Jalan-jalan: Maran 'Bandar Ayam Kampung'

10.11.12, keinginan meluangkan masa di hujung minggu, bersama suami membawa ku berkelana ke bumi Maran,Pahang darul makmur. Ada apa dengan maran? Cuma sebuah bandar kecil, terletak diantara Temerloh dan Kuantan, di kelilingi oleh hutan dan felda-felda, serta diberi jolokan Bandar Ayam Kampung. Hmmm...... aduhai, kenapa bandar ayam kampung?

Masa pertama kali nampak signage bandar ayam kampung, mau tergelak pun ya. Apa yang ada dengan ayam kampung disini, sehingga di angkat nama ayam kampung tu?  tak tahula. Mungkin sebab banyak ayam kampung disini atau orang sini memang makan ayam kampung je kot. Ada juga nampak kelibat ayam kampung, kedek-kedek bermain di tepi jalan.

Kepada sesiapa yang mencari hotel penginapan, hanya terdapat sebuah resort , iaitu Maran Golf Resort (http://www.mdmaran.gov.my/chalet) . Itupun, sekadar beberapa buah chalet baru, berekabentuk rumah kayu yang cantik. Walaupun hanya sedikit, tetapi, kedudukannya yang mengadap sebuah tasik kecil, dan bukit-bukit menghijau, amat menggamit perhatian.

 Kawasan ini diberi nama Dataran tasik maran. Masih baru rasanya kawasan ni, sebab kami tak dapat nak mencari lokasinya dalam GPS. Lokasi dataran ini amat strategik untuk menjalankan event. Kedatangan kami ke sini pun atas sebab suami kena pergi kerja untuk event Karnival Jelajah Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, yang diajalnkan disini pada 10-11 November 2012. Sambil encik abang bekerja, saya pun jadila peserta karnival :p. Sekurang-kurangnya dapatla pedometer percuma, sorang satu. Lepasni, bolehla mengamalkan 10,000 langkah sehari! Ke arah gaya hidup sihat!

Maran Bandar Ayam Kampung
Program Karnival Jelajah Sihat
Pedometer percuma

Nak tau apa itu pedometer? Pedometer tu alat untuk mengukur jumlah langkah kita, bila kita berjalan. lebih lanjut silalah google kat http://en.wikipedia.org/wiki/Pedometer#Apple_iPod_Nano 

Comments

Popular Posts