Yuran Tadika Mahal Kalah Yuran Universiti

2014 dah semakin melabuhkan tirai. Ini bermakna Uwais dah nak setahun, sekolah dah cuti, sesi sekolah baru akan bermula. Bermaksud juga Uwais dah naik kelas dari kelas bayi ke kelas setahun... huhu baby sekarang gi School y'all!..

Alhamdulillah, yuran Uwais masih affordable. Tahun depan yuran tahunan RM50, yuran bulanan RM280. termurah di dalam kawasan MITC ni. Syukur, taska pun tak jauh..depan ofis ni jelah...Terima Kasih Taska Uzma.

Bila borak borak ngan para ibu, macam-macam cerita pasal sekolah. Ada yang nak hantar Genius Aulad, ada yang nak hantar Smart reader.. ada yang hantar taska / tadika biasa jek. Tapi harganya mengeluh panjang nak mendengar nya... kalah yuran universiti!

Semua taska/tadika ada nama memberi caj yuran tahunan 1k ke atas. Modulnya memang kelas lah, dan seolah ada jaminan budak akan pandai membaca, solat... mengaji,.. dan lainlain.
Tadika private biasa rm600 plus pun ada termasuk daycare...
Taska Kemas? Pasti? RM100 camtula., tapi takde daycare.

Hm. Nampak tak kesimpulan dari apa yang saya cakap diatas? Anak orang kaya je boleh masuk taska tadika ada nama ni... orang miskin, masuk taska murah jek. Orang tengah tengah.... pilihla nak strugle, hantar taska Berjenama, nak senang sikit, hantar taska murah.... Tapi nampak gaya, masing-masing rela berstrugle untuk yuran TADIKA yang mahal....! Dengan harapan jadi lah anak yang pandai, masuk sekolah kelas pandai, boleh jadi pandai sampai masuk universiti, nak masuk universiti nanti kita pakai PTPTN ye..!?

Entah kenapa, saya jadi menyampah dengan tadika serba hebat ini. Mungkin sebab saya tak mampu kot? ye saya tak mampu. Tapi kalau nak buat mampu...boleh saja. Tapi saya berkeputusan tidak mahu begitu. Aik, tak nak anak pandai ke puan? .. Kenapa, tadika biasa anak saya tak kan jadi pandai ke?

Tapi yang lebih menjelekkan, harga mencecah ribuan. Dengan alasan modul berteraskan Islam. Confirmkah budak yang tadika itu akan keluar menjadi orang yang benar benar soleh? benar benar cendiakawan... ? Inilah nama nya berniaga atas platform nama ISLAM.

Tak kiralah apa orang nak kata, saya pilih tadika biasa. Saya membesar dengan tadika biasa... saya nak anak saya belajar dan bermain...., menjadi orang biasa... supaya lebih bersyukur bila mendapat yang luar biasa.







Comments

  1. Alhamdulillah..dah abis fasa tadika..yang bongsu dah nak masuk darjah 1 tahun 2015..semua anak tadika biasa-biasa jer.:)

    ReplyDelete
  2. :).... tadika biasa pun baik kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts