DIY Wedding Ideas: Brown Paper Bag



Sebelum ni saya dah ada buat post pasal brown paper bag. Tren bag brown paper untuk Wedding Gift bag semakin banyak skarang, ada yang cun ada yang tidak. Kalau ikutkan, kos nya tetap mahal kalau nak 'eksklusif' tapi kalau nak cantik tapi murah masih boleh diusahakan dengan inisiatif sendirilah. Kalau tempah, x de la dapatnya murah hehe.

Paperbag di masa wedding saya, saya buat sendiri dalam tempoh 2 3 bulan sebelum. Alhamdulillah, keluarga pun menolong, walaupun renyah... tapi hasilnya hanya menelan kos + - 25sen - 35 sen kot... sebab menggunakan bahan murah, dan ada yang bahan memang dah ada di rumah.

Lagipun, lepas dah bagi kat tetamu, pasti akan dibuang paper bag ni. Takpela pakai bahan terbuang pun :p... janji comel.

Barang-barang yang digunakan:

  1. Beli brown paper bag untuk goreng pisang kat Mydin. 1 paket 100 keping - RM 3.80 (4 sen sekeping). Tempat lain, boleh juga beli di website ini green tree.
  2. Buat design label sendiri atas kertas A4. Print sekeping dan fotostat. atau print lah ikut yang diperlukan.
  3. Kalau nak cantik label, belilah puncher besar boleh dapat kat http://www.scrap-n-crop.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=405 . Harga ada rm60 ke atas... mahal juga, tapi boleh digunakan selepas itu untuk craft. Kalau taknak, tempah sahaja stiker kertas biasa kat kedai, boleh dapat RM3 sekeping A3. Saya beli satu di Scrap n Crop ni, tapi memandangkan penggunaan yang agak kasar, heheh rosak sudah punchernya. 
  4. Reben kertas hantaran, untuk hiasan. Ada yang saya guanakan kertas bunga yang memang sedia ada kat rumah.
  5. Gam tembak untuk tampal label. Guna gam biasa pun boleh, tapi susah nak lekat dan comot.

Siap bahan, dah boleh buat!... selamat mencuba buat Wedding Gift guna Brown Paper Bag!. *kalau ada yang nak cuba :).





Comments

  1. hai

    kalalau malas nk diy, bole beli je dekat kami :)

    For doorgift paperbag & sticker. Our blogshop click >> CARDBYMYAN

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts