, suruh yakin . hehe..almaklumla baru lagikan. Balik bilik dekat kul 12 jugakla, time tu kedai masih ada yang bukak lagi... almaklumla ramainya umrah kali ni macam haji.... mahal pun ye jugak. Sempat singgah kedai ala ala carls junior kat bawah Hilton untuk makan.

Hari ketiga di mekah, subuh kami tak larat ke Masjidilharam sebab terlewat bangun :). Begitu juga hari sterusnya... memang la rugi rasanya. tapi sebab jauh dari hotel kami, kami tak larat nak pergi. Mama pun kaki tak berapa larat pun agaknya. Abah jek pergi, tupun ada gak yang tak pergi sebab kami tak pergi haha.
Haritu, kami ada ziarah ke beberapa tempat kat mekah. Jabal Rahmah antaranya. Kat situ, Apa lagi, tempat doa mustajab, lebih lebih lagi untuk doa dipertemukan jodoh :). Insyaallah, mana la tau. Saya panjat Jabal Rahmah dengan kak syida. Penat jugak, sebab kami tak ikut tangga. Di jabal Rahmah ni juga ada banyak abtu batu yang diletakkan tiang besi diabawahnya kerana mengikut ustaz zamri, batu batu ni sebenarnya terapung kerana amhu mengikut Rasullullah, tapi Rasuslullah meinta semua batu berhenti ditempat mereka naik mahu mengikut baginda. Maka terapunglah batu-batu ini, tetapi kerana orang arab takut perkara bidaah berlaku bila jemaah melihat batu terapung, lalu dipacakkan besi bagi mengaburi mata pengnjung. Almaklumla ada setengah bangsa taksub pada perkara perkara mukjizat sehingga bimbang menjadi perkara lain. Kalau kat kaabah tu, ada yang ambil kain banyak-banyak dan usapkan pada dinding kaabah sunguh sungguh..... ada yang melekat pada dinding kaabah, ada yang mencium dan macam macam lagi....

Kami x pergi gua hiraq, kami sekadar lalu sahaja. Agak tinggi jugak..... bila tengok tu Ya Allah tinggi nye... dikatakan boleh nampak terus ke Masjidil haram. saya tak berapa ingat tempat lawatan lain, tak banyak tempat kami melawat, banyak yang sekadar lalu sahaja, seperti padang arafah, tempat melontar... lepas tu bermiqat di jaradnah. Tumpuan saya banyak kepada umrah, duk memikirkan nak cuba buat umrah yang terbaik sebab sebelum tu rasa cam tak cukup baik. Alhamdulillah hari tu saya dapat buat dengan lebih yakin, dan lebih seronok sebab daah tau dan confident dengan apa yang nak dibuat. cumanya masa Zuhur tu berlaku la juga sedikit kejadian. Sebabkan lewat sampai, kami terpaksa solat kat tangga. dan nak jadi cerita depan kami ada orang belah belah india or afghanistan or pakistan, yang gaya dari kampung kot sebab nampak agak susah. KAmi tiada pilihan. so bentangla sejadah belakang diorang. Oranglain pun samala. Sekali, datanglah mungkin si suaminya hamba Allah depan kami ni. Yang si isteri memang solat dudukla kat depan saya, yang si suami berdiri depan mak. sedangkan yang sekelilingnya kebanyakan wanita. Tepi saya dah bertimbun kasut orang letak, oklalagi dalam keadaan tidak menggangu. Bila tgh solat, tetiba si lelaki ini solat makin kebelakang, kiblatnya juga dah lain macam. Yang si isteri pula boleh tengok kasut bertimbun sebelah dia juga ditolaknya ke depan saya. ya Allah, sabar jela, dah la solat, sujud hampir nak cium kaki si lelaki itu, nak sujud pulak ada kasut. Dalam hati memang la amarah ya amat, sabar sabar............... Habis aje solat, terus sahaja kami masuk ke dalam dan solat sekali lagi.lepas tu kami balik dan dtg semula waktu asar. So haritu kami buat tawaf selepas asar kalau x silap, terus dengan sa'i petang tu, dan tak balik ke hotel sehinggalah isyak.


Hari keempat, kami xde ke mana mana. jadi sebab dah menyempurnakan 3 kali umrah hari keempat kami rileks sikit. Subuh mcm semalamnya kami solat di bilik, lepas jek subuh kami breakfast dan berjalan jalan di kedai. Kalini baru terpikir nak beli apa, sebab sebelum ni duk pikir nak buat umrah ajek. langsung tak pikir pasal shopping. Dah setle umrah tu baru la de mood. Hari keempat kami buat tawaf sunat, dan solat di masjidil haram, jalan jalan kat kedai bawah hilton, dan tepi jalan.

Hari kelima, kami ziarah ke tempat ternak unta. Ada yang minum susu unta, mulanya nak cuba, tp bila dekat ngan unta dan bau untanya .... hm...... agak agak? heheh ye la segar dari ladang la kan... terus tak jadi. Lepastu terus kami ke Hudaibiah, tempat perjanjian Hudibiah. Di sana masih ada masjid lama dimana berlakunya perjanjian tersebut. Masih ada beberapa dinding daripada batu zaman dulu kala, Sebelahnya ada Masjid Hudaibiah. Agak kecil dan kami x dapat nak masuk kerana terlalu ramai. Dan pada masatu ramai orang turkey yang datang, bayangkanlah. Kalau dah de orang Turkey, mmg susah. So akhirnya kami cuma berniat sahaja. Yang lelaki kena jugakla pakai ihram.



So tengahri tu kami tiba awal ke kota mekah. Sempat balik bilik dulu memandangkan wudu' tiada. so tengahari tu kami pergi sana sebelum zuhur. Lepas sahaja zuhur kami terus buat tawaf. Mulanya nak wat time asar tp tgk time tu x ramai sangat kami pun buatla. Panas, sunburn jugakla...:) tp bila dah buat tu ok jek. Lepas tawaf kami terus cari tempat solat yang selesa sikit dan rehat sambil baca Quran dan segalanyalah. lapar jugak, tp sebab minum air zamzam kerap, x la lapar sehingga menggigil.Saya cuma makan breakfast pagi tu sedikit, dan kebetulan petang tu ada orang sedekah kurma. Agaknya sempena kedatangan Raja ke situ, tapi raja mana saya tak perasan. Sebab habis sahaja asar waktu nak ke sa'i tetiba ada announcement dan ramai yang tawaf tupun berhenti, dan ramai jugakla yang mengeluarkan hphone tuk ambil gambar. habis sahaja sai, saya rasa amatlah gembira..... Lepas sa'i kami stay sehinggalah isyak baru balik. Nasib juga ada wanita turkey bagi kami roti dan keju kepal..sedap juga. Rezeki ketika lapar alhamdulillah. Lepas isyak apa lagi...... carila makan :). Burger king kot..heheh xingatla makan apa... Teringat time lepas asar, pergh ramainya umat....... penuh smpi ke hujung tempat tawaf. Nasib dah selesai tengahari tu....... kalau petang tu buat tawaf sungguhla ramai.



Comments

Post a Comment

Popular Posts