Resepi Couscous Epal Kurma untuk bayi
Alhamdulillah Uwais dah tinggal sebulan sahaja lagi nak cecah umur setahun. Sekejap tak sekejap juga masa berlalu. Pening juga mama nak bekalkan makanan uwais di taska. Sebab mula mula makan dulu, Uwais memilih. Tapi sekarang dah pandai makan. Maka, perlulah dibekalkan makanan yang dia syok nak makan. kalau tak makanan orang lain yang dia nak.
Memandangkan saya seorang yang sibuk. Jadi ada satu resepi mudah yang selalu saya bekalkan di taska. Yang pastinya Uwais pun makan. Resepi Bubur Couscous Epal Kurma.
Resepi ni adalah hasil Google di internet tapi saya sesuaikan gaya masak nya sendiri . Hehe Master Chef la katakan...
Resepinya ialah:
Cara Masak:
*kalau Uwais tak habis, memang mama dia tukang habiskan. sedap.....
Memandangkan saya seorang yang sibuk. Jadi ada satu resepi mudah yang selalu saya bekalkan di taska. Yang pastinya Uwais pun makan. Resepi Bubur Couscous Epal Kurma.
Resepi ni adalah hasil Google di internet tapi saya sesuaikan gaya masak nya sendiri . Hehe Master Chef la katakan...
Ini la rupanya Couscous. Boleh di beli di Jusco, di bahagian pasta. |
- 2 biji epal disagat
- 6 biji kurma dipotong kecil
- 1 1/2 cawan susu formula (lebih kurang.. kalau nak lebihkan pun boleh)
- 5 sudu Couscous (terpulang .. kalau nak pekat lebih kan couscous tapi kene pastikan air cukup untuk buatkan couscous kembang).
- 1 sudu gula (taknak pun boleh)
Cara Masak:
- Epal dikupas dan disagat. Atau dipotong halus halus
- Kurma dipotong halus.
- Campurkan susu, epal dan kurma di dalam Slow Cooker. atau periuk biasa pun boleh.
- Kalau pakai slow cooker, pasangkan low dan tambahkan secawan air panas. (sebabnya nanti tak perasan terkering lak bubur ni) Kalau atas dapur, pasang api lah.. sedang sedang sahaja. Kalau menggunakan couscous banyak, boleh tambahkan air sedikit atau lebihkan susu.
- Kacau, dan masukkan gula kalau nak.
- Kalau pakai slow cooker, ibu ibu semua dah boleh basuh pinggan dan biarkan slow cooker mereneh bubur dalam 10 minit ke setengah jam. Tapi kalau masak dalam pukul 10 malam dan biarkan semalaman pun takpe. Hasilnya akan jadi bubur bewarna coklat coklat sikit sebab kurma dah lebur habis. epal dan couscous juga dah empuk. sesuai untuk bayi 6-8 bulan yang takde gigi lagi. Kalau pakai periuk atas dapur, sila kacau dan masak lebih kurang 10 minit atau sehingga couscous empuk. nak lama pun boleh.
- Dah siap, dah boleh sejukkan. Frozenkan selebihnya. Sedap juga bila dicampurkan dengan plain yogurt. atau aiskrim... untuk ibu ibu la.
*kalau Uwais tak habis, memang mama dia tukang habiskan. sedap.....
Comments
Post a Comment